CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didie Alias Kurang Senang Sikap Berlagak Artis Baharu

5-7-2016 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9972| Komen: 35

Description: Kemunculan ramai artis baharu seperti cendawan tumbuh selepas hujan pastinyata

Oleh : Dean BZ


Kemunculan ramai artis baharu seperti cendawan tumbuh selepas hujan pastinya menjadi "perhatian" pelakon senior.


Luahan dari pelakon dan pengacara Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 42, sudah cukup menunjukkan ramai artis baharu tidak menghormati pelakon senior. Didie berkata dia kurang senang dengan segelintir artis baharu yang bersikap berlagak hanya kerana merasakan diri mereka sudah popular.


"Jujur saya katakan ada segelintir artis baharu perlu memperbetulkan sikap mereka yang tidak tahu menghormati artis lebih senior ketika di lokasi penggambaran.

"Sindrom hanyut dalam populariti membuatkan mereka boleh lakukan apa sahaja sehingga tidak tahu menghormati artis lebih tua daripada mereka.

"Pada saya sikap seperti itu perlu dihakis segera kerana ia akan memberi impak tidak baik kepada industri," katanya kepada mStar Online.

Tambah Didie selain hanyut dalam populariti sikap berkenaan wujud kerana situasi industri yang jauh berubah kerana tidak sukar untuk menjadi seorang pelakon atau penyanyi ketika ini.

"Saya tengok yang segelintir ini ketika berada di lokasi menegur pun tidak dan asyik bermain dengan telefon dan buat hal sendiri. Jika di zaman saya dahulu tiada berlaku senario seperti ini," ujarnya.

Sementara itu, Didie berkata, sebagai artis senior menjadi tanggungjawabnya untuk menegur sikap negatif yang ada pada bakat-bakat baharu agar mereka sedar kepentingan menjaga hubungan sesama rakan artis.

Bagaimanapun kata Didie, teguran yang diberikan bukan dilakukan secara kasar sebaliknya menasihati secara baik selain menunjukkan sikap positif kepada mereka.

Siapakah artis baharu yang dimaksudkan oleh Didie Alias? Mungkin artis baharu zaman sekarang lebih gemar berkomunikasi menggunakan media sosial sahaja. Apa pun, sikap hormat menghormati perlu lah ada tidak kira artis atau orang biasa. Tanpa yang lama tiada lah yang baharu. - CARI



Sumber - mStar

3

Bagus
28

Marah
1

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EhhEtonLahh 5-7-2016 11:10 AM
sape kah iteww???
Quote encikWawad 5-7-2016 11:18 AM
Elokla buat hal sendiri - dari huha huha tak tentu arah - mengumpat
Quote exclusive_vvip 5-7-2016 12:40 PM
Boring ar...asyik2 artis senior kata artis baru sombong...lg 15 thn,giliran janna nick,mia ahmad,ayda jebat pulak bg komen artis baru sombong
Quote dekmieDandy 5-7-2016 12:48 PM
eh umur dia baru 42 ke

muka da mcm lebih 50
Quote tigerads 5-7-2016 01:01 PM
zaman dulu xde smart phone xde tenet....harus bersosial first to first katanya hihihi...adoi laa lawak lak autocorrect nih...

anyway...x kira zaman mana....geng bergosip juga akan dikenang...bkn geng socmed ...sungguh...
Quote annabellaruz2 5-7-2016 01:55 PM
dekmieDandy replied at 5-7-2016 12:48 PM
eh umur dia baru 42 ke

muka da mcm lebih 50

lahir 11 JANUARY 1972 ..sumber wikipedia

Quote she 5-7-2016 01:58 PM
Macik lebih suka sikap wat hal sndirik...kalau asik nk berhuhahuha di tempat kerja...lelama nanti jadik bunga taik...so baik wat keje pastu dok dendiam hokeh
Quote batman_2007 5-7-2016 02:40 PM
Nk suruh org jd clown mcam dia ke
Quote M.Rose 5-7-2016 02:41 PM
Yang junior kene sapa/tegur yang senior.. Abis, yang senior tak boleh tegur dulu ke? Salah ke had yang senior beramah mesra dulu? Mana la tahu kalau retis baru tegur yang senior, Tapi yang senior bolayan. Macamana?
Quote mdhelmi 5-7-2016 02:50 PM
jgn kata kat set penggambaran
kat mana2 restoran pon sama
mak ayah borak dua org yg lain2 main tepon
Quote caprut 5-7-2016 03:00 PM
bosan laa dri citer pengantin popular da mcm ni. ingt lg watak veteran tu knon tegur artis muda sombong. so zaman dlu ngn sama skrg sama je prangai artis ni
Quote caprut 5-7-2016 03:01 PM
btw, knp buruk sgt didie ni? ingt da nak msok 50. bru awal 40an ke.  retis kot jgn la nmpk mcm nenek sgt
Quote damian_lee 5-7-2016 03:05 PM
dah banyok sangat dah cite macam ni .......
Quote ALDRIN 5-7-2016 03:27 PM
dah tu molot pelakon2 kertu pon sekor2 cam jahanam...duduk parking tepi dgn pelakon2 kertu lain n crew...sambil isap rokok sambil huhahuha ...dok gossip pelakon2 baru...camne pelakon baru nak respek. Dah tu, syarat dia jumpa pelakon kertu nih kena salam siap cium tangan..pemujaan dan penyembahan sangattt. so pelakon2 baru ni terpaksa laa amik jln tengah, salam2 then dok diam je layan phone...
Quote missDollie 5-7-2016 03:37 PM
she replied at 5-7-2016 05:58 AM
Macik lebih suka sikap wat hal sndirik...kalau asik nk berhuhahuha di tempat kerja...lelama nanti ja ...

Lama tak dengar term bunga taik..tapi memang betul tak perlu nak rapat2 sangat lah..time keje buat je keje..komitmen lagi penting kot dari huhahuha..
Quote InVendeTTa 5-7-2016 03:42 PM
Apa pasal aku ingat dia umo da ujung 50an..rupenye baru 42 patut dlu bole mengandung.muda lg..aku ingat case miracle da dia leh ngandung umo mid 50
Quote famri7 5-7-2016 04:24 PM
apa bila berlakon sekali jadinya wajib berlaga kopek ke sis?
Quote CrowneGlory 5-7-2016 04:49 PM
Kesian retis kertu expect retis baru sembah ratu sangat...
Quote c_apple 5-7-2016 05:22 PM
Tengok retis baru tu tengah pegang fon je terus cop kekwat ke camne

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071646 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top