CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai setuju anak sulung kahwin si bongsu pasangan paling ideal - “Anak bongsu jenis ‘lapar’ perhatian, jenis nak kena bantu buat itu dan ini" ...

9-7-2024 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19432| Komen: 5

Description: PETALING JAYA – Keperibadian yang berbeza di antara anak sulung dan bongsu menjadikan mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

PETALING JAYA – Keperibadian yang berbeza di antara anak sulung dan bongsu menjadikan mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh kebanyakan pengguna media sosial dan rata-ratanya menganggap mereka sebagai pasangan paling ideal untuk berkahwin selain mempunyai jodoh yang kuat.

Menerusi pertanyaan yang dikemukakan pengguna Facebook, Ahchoi hari ini, dia meminta pandangan orang ramai adakah anak sulung sesuai berpasangan dengan si bongsu atau yang sama dengannya.

Pertanyaan beliau itu mendapat 230 komen dan lebih 60 peratus bersetuju anak sulung lebih sepadan dengan anak sulung.

Pengguna Facebook, Cherry berkata, anak sulung sudah terbiasa dengan sikap tanggungjawab dalam menjaga serta melindungi orang tersayang menjadikan mereka sesuai berpasangan dengan si bongsu yang sering menanti bimbingan orang lain.


“Anak bongsu jenis ‘lapar’ perhatian, jenis nak kena bantu buat itu dan ini. Memang sesuai sangat watak seorang ketua seperti anak sulung bimbing perwatakan kebudak-budakan si bongsu,” tulisnya di ruangan komen tersebut.

Sementara itu, pengguna lain, Adly Nor berpandangan bahawa anak sulung sesuai berkahwin dengan si bongsi kerana mereka mempunyai sifat berbeza seperti air dan api.

“Saya setuju anak sulung kahwin si bongsu. Anak sulung jenis mudah mengalah sama macam isteri saya. Kalau bongsu ini egonya kuat, itulah saya. Tapi dah kahwin ini yang suami la kena belajar banyak mengalah dalam apa-apa hal because women always right (kerana wanita sentiasa betul),” selorohnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 10-7-2024 01:36 PM
Tak semua anak bongsu centu yaaa...aku anak bongsu tapi org ingat aku anak sulung.
Quote alesandra 10-7-2024 01:55 PM
Anak bongsu lapar perhatian??? sapa ckp ni gi mati jela.anak sulung lah paling ego nak mampos.sbb dia no syatuu dia pikir dia terpaling  dlm setiap segi.tapi  aku  lama pasan  sejak dari kecik serasi kwn dgn anak sulung.kwn dgn sesama bongsu mmg x ngam
Quote billiejean 10-7-2024 02:05 PM
Sazreena replied at 10-7-2024 01:36 PM
Tak semua anak bongsu centu yaaa...aku anak bongsu tapi org ingat aku anak sulung.

betul..saya pun bungsu ...sa  lebih suka buat sendiri selagi boleh....dan tidak perlukan prhatian
Quote Sazreena 10-7-2024 02:10 PM
billiejean replied at 10-7-2024 02:05 PM
betul..saya pun bungsu ...sa  lebih suka buat sendiri selagi boleh....dan tidak perlukan prhatian
...

Hakikatnya yg bongsu ni selalu je kena buat keje dari kecik sebab yg besar akan tolak ke bongsu gak akhirnya. Bongsu nak tolak ke sapa? Tak semua bongsu manja dan mengade-ngade.
Quote hokeypokey 10-7-2024 04:09 PM
errr btul hape komen2 kt atas aku ni.. aku ni anak sulung tapi btul plg ego, degil, manja, lapar perhatian dan tak reti masak.. lain family lain caranya, jgn la pukul sama rata..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.040201 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top