CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Ajak Ke Rumah Untuk Berbual, Warga Asing Tak Sangka Diliwat Lelaki Tempatan

9-7-2024 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24759| Komen: 2

Description: Sekarang ni gangguan seksual bukan hanya terjadi kepada kaum wanita je, lelaki pun ramai dah terkena. Kali ini, seorang lelaki warga asing difahamkan telah diliwat.

Sekarang ni gangguan seksual bukan hanya terjadi kepada kaum wanita je, lelaki pun ramai dah terkena. Kali ini, seorang lelaki warga asing difahamkan telah diliwat.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan mengalami detik hitam itu selepas kenalan barunya iaitu seorang lelaki tempatan mengajak ke rumahnya untuk berbual.

Namun, lain pula yang jadi selepas dia sampai, suspek bertindak membuka baju, menyentuh badan dan kemaluan lelaki itu.

Difahamkan mangsa juga tidak menjerit disebabkan tak mahu jiran mendengar atau melihat kejadian memalukan yang terjadi kepadanya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan menunjukkan kesan koyak pada duburnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Shahrulnizam Jaafar juga telah mengesahkan mereka telah menerima laporan tersebut daripada mangsa dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.


Betul lah ek, lelaki pun dah tak selamat sekarang. Semoga mangsa sembuh dari trauma dan dapat keadilan.

Kredit: Sinar Harian/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 9-7-2024 04:17 PM
eh bukan dh ada ke berita ni 2-3 hari lepas???
Quote ctaz 9-7-2024 05:28 PM
apa da....brita ulangan ke....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.240399 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top