CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hari Raya 2016 Nostalgia Lihat artikel

Perkataan Popular Yang Sering Digunakan Ketika Ramadan

29-6-2016 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6960| Komen: 14

Description: 6 perkataan ini adalah paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia ketika tibanya Ramadan
Oleh Izzah Abbasy

Yang menarik dan istimewanya, perkataan ini hanya digunakan ketika bulan puasa iaitu Ramadan.

Jika Ramadan belum menjelma, maka tidaklah pula kedengaran perkataan-perkataan disebut. Betul tak?

Enam perkataan ini adalah paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia ketika tibanya Ramadan. 



1) Iftar (IfTHOR)

Perkatan bahasa Arab yang digunakan iaitu Iftar adalah makan petang untuk berbuka puasa apabila terbenamnya matahari di bulan Ramadaan. Jika orang Melayu kuno, mereka menyebutnya berbuka puasa sahaja. Istilah 'Iftar' ini mula muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selari dengan kemunculan golongan Hijabster dan Hipster.

2) Tamar

Istilah tamar sering digunakan di dalam satu ayat kerana di atas sifat 'rhyming' nya. Contohnya, "Ayuhlah kita iftar dengan tamar" Tamar mengikut bahasa Arab adalah buah kurma, cuma acapkali tamar menggantikan kurma di bulan Ramadan. Mungkin tak guna perkataan kurma sebab tidak mahu ada yang keliru bila orang tanya, "Awak nak buka puasa hari ini?" "Kurma". Kemudian si isteri masak pula Ayam Masak Kurma. Haa kan dah timbul salah faham di situ.

3) Param/Baram

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadan. Istilah ini sebenarnya dicipta dengan tidak sengaja. Kisahnya begini, pada bulan Ramadan beberapa tahun yang lalu, Khairul ingin melawat rakannya yang sakit iaitu Paramjit Singh. Dalam perjalanan ke rumah Paramjit ataupun nama manjanya Param, beliau terserempak dengan Amir. Amir bertanya kepada Khairul, "Eh saudara nak pergi mana?" Khairul menjawab, "Saya nak pergi melawat Param...." (sambil menunjuk ke arah rumah Param yang kebetulan berdekatan dengan Pasar Ramadhan). "Param? GENIUS!" Lalu Amir pun pulang ke rumah dan meletakkan status di Facebook apabila orang pertama yang menggunakan istilah Param yang merujuk kepada Pasar Ramadan.

Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Bazar Ramaan (Baram).

4) Eid Murtabak


Ini sebenarnya adalah sejenis 'typo', tetapi kemudiannya telah dijadikan satu trend untuk para hipster. Selalunya Eid Mubarak diucapkan menjelang hari raya Aidilfitri, tetapi Eid Murtabak pula adalah sejenis kod yang digunakan untuk memesan murtabak di Param.


5) Yang Yok

Anda pernah dengar tak frasa ini? "Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Bagi mereka yang berniat puasa malam tadi tetapi bersahur pada pukul 9 pagi, puasa mereka jatuh dalam kategori puasa Yang Yok. Biasanya istilah ini digunakan kepada anak-anak kecil. Ala, macam tak pernah buat saja dulu-dulu kan?

6) Moreh

Moreh bermaksud jamuan di masjid atau surau ketika bulan puasa, biasanya dijamukan selepas bertarawih dan bertadarus. Moreh ini disediakan oleh individu-individu yang ikhlas untuk bersedekah di bulan Ramadaan. Aktiviti moreh dilihat dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk qariah, terutamanya golongan muda dengan golongan veteran. Namun, golongan veteran sahaja yang masih mengamalkannya. Anak muda? Sibuk beli baju raya.

Begitulah antara istilah-istilah popular yang sering digunakan di bulan Ramadaan. Ada istilah lain tak? Jika ada, boleh kongsikan dengan CARI ya.

Kredit : Megatron
Kredit Foto : عبدول جاببر Instagram & Koleksi Kartun Lambok

1

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HibinoSama 29-6-2016 05:19 PM
Tarawikh....
Quote HibinoSama 29-6-2016 05:19 PM
Sahur / sok
Quote HibinoSama 29-6-2016 05:20 PM
Gastrik....
Quote RamboMandul 29-6-2016 07:33 PM
Apo? dan Lambok hanya tinggalkan kenangan .
Quote syadq 29-6-2016 11:36 PM
Taddarus
Quote clara_nur 30-6-2016 01:29 AM

azan maghrib
Quote mdhelmi 30-6-2016 09:40 AM
lailatul qadar
Quote bellaa 30-6-2016 10:09 AM
ketuk beduk xde ker dlm list
Quote Artemesiaa 30-6-2016 11:58 AM
Imsak dan azan subuh
Quote ejans 30-6-2016 01:25 PM
Buffet ramadhan
Jovian, nurita harith,elle zada, leeyanarahman
Semperit,tart gulung, bangkit
Yusoff taiyooobbbb
Quote ally9970 30-6-2016 05:02 PM
Ramadhan.... bulan lain takde nama Ramadhan
Quote missDollie 1-7-2016 04:40 AM
Ketuk ketuk ramadhan..
Quote cmf_premierleag 2-7-2016 12:34 PM
#doneterawih
#donetadarus
#doneifthor
#donesahoor
Dan selfie
Bagi batak2 yg hadap likes kat media social
Quote famri7 2-7-2016 01:44 PM
List jah segala perkataan erebiyyaj sis..ummah time2 bulan puasa jah fefeeling syumul nk bererebiyyaj segala pakai jubah kepam..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.161527 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top