CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru tadika minta maaf, tak sengaja tampar murid 4 tahun - “Saya minta maaf, telah insaf. Lagipun, saya daripada golongan B40 "

14-6-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5905| Komen: 41



KLANG – Seorang guru wanita tadika swasta membuat permohonan maaf kerana tertampar anak muridnya berusia empat tahun selepas dituduh di Mahkamah Majistret hari ini.

Permohonan maaf itu dibuat tertuduh M. Malini, 25, yang tidak diwakili peguam pada awalnya ketika proses mitigasi selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Malini memaklumkan telah insaf atas perbuatannya tersebut dengan memohon dikurangkan denda.

“Saya minta maaf, telah insaf. Saya tertampar (kanak-kanak tersebut). Lagipun, saya daripada golongan B40 dengan gaji RM1,700. Bapa saya disara menerusi tanggungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan ibu adalah suri rumah,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman penjara selama dua bulan dari tarikh ditangkap pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut sehingga rayuan keputusan kes di Mahkamah Tinggi nanti.


Ini selepas tertuduh kembali ke galeri mahkamah dengan diwakili Peguam A. Birantha yang memohon penangguhan hukuman itu atas keadaan khas.

“Dia baharu berkahwin dua bulan lalu dan menjaga ibu bapa serta tidak mendapat nasihat daripada mana-mana peguam sebelum pengakuan bersalah dibuatnya

“Anak guam saya hanya mempercayai pengakuan bersalah itu hanya dihukum denda sahaja,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Yong Ching Hong menegaskan pengakuan salah telah diterima dengan sabitan hukuman penjara dua bulan adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa mahkamah.

Pendakwaan kemudian mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin dan dipersetujui mahkamah sementara menunggu prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 15-6-2024 12:28 AM
dah kena tangkap sedar diri pulak b40 masa buat tak sedar
Quote divalaura 15-6-2024 04:24 AM
aku benci betul benda2 yang melibatkan kanak2 ni..
degil macam mana pun budak tu, bukan hak kau untuk tampar anak orang!  
kau sebagai pendidik, tolonglah ada perasaan
sayangkan budak walaupun bukan anak sendiri.
Quote dua_chzy 15-6-2024 06:57 AM
Bestnya kalau parents pula boleh tampar dia balik.
Quote Decaffeinated 15-6-2024 09:03 AM
Boleh masuk jel ya tertampar anak orang. Walau pun akak kaki kata tertampar tak apa.
Quote zehra2 15-6-2024 09:09 AM
dua_chzy replied at 15-6-2024 06:57 AM
Bestnya kalau parents pula boleh tampar dia balik.

kan. tampar balik. puas hati.
kita mmg respect cgu² skolah rendah & ppki..
stress tau. mana nk mendidik mana nk mengajar
budak tetap lah budak. marah mcm mana pun jgn disakiti. baik tampar diri sendiri. supaya cepat sedar
Quote Prickford 15-6-2024 11:11 AM
Tertampar? Dia ingat ada perkataan "TER", boleh dimaafkan & hanya didenda kot.
Quote pocongkiutss 15-6-2024 11:30 AM
Kalau tak suka budak..mmg jenis tak tahan sabar..jgn la mintak kerja bab handle kanak2
Quote icebluerose 15-6-2024 11:59 AM
Boleh tak sengaja tampar anak orang ya? Sikit pon tak sesuai jadi seorang cikgu, tak sabar langsung. Patut diberhentikan kerja!
Quote I.K.A888990 15-6-2024 12:17 PM
lah kau dah tampar budak tu
eh tiber kata b40
celah mana kaitan kay tampar budak tu dgn kau b40..
kalau tak suka budak2 tak yah lah jadi cikgu..
Quote Firenzza 15-6-2024 02:23 PM
B40 dibenarkan tampar anak murid ke?
Quote Zeatyisaac 16-6-2024 10:25 AM
My jiran hari tu, nak pakaikan baju anak dia, tapi anaknya tak boleh angkat tangan. Rupanya ditampar pengasuh di bahu. Terus dia keluarkan anak dia dari nursery. Nangis2 owner nursery minta maaf. Takutlah tu my jiran report polis.
Quote Mamidingdong 16-6-2024 12:04 PM
Kalau level kesabaran tu rendah tak payah la kerja nursery.. nak jaga anak orang ni mencabar tau
Quote Far 16-6-2024 02:00 PM
Ada ke tampar budak kecil....tak guna betul
I
Quote lemonadenoi 16-6-2024 02:03 PM
Dia macam ni. Kalau rasa susah sabar, tak reti sabar, takyah jadi cikgu tadika.
Anak orang tu....
Quote lemonadenoi 16-6-2024 02:05 PM
icebluerose: Boleh tak sengaja tampar anak  ...


Sedangkan anak sendiri pun tak boleh tampar.. nak menghukum pun ada caranya... Jangan lah cederakan bahagian muka... Huhuhu

Ni lagi anak orang.....
Quote shernazz 16-6-2024 02:06 PM
Kalau tertampar senah kakikudibibirmu.bolrh.la.dimaafkan
Quote yoppoy 16-6-2024 02:42 PM
Lol ikut logic dia kalau tertangkao bunuh orang, guna la alasan ai b40
Quote Sheila1987 17-6-2024 01:51 AM
Dah tampar. Sedap je mintak maaf
Quote Ytee 17-6-2024 06:50 AM
cepat hilang sabar ni..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049449 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top