CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naim Daniel Kecewa Dihina, Diancam Netizen Sampai Libatkan Mak Bapak - "Aku sembelih hidup-hidup”

15-5-2024 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7223| Komen: 46

Description: Gara-gara memberi nasihat mengenai gerakan #Blockout2024, pelakon dan penyanyi Naim Daniel menerima ugutan serta kata-kata kesat yang dilemparkan daripada netizen.

Gara-gara memberi nasihat mengenai gerakan #Blockout2024, pelakon dan penyanyi Naim Daniel menerima ugutan serta kata-kata kesat yang dilemparkan daripada netizen.

Kecewa dengan sikap segelintir warganet, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, berkata dia tidak pernah melupakan mengenai pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin.

Kata Naim, nasihatnya mengenai gerakan tersebut telah disalah erti oleh segelintir wargamaya.

"Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya apakah dihalalkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa atas nama boikot?"

"Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam. Saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudada mara sedarah seagama di Palestin sana."

"Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan."


"Saya berpesan supaya tidak bersifat melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan. Saya dikatakan “terpaling”. Malah siap ada mereka mereka yang menyalah erti dan menggunakan naratif yang berbeza bagi menentang saya."

Naim berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya beserta beberapa tangkapan skrin layar memaparkan kata-kata kesat yang diterima oleh netizen.


Dalam hantaran sama, pelantun lagu Sumpah itu menegaskan dia tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan jenama yang berkaitan Israel.

"Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah."

"Saya dilahirkan dengan kalimah Lailahaillallah ditelinga oleh orang tua saya dan semoga saya mati dalam kalimah agung ini kelak hendaknya."

"Jadi, terangkan kepada saya, apakah ini semua, yang baru dalam berapa dalam ribuan komentar yang saya dapat dalam masa dua hari ini, adalah halal atas dasar “boikot”?"

Sumber: Instagram/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 15-5-2024 02:19 PM
Hmm okay lah. akak komen lah.
semoga allah swt buka pintu hati mereka yang semakin jauh dengan jalan yang allah swt tentukan.
Quote sleepandream 15-5-2024 02:54 PM
tak payah layan la orang mental gitu...
memang depa nak perhatian ko je tu naim...
silap2 suruh mengaji pun tergagap2 lagi
Quote jihyomelly 15-5-2024 02:58 PM
melampau sgt la pulak sampai nak sembelih bagai..berpada2 la nak boikot ke taknak boikot ke..
Quote n3ar 15-5-2024 02:58 PM
terpaling boikot ni patutnya kena tangkap je...

perangai bodoh, over sangat tuduh itu ini... pastu boikot benda makan & brand2 yg viral je..

yang disebalik tu dia tak tahu brand2 dia pakai pun sama brand dari amerika atau israel
Quote asfaz 15-5-2024 03:13 PM
Wow..Komen atas tu terus hai org kafir
Sedap aje mengkafirkan org .
Quote Masukkeluar 15-5-2024 03:15 PM
Ni mmg melampau laa tp tula naim ko jgn main dgn api…tkut terbakar. Sbb kt twitter tu kemain jgk ko belagak..dh thu netizen msia rmai yg gila xpsl psl kne kecam. Yg kecam tu pn bodo
Quote MadameOnion 15-5-2024 03:16 PM
pengajaran jugak utk naim..bila org tak petik nama ko..dok je dendiam makan popcorn..ni tidakkkk...acah terpaling pejuang industri..tak pepasal masuk blocked list
Quote vanillaninja 15-5-2024 03:21 PM
Amboi yang sembelih hidup2 tu. Confirm rempit bodo suka mengayat aweks di Tinder. Kemain nak sembelih anak orang.
Quote anilanil 15-5-2024 03:31 PM
Nape ko layan budak2 sunat laser naim?
Quote Wenpa 15-5-2024 03:32 PM
ramai yer artis2 meroyan sehari ni....naim ni marah orang cKap dier terpaling...padahal dier dulu cakap orang terpaling terpaling....
Quote kucingitam 15-5-2024 03:40 PM
naim pergi report polis... dah kira kes lain dah main ugut2 ni., hak kau sebenanrnya nak/taknak post pasal palestin. apsal sampai nak ugut2 pulak
Quote dua_chzy 15-5-2024 04:59 PM
Haha.

Gitulah kalau dah taksub sangat dengan Palestin. Mesti bebudak lahir tahun 90an or 2000an ni.
Quote dua_chzy 15-5-2024 05:01 PM
Student aku yang paling pemalas suka tidoq dalam kelas pun kemain berdegang2 nak perangi Yahudi la hapa la kalau cakap pasal Palestin.

Aku soh jihad lawan malas dulu. Baru sembang kencang nak pi perang nak pi bunuh Yahudi. Har.
Quote apedehal 15-5-2024 05:03 PM
Hihi..haritu ko petik terpaling naim..bila terpaling cari pasal dgn ko tahu plak gugat.. ko nak bekap kawan2 kau yg mmg dah ramai follower penyembah...bg deyol je buat kerja membekap..ko kureng popular duk dendiam kunyah popcorn je
Quote kisahkeaku 15-5-2024 05:12 PM
dua_chzy replied at 15-5-2024 05:01 PM
Student aku yang paling pemalas suka tidoq dalam kelas pun kemain berdegang2 nak perangi Yahudi la h ...

ye rasa btl laa ni...yg kutuk pasal blackout beria ni bbnu je laa kot.smpi caci maki org, x rilek langsung mcm dia sorg yg terpaling palestin.rasa dah cukup hebat sgt diri tu smpi caci org beria.

Quote wannoorazlina 15-5-2024 05:15 PM
soalan aku..serius, aku hanya tertanya-tanya..
kalau kita ni jadi macam Palestine, adakah orang2 sana akan buat sama mcm kita buat sekarang?
Quote love_warrior 15-5-2024 05:16 PM
Entah mmg meluat dengan mamat ni.. POYO
Quote tulip-rain 15-5-2024 05:23 PM
Haa ini kes terpaling vs terpaling.
Quote LoveSungmin 15-5-2024 05:26 PM
sila buat report polis sumbat yang terpaling nak sembelih orang ni dalam penjara..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045081 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top