CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita diberhentikan selepas bekerja selama 68 tahun di kedai kasut jenama Clarks, notis seminggu je

21-5-2024 06:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9229| Komen: 32

Description: LONDON – Seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai kasut jenama Clarks selama hampir tujuh dekad dilepaskan selepas diberi notis pemberhentian seminggu sahaja lapor berita Metro UK.

LONDON – Seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai kasut jenama Clarks selama hampir tujuh dekad dilepaskan selepas diberi notis pemberhentian seminggu sahaja lapor berita Metro UK.

Jill Cornick mula bekerja di kedai kasut Clarks di bandar Dorset, barat daya England pada tahun 1956, ketika baru berumur 14 tahun.

Dia menangguhkan bulan madunya pada tahun 1969 supaya boleh menghadiri kursus dan terus bekerja di kedai sama setiap hari selama 68 tahun.

Jill kadang kala membawa bersama anaknya ketika bekerja selepas bayi berkenaan lahir pada tahun 1975.

Bagaimanapun, perkhidmatannya ditamatkan pada minggu ini. Pihak pengurusan mengumumkan bahawa kedai kasut itu ditutup hari ini.

Pada hari terakhir Jill bekerja, ramai pelanggan datang untuk mengucapkan selamat tinggal dan menghantar bunga serta coklat sebagai tanda terima kasih atas perkhidmatannya selama bertahun-tahun.


“Saya bermula pada tahun 1956 dan bekerja di kedai yang sama sejak itu. Saya masih sihat dan berharap dapat bekerja untuk tempoh beberapa tahun lagi.


“Namun, sekarang saya akan berehat dan pergi ke pantai dengan lebih kerap. Saya juga akan melakukan kerja amal sahaja,” kata Jill.

Sementara itu, jurucakap Clarks mengucapkan terima kasih kepada semua pekerjanya yang memberi sumbangan serta komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang khususnya kepada Jill yang bekerja  kedai kasut tersebut selama 68 tahun. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 21-5-2024 05:47 AM
Ni EPF mau berjuta ni..
Quote Suchi 21-5-2024 07:48 AM
Edited by Suchi at 21-5-2024 07:50 AM

Alaa patut biar sampai 70 tahun ngam 7 dekad.
Terganggu laa saya sbb cuma 68 tahun sama mcm org hidup sampai 99 tahun patut biarkanlah sampai 100 tahun.
Tp nak wat cemana ye kedai dh ditutup plak, harap tok nek ni mampu biasa kan diri bangun setiap hari tanpa rutin pi keje.
Dulu masa 1st benti keje susah gak iols nak sesuaikan diri, tiap hari duk tepi tingkap peratikan org lain g keje, bila kul 5pm pun sama. Amik masa juga la nk biasakan diri.
Pelik betul bila keje kemain rasa mcm nak benti bila dah benti jd stress plak bila dah tak buat rutin tu.
Quote Mimo.mimo 21-5-2024 07:52 AM
Dia tak naik pangkat ke? 68 tahun buat benda sama. Mesti dia enjoy kerja situ.
Quote BoongaKertas 21-5-2024 08:23 AM
setia betul nenek ni kat situ. semangat org2 lama ni dia lain mcm sikit kalau bab2 kerja ni yg iols perasan.
Quote vanillaninja 21-5-2024 08:45 AM
Mesti sheols happy kerja situ. Environment tak toxic, kawan2 best. Bosses baik. Nak pencen pun pencen dengan aman.
Quote bintangct 21-5-2024 08:50 AM
wow jd umur dia nenek dh 82 sblm diberhentikan
selalu lelaki yg keje lewat usia tp ni nenek
Quote zaianim 21-5-2024 09:51 AM
Pengalaman kurang kalau keje kat tempat yg sama je
Quote syamzana 21-5-2024 09:59 AM
lamanya nenek ni kerja, mesti dia happy. iols membayangkan diusia 60an santai2 kat balkoni rumah tgk tanaman kebun, bela itik, ikan kolam kanvas sambil borak2 dgn laki.
tak sgka nenek diusia 80an masih gigih bekerja. bagus gak la kedai katup, blh la rehat2.
Quote lucky_peace 21-5-2024 10:12 AM
Lamanya nenek ni kerja, selamat berpencen dan berehat ye~
Quote netto_ 21-5-2024 12:30 PM
Lamanya kerja 68 tahun. Kalu aku ni rabak dah otak. Mungkin da msk tanjung
Quote mojarean_X 21-5-2024 12:58 PM
Iols dh bersara nanti nk wat keje apa ye?
Quote plywood 21-5-2024 01:03 PM
kalau tak sakit aku rasa nak kerja sampai mati..  aku rasa duduk diam rehat atau berhibur sahaja lepas pencen akan bekukan otak, bagus fokus something yang boleh gerakkan fikiran dan fizikal
Quote I.K.A888990 21-5-2024 01:40 PM
kalau kita2 ni mmg susah sikit nak kerja kat satu tempat lama mcm ni
mesti happy dia last day kerja ramai pelanggan setia dtg jumpa siap bagi gifts lagi
Quote gigahertz 21-5-2024 02:33 PM
Suchi replied at 20-5-2024 11:48 PM
Alaa patut biar sampai 70 tahun ngam 7 dekad.
Terganggu laa saya sbb cuma 68 tahun sama mcm org hidu ...

i bayangkan dialong macma ni :

Kedai : eh nenek awak berhentilah.dah tua.
nenek : tak nak ! aku nak keje .
kedai : kau berhentilah . .. . please
kedai : kalau tak aku potong gaji kau
nenek : aku nak keje jugak. gaji takde xpe.
kedai : ok la macam tu ...

so next day : kedai kasut tu pun isythhar tutup.
Quote gigahertz 21-5-2024 02:34 PM
vanillaninja replied at 21-5-2024 12:45 AM
Mesti sheols happy kerja situ. Environment tak toxic, kawan2 best. Bosses baik. Nak pencen pun pence ...

Rasanya dia sebatang kara je ni.atau mungkin dah kahwin anak x berapa nak ada.
dari dia duduk rumah tengok drama tv3 baik gi kerja.
Quote lifeline 21-5-2024 02:36 PM
kiranya kalau kedai tu tak tutup mungkin dia keja situ smpai akhir hayat dia la gamaknya kan
Quote gigahertz 21-5-2024 02:37 PM
plywood replied at 21-5-2024 05:03 AM
kalau tak sakit aku rasa nak kerja sampai mati..  aku rasa duduk diam rehat atau berhibur sahaja lep ...

kalau i ada kat situ.
i upgrade nenek tu bagi bukak kedai sendiri brand sendiri.
sebab dia punya audience pelanggan tu besar oooooo
level2 umur dia ni majorti ada simpanan dan ada anak cucu cicit.
umur sebaya dia maybe dah x melaram. badan pun dah x sihat.
tapi mereka ada anak cucu cicit utk di perah.....
Quote miss_white 21-5-2024 08:45 PM
mojarean_X replied at 21-5-2024 05:58 AM
Iols dh bersara nanti nk wat keje apa ye?

Buat kerje cleaner
Quote Tinot7 21-5-2024 10:43 PM
Awat sanggup keje sampai umo 80an?.. takde kengkawan? Duit tak cukup? Famili?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.049944 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top