CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengadil nafi hasrat Jojo pertahan rekod, Tewas kepada Nguyen

8-6-2024 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6711| Komen: 15

Description: KUALA LUMPUR – Impian jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk melakukan kejutan menumbangkan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat tidak kesampaian ap ...


KUALA LUMPUR – Impian jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk melakukan kejutan menumbangkan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat tidak kesampaian apabila tewas menerusi keputusan pengadil (unanimous decision).

Pada pertarungan ONE Championship 167 di Impact Arena, Bangkok tersebut, Johan atau dikenali Jojo itu menampilkan perlawanan cukup baik pada Pusingan 1 dengan melakukan beberapa tumbukan tepat ke arah muka Tran Duy.

Bagaimanapun, Jojo yang mewakili Rentap Muay Thai Gym dilihat berang apabila Tran Duy beraksi terlalu berhati-hati dengan sering mengundur dan enggan bertempur jarak dekat bagi mengelak terkena tumbukan jaguh berusia 18 tahun itu.


Tindakan Tran Duy dilihat menjadi apabila sering melakukan sepakan dan hampir membuatkan Jojo tumbang selepas tumbukan tangan kirinya tepat menuju ke arah muka Jojo.

Pada pusingan terakhir, Jojo meningkatkan intensiti perlawanan dan hampir membuatkan Tran Duy bermasalah selepas terkena siku jaguh berusia 18 tahun hingga terjatuh.

Bagaimanapun, Tran Duy mempunyai kelebihan apabila tindakannya sering menggunakan sepakan tepat ke arah Jojo sekali gus membolehkan dia memenangi perlawanan itu menerusi keputusan pengadil.

Ini adalah kekalahan pertama buat Jojo selepas enam pertarungan sejak Februari tahun lalu.


Untuk rekod, kali terakhir Jojo bertarung adalah pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan ‘knockout’ (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.

Malah, Jojo turut mempunyai rekod tersendiri dengan menumbangkan lawan dari Thailand, Padetsuk Fairtex menerusi ‘knockout’ (KO) di pertarungan ONE Friday Fights 6 pada Februari tahun lalu dalam tempoh 16 saat. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-6-2024 01:44 PM
Berapa banyak thread ni. Tapi kesian jojo.

Quote dua_chzy 8-6-2024 02:35 PM
Aiols suka kick boxing ni tapi tempat aiol takda pula kelas nak blaja. Kalau tak dah enroll anak2, haha.
Quote dua_chzy 8-6-2024 02:36 PM
Btw humble Nguyen tu yach. Ini semangat kesukanan yang aiol suka tengok.
Quote Skuau 8-6-2024 03:25 PM
aksi depa ni tetap KALAH ngn yg kt kedai arak tu...Yg tu  lg best nengok...memang 'real'....
Quote 8Queen8 8-6-2024 04:09 PM
Edited by 8Queen8 at 8-6-2024 04:10 PM

Jantung I bergetar kencang tengok fight Johan dengan Nguyen. I wish Johan menang tapi takpe dia masih muda, strong fighter, confident dan fight sampai 3 round.

Johan masih muda, dia masih timba pengalaman. One day dia lebih hebat dari hari ini.
Quote sukacactus 8-6-2024 05:03 PM
Skuau replied at 8-6-2024 03:25 PM
aksi depa ni tetap KALAH ngn yg kt kedai arak tu...Yg tu  lg best nengok...memang 'real'....

Aku gelak2 tengok match yg itu
Siap dgn uncle kat sebelah menjinjing KFC
Quote Neno90 8-6-2024 08:41 PM
Its ok boy. U'll will comeback after this
Quote Tunakimchi 8-6-2024 09:29 PM
Xde luck this time…
Quote Suchi 8-6-2024 09:35 PM
Jojo ni batch 06 kan?
Berapa spm dia dapat eh?
Quote haruslah 8-6-2024 09:37 PM
Skuau replied at 8-6-2024 03:25 PM
aksi depa ni tetap KALAH ngn yg kt kedai arak tu...Yg tu  lg best nengok...memang 'real'....

Jayden smith versi dah besar dgn rival dia dlm karate kids tu
Quote Goodluckdontcry 9-6-2024 01:44 PM
Satu lg, sila berendah diri sikit...klu ko eksen lebih konon rs dah terpaling bagus tu..smp rs blh dah nk kritik org yg xsama dunia martial arts dgn ko...sila tgk akibat mamat india yg kn lepuk dgn mamat cina dkt Penang tu...eksen je lebih acah kuat tp...mcm taik kambing jer... kehkehkeh
Quote Fly_over 9-6-2024 04:06 PM
Suchi replied at 8-6-2024 09:35 PM
Jojo ni batch 06 kan?
Berapa spm dia dapat eh?

yg iols ingat 2A, 1E. pergi sekolah kurang 3 bulan. dia ckp, pandai jugak aku
Quote Kurex 9-6-2024 04:17 PM
takpe jojo boleh ambik kurex sebagai hadiah jojo
Quote anony-mous 9-6-2024 04:55 PM
Fuh kalah mata je kira hebat la. Nmpk sharp jojo ni
Quote KamikuP 10-6-2024 10:21 AM
Suchi: Jojo ni batch 06 kan?Berapa spm dia dapat eh?


hAAH dioa lahir tahun 2006 sama macam anak laki meolls..
Meolls tanya dia si Jojo ni dapt berapa SPM, ada ke anak meolls ckp tanya le dia.. kurang asam.. ekekek
Mujur anak meoplls straight A .. ngeee Alhamdulillah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047613 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top