CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta terbang rempuh rumah

25-7-2013 09:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12338| Komen: 107

Description: KEMAMAN – “Semasa kereta terbang, saya peluk dua anak erat-erat,” kata seorang guru, Junainah Yusof, 43, yang melalui detik mendebarkan apabila kereta yang dipandunya terbang dan merempuh sebuah ru ...
KEMAMAN – “Semasa kereta terbang, saya peluk dua anak erat-erat,” kata seorang guru, Junainah Yusof, 43, yang melalui detik mendebarkan apabila kereta yang dipandunya terbang dan merempuh sebuah rumah ketika pulang dari sekolah petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melalui selekoh di laluan berbukit dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang di Felda Neram 1 untuk pulang ke rumah mereka.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mangsa tiga beranak kerana mereka tidak mengalami kecederaan parah meskipun kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki terbalik dan remuk teruk.

Junainah berkata, ketika menaiki bukit dan mahu membelok di selekoh terdapat sebuah motosikal di hadapannya membuatkannya cuba mengelak daripada terlanggar motosikal terbabit hingga kenderaan itu hilang kawalan lalu meluncur laju dan terbang merempuh sebuah rumah berdekatan.

“Saya waktu itu hanya fikirkan anak-anak sebab itu saya peluk anak sambil berdoa agar kami selamat. Kami keluar dengan merangkak ikut cermin kerana kereta terbalik.

“Syukur kepada ALLAH SWT kerana kami semua masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian.

Gara-gara kejadian itu, Junainah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Felda Neram 1 ini mengalami lebam di beberapa bahagian serta mengalami sakit-sakit badan sementara dua anaknya, Mohd Faris Nabil Sadri, 9, dan Nur Alya Fakihah, 7, mengalami lebam di lengan.

Katanya, sehari sebelum kejadian berlaku, kereta yang dinaikinya itu baru sahaja selesai diservis (selenggara).


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 25-7-2013 08:26 AM

Kereta yang dinaiki Junainah dan dua anaknya terbalik selepas terbang merempuh sebuah rumah.
Quote izamahmed 25-7-2013 08:27 AM

Meskipun keadaan kereta rosak teruk tapi Junainah dan dua anaknya tidak mengalami kecederaan parah.
Quote izamahmed 25-7-2013 08:27 AM
perodua terbang...~
Quote TanSriJess 25-7-2013 08:30 AM
biasanya myvi yg suka terbang

x sangka si adiknya mengikut sama
Quote mieraAdriana 25-7-2013 08:33 AM
selekoh ... biasela ... mmang x nmpak jlan depan ... automatik slow klau smpai selekoh ...
cume nape akak trkujut nmpak moto tu g elak arah brtentangan ? ... (ni musti akak laju ni ....)
tekan brek atau prlahankan kete uda la ...
nsib baek la xde ape2 ... klau x ...
Quote izamahmed 25-7-2013 08:39 AM
kalau tak pakai tali pinggang keselamatan, aku rasa parah deorg ni.
nasib baik cedera ringan
Quote nicuya 25-7-2013 08:42 AM
oh my...............................
Quote anmz76 25-7-2013 08:46 AM
ni musti bawak laju. tapi nasib baik semua selamat.
Quote gogo2 25-7-2013 08:47 AM
TanSriJess posted on 25-7-2013 08:30 AM
biasanya myvi yg suka terbang

x sangka si adiknya mengikut sama

betui betui
Quote peYno 25-7-2013 08:48 AM
TanSriJess posted on 25-7-2013 08:30 AM
biasanya myvi yg suka terbang

x sangka si adiknya mengikut sama

keta murah n body tin milo... biasala
Quote iza_yuss 25-7-2013 08:48 AM
aku saspek laju.....
Quote TanSriJess 25-7-2013 08:53 AM
peYno posted on 25-7-2013 08:48 AM
keta murah n body tin milo... biasala

preve xdak gear terang ke?

kot2 ada kuasa tujahan gak
Quote C.K 25-7-2013 08:56 AM
Cikki ini bawa laju la ini....felda sgt
Quote peYno 25-7-2013 08:56 AM
TanSriJess posted on 25-7-2013 08:53 AM
preve xdak gear terang ke?

kot2 ada kuasa tujahan gak

preve body solid.. hi tensile steel...
Quote manehnya 25-7-2013 08:57 AM
laju kak ni bawak..
Quote miawpink 25-7-2013 09:36 AM
bawak laju ni agak nya

sian rumah orang tu
da la nak raya ni
akak ni kena bayar brapa agak nya atas kerosakan rumah tu
Quote tobby 25-7-2013 09:41 AM
miawpink posted on 25-7-2013 09:36 AM
bawak laju ni agak nya

sian rumah orang tu

confirm bawak laju makcik ni. dah tau selekoh kena la pelankan kenderaan. masa kat driving school x belajar ka benda ni?
Quote miawpink 25-7-2013 09:44 AM
tobby posted on 25-7-2013 09:41 AM
confirm bawak laju makcik ni. dah tau selekoh kena la pelankan kenderaan. masa kat driving school  ...

nk kata kejar waktu berbuka
bru kul 2 lebih
mungkin nk kejar ke tandas la tu
tu yg laju sangat tu

akak x pepasal kan da kna ganti umah orang, keta rosak lagi
byk duit kuar nk raya ni

berhati hati la ye kak kat jln raya
Quote scorpionkiki 25-7-2013 09:44 AM
C.K posted on 25-7-2013 08:56 AM
Cikki ini bawa laju la ini....felda sgt

oooo, kalau bawak laju tu kira orang felda la yer...

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top