CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Bukan mudah tidak boleh cium, peluk anak’ - Faisal Halim

13-6-2024 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3158| Komen: 11



PETALING JAYA – Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim berasa sebak kerana anaknya tidak dapat merasakan kasih sayang daripada seorang bapa sepanjang beliau menjalani proses pemulihan setelah disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Menurut Faisal, selepas kejadian tersebut, beliau berasa kesal kerana tidak dapat mendukung, mencium dan memeluk anaknya seperti biasa.

“Saya adalah orang yang paling rapat dengan anak. Setiap kali saya pergi ke luar negara, anak saya akan demam sebab terlalu rindukan ayahnya.

“Selepas kejadian tersebut, saya tidak boleh cium dan peluk anak selama sebulan. Ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk seorang ayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bersama Faisal bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya selepas pembedahan kali ke-4.

Tambah Faisal, dia juga mengambil keputusan untuk menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.


“Buat masa sekarang, saya belum dapat tidur bersama anak saya lagi. Anak sayalah kekuatan, semangat saya.

“Apa yang terjadi, saya terima dengan reda dan hati yang terbuka.

“Saya berharap saya dapat kembali berkasi dan membelikan hadiah istimewa untuk anak dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 13-6-2024 05:25 PM
Kesian gila kat dia. [em:9:] Semoga tabah FH. Percayalah sapa yg menganiaya orang pasti akan dapat balasan [em:6:]
Quote Zazama 13-6-2024 09:58 PM
Kalau pun si pelaku tidak dpt ditangkap, semoga dapat balasan setimpal. Amin..
Quote BoongaKertas 14-6-2024 08:27 AM
cash lah hendaknya di dunia utk dalang2 yg hanat tu
Quote Kitty_catz 14-6-2024 01:25 PM
hmm alahai si putik jagong zimbabweeee
Quote ina_na 14-6-2024 01:37 PM
Pe kata rakyat Malaysia yg beragama Islam semua bt solat hajat supaya yg bt ditangkap..Bt sekali tuk adik Zyan Ryan... Semoga si pelaku dpt diberkas dan dijatuhkan hukuman..kesian gila tgk tgn kiri dia...kalo panas agak2 gataii x...
Quote Sheila1987 17-6-2024 02:03 AM
Sian dia
Quote Ytee 17-6-2024 06:44 AM
sapa la punye keje ni..
Quote bebulu 17-6-2024 11:13 AM
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.
Teringat pada satu kisah dalam buku mastika dulu2. Ada seorang perempuan ni jadi mangsa simbah asid sampai buta mata, rosak muka, nak makan minum pun susah. Pelaku nya suami sendiri. Manusia ni sungguhpun ada akal tapi lebih teruk dari binatang.
Quote cm_vungtau 17-6-2024 01:55 PM
Sian awak dik. Harap yang membuat jahat akan diberi balasan setimpal
Quote hashashes 17-6-2024 04:13 PM
Faisal, mu doa la byk2. Doa org yang dianiaya ni tiada hijab
Quote mojarean_X 17-6-2024 04:29 PM
Laknatlah pd yg menganiaya faisal halim. Amin...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.034129 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top