CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mabuk lepas makan durian dan kopi - “Untuk semua peminat durian, ingatlah berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan"

9-7-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15010| Komen: 0

Description: PETALING JAYA – Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.


PETALING JAYA – Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi mempunyai kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Malah, gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan manusia termasuklah risiko mabuk serta keracunan ringan.

Menerusi perkongsian pakar perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di Threads hari ini, beliau menyenaraikan beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian.

“Elak minum kopi, minuman beralkohol, berkarbonat, produk tenusu, makanan berminyak, pedas serta tinggi protein.

“Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan. Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya empat hingga enam jam sebelum minum kopi,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau berkongsi antara rawatan yang boleh dilakukan sekiranya mengalami mabuk akibat makan durian.


“Rehatkan badan, minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan serta makan makanan ringan yang mudah hadam. Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut

“Untuk semua peminat durian, ingatlah berhati-hati dengan apa yang anda gabungkan dengan durian. Durian memang nikmat, tetapi bila salah makan, boleh mudarat,” pesannya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.036214 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top