CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Cuma Beri RM100 Untuk Beli Baju Koperasi..” – Fatin Afeefa Kesal Adam Shahz Enggan Bayar Yuran Sekolah Anak

10-6-2024 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10626| Komen: 81

Description: Pelakon Fatin Afeefa mengakui sedikit kesal apabila bekas suaminya, pelakon Adam Shahz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak perempuan mereka, Ivy, dengan sempurna.

Pelakon Fatin Afeefa mengakui sedikit kesal apabila bekas suaminya, pelakon Adam Shahz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak perempuan mereka, Ivy, dengan sempurna.

Kata Fatin, meskipun Adam tidak pernah culas memberi nafkah untuk anak mereka namun dia juga tidak memenuhi keperluan lain seperti yuran sekolah anaknya. Namun, disebabkan mereka masih dalam perbicaraan berhubung tuntutan nafkah, aktres ini membiarkan mahkamah untuk memberi kata putus.

"Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan bayar yuran sekolah anak.
 
"Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3500."


Pada masa yang sama, Fatin turut mendedahkan suaminya, Aliff Awang berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan membayar segala perbelanjaan Ivy meskipun itu bukan tanggungjawabnya.

"Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil."
 

"Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela bayar perbelanjaan anak?"

Untuk info, Fatin dan Adam telah sah bergelar suami isteri pad 21 Disember 2013 sebelum berpisah empat tahun kemudian dan Fatin kembali berumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 10-6-2024 05:24 PM
apa punya sekolah sampai 3500, ko hantar sekolah kebangsaan pun takde nak kena keluar duit byk mcm tu
Quote honam 10-6-2024 05:35 PM
maybe la kot ex-laki dia ni ada masalah kewangan
Quote 3chanceno 10-6-2024 05:40 PM
Sekolah internasional ke tu? Kalau apak budak tak msmpu bayar yuran yg mahal, hantar ke sekolah biasa pun boleh..
Quote apedehal 10-6-2024 05:49 PM
Rempitz belaka
Quote fadz84 10-6-2024 05:58 PM
Sekolah kat private/international school ke?

Quote CoffeeOverdose 10-6-2024 06:20 PM
mgkn ex suami ada masalah kewangan + tak mampu nak bayar sekolah private yg mahal. skrg ni mmg zaman tgh susah sbb org msh nak stabilkan hidup. dengan kos hidup yg meningkat. burukkan bekas suami dan angkat suami skrg tidak menjadikan anda org yg mulia yach Aten
Quote NazRysha 10-6-2024 06:33 PM
meluat aku dengan betina ni
acah2 sangat
terpaling lawa
dah ko tu bukan kaya sekolahkan lah dekat sek gov
banyak bunyi
Quote hokeypokey 10-6-2024 06:34 PM
dh tahu bapak dia tak mampu ko hntr skola mahal kenapa???? so nk puji laki baru yg kaya tu tlg bayarkan ke????
Quote jihyomelly 10-6-2024 06:49 PM
at least duit nafkah tiap bulan dia tak culas membayar..mahal nau sampai 3.5k skarang ni ekonomi tak brapa elok maybe susah sikit nak penuhi yuran skolah tu dik aten oiii
Quote Hoola 10-6-2024 07:00 PM
hr tu kata xmo jd retis dh kann
so tiam2 dh la
byk lg mslh retis lain utk dicanang oleh lain2 retis
Quote Ahgerbitch 10-6-2024 07:09 PM
Wow skolah zaman skrang very the mahal...kalo bapa tk mampu byr,,ko hantar laa kat skolah yg bapa dia mampu bayar,,,tkde laa ko geram patin hhehehehe
Quote awex^returns 10-6-2024 07:14 PM
ukur baju di badan sendiri lah Makcik.. dah ex-laki ko tak culas pon bayar nafkah
ko nak sekolah mahal, yang lebih dari ex-laki ko mampu ko bayar lah sendiri
laki baru ko pon jutawan kan apa ada hal
Quote jambatannetizen 10-6-2024 07:22 PM
apedehal replied at 10-6-2024 05:49 PM
Rempitz belaka

Kan. Both nampak rempit.
Quote fadz84 10-6-2024 07:24 PM
jihyomelly replied at 10-6-2024 06:49 PM
at least duit nafkah tiap bulan dia tak culas membayar..mahal nau sampai 3.5k skarang ni ekonomi tak ...

Tgh tuntut naikkan nafkah sekarang ni.. dari rm500 ke rm3000 sebulan katanya..
Quote jambatannetizen 10-6-2024 07:25 PM
Edited by jambatannetizen at 10-6-2024 07:26 PM
NazRysha replied at 10-6-2024 06:33 PM
meluat aku dengan betina ni
acah2 sangat
terpaling lawa


Tapi dia memang tak lawa pun. Aku tengok backgorund she lebih kurang mcm Eyka sebelum famous. Tapi Eyka nampak upgradee , dia mcmtu je. Plus, Eyka mmg lawa. Mungkinlah tu kot sbb.
Quote zuriey 10-6-2024 07:26 PM
Geng apis bipolar nafkah 100
Quote cik_ingeniare 10-6-2024 07:52 PM
Biar mahkamah je la tentukan apa yang terbaik.. nak komen macam awal sangat kot pak si Ivy ni ada masalah kewangan ke..
Quote jihyomelly 10-6-2024 08:08 PM
fadz84 replied at 10-6-2024 07:24 PM
Tgh tuntut naikkan nafkah sekarang ni.. dari rm500 ke rm3000 sebulan katanya..

byk jugak..iols tak follow sgt kes diorg
Quote asfaz 10-6-2024 08:51 PM
Screenshot_2024-06-10-16-11-41-68_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg
Sengaja ke apa? 6x ganda tu. Anak dia dgn Adam sorang aje kan

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.071351 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top