CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dua Situasi Berbeza Menyentuh Perasaan Si Bapa Seorang Tentera

19-2-2016 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6715| Komen: 0

Description: Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok
Oleh Izzah Abbasy

Demi tugas yang harus dipikul demi menjaga keselamatan negara, si isteri harus terima dengan hati yang tabah untuk berjauhan berbulan-bulan malah ada juga bertahun-tahun.

Jika si suami bukan seorang askar atau polis atau juruterbang sekalipun jika terpaksa bertugas jauh di mata, tidak berjumpa hari-hari, siapalah yang tak sedih kan?

Bukan mudah melalui perhubungan jarak jauh ini. Susah senang harus ditempuhi keseorangan. Perlu ada kepercayaan dan keyakinan tinggi untuk tempuhi situasi sebegini. Apabila si isteri hamil pula, hati si suami mana yang boleh tenang semasa bertugas. Mengenangkan si isteri sakit dan menanggungnya sendirian. Tapi, semuanya akan dibalas dengan kebahagiaan dan keindahan jika masing-masing sabar dengan dugaan berjauhan.

Gambar-gambar berikut menyentuh perasaan sesiapun yang melihatnya. Mungkin si bapa yang merupakan pegawai tentera ini berjauhan ketika si isteri sarat hamil dan pulang ke pangkuan keluarga ketika anak mereka sudah pun buka mata melihat dunia. Air mata kesedihan dan kegembiraan bercampur. Tapi, jika anda perhatikan gambar si isteri tiada pula bersama-sama dengan bayi. Adakah si isteri tidak dapat diselamatkan semasa melahirkan anak mereka? Jika ya, pastilah bertambah duka di hati si suami. - CARI Infonet 





Renungan untuk anggota keselamatan TENTERA
(*Perkongsian daripada Facebook Mohammad Jamin Shamsudin)


ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"

AYAH: "Boleh, apa dia?"

ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"

AYAH: "Kenapa adik tanya?"

ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"

AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"

ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).

ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"

Ayah pun berasa geram...

AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."
Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"

ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".

AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."
Adik pun berasa sangat gembira...

ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"

Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...

AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."

Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.


Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat. Kita seharusnya ingat bahawa mereka sangat memarlukan kita. Tapi apakan daya, tugas membataskan segalanya. Inilah nasib anak isteri anggota TENTERA. - CARI Infonet

12

Bagus
21

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.060188 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top