Impian penyanyi, Wani Kayrie untuk bergelar penasihat undang-undang bakal tercapai selepas menggenggam ijazah pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) di sini, hari ini. Lebih membanggakan, Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 24, memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan. Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia bersyukur usaha keras dalam pengajiannya sejak 2019 membuahkan hasil. “Apabila menjadi anak seni, saya akui menempuh kesukaran untuk membahagikan masa antara kerjaya seni dan akademik. “Namun, segala kepayahan sebagai penuntut universiti terbalas menerusi ijazah ini dengan doa ibu bapa dan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen itu. Beliau antara 2,253 graduan yang diraikan pada konvokesyen meliputi 128 program pengajian termasuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana dan Diploma.
Jelas Wani yang memperoleh purata CGPA 3.5, pencapaian itu turut membuktikan bahawa anak seni juga mampu berjaya dalam pendidikan. Tambahnya dia bercadang melanjutkan lagi pengajian di peringkat sarjana undang-undang pada masa depan. “Saya sememangnya berhasrat mahu menjadi penasihat undang-undang terutama kepada rakan anak seni lain di negara ini,” katanya. Sumber -KOSMO!ONLINE |
Cleocatra replied at 20-5-2024 02:29 AM
Tahniah la. Tak macam sorang retis kerempeng tu, kenmain lagi tunjuk study sampai pagi. Tapi, hujan ...
miss_strangers replied at 20-5-2024 01:03 AM
Dia Ni Kan yg spm Banyak A tu...
prizadane replied at 20-5-2024 07:20 AM
Yes, 7A kot rasanya. For retis, memang power la. Nyanyi pun not bad. Tapi takde rezeki menonjol. I ...
hyie replied at 20-5-2024 12:50 AM
bagus dik Wani ni rajin belajar. Mintakla nasihat daripada kak najwa latif.
prizadane replied at 20-5-2024 07:20 AM
Yes, 7A kot rasanya. For retis, memang power la. Nyanyi pun not bad. Tapi takde rezeki menonjol. I ...
prizadane replied at 20-5-2024 07:20 AM
Yes, 7A kot rasanya. For retis, memang power la. Nyanyi pun not bad. Tapi takde rezeki menonjol. I ...
KakZianaZain replied at 20-5-2024 09:13 AM
Ye. Dia dulu budak Asunta rasanya. Mmg budak pandai dan aktif kat sekolah mengikut kata kawan aku ...
vanillaninja replied at 20-5-2024 09:29 AM
Kekdahnya I baru tau MSU ada law school. Congratulations walaupun I tak kenal sheols sape sebenarnya ...
ADVERTISEMENT