CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusof Haslam & Patimah Tak Simpan Dendam, Sentiasa Doa Syamsul Pulang Ke Rumah – ‘Tapi Kalau Dia Tak Balik, Kami Reda’

14-5-2024 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7830| Komen: 96

Description: Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail menjawab persoalan mengenai ketidakhadiran anak kedua mereka, Syamsul Yusof ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilf ...

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail menjawab persoalan mengenai ketidakhadiran anak kedua mereka, Syamsul Yusof ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri serta majlis ulang tahun perkahwinannya yang ke-41 yang diadakan di kediaman rasmi mereka, semalam.

Ketika ditemui OhBulan!, Patimah memaklumkan dirinya reda dengan Syamsul yang sudah tidak pulang ke kediaman rasmi mereka sejak pengarah tersebut mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ira Kazar.

"Dia (Syamsul) lama dah tak balik, sejak dia kahwin tapi saya reda saja lah."

"Siapa tak sayang anak kan? Dan kami pun tak pernah buang Syamsul dari hidup kami, kami sayangkan dia."

"Tapi terserah pada dia. Saya sentiasa mendoakan yang baik."

Sementara itu, Yusof mengakui dia dan isteri terluka dengan tindakan yang dilakukan Syamsul namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara tersebut. Sebaliknya, dia sentiasa mendoakan agar anaknya itu berlembut hati untuk pulang ke pangkuan keluarga.


"Pada peringkat awal tak dinafikan saya dan isteri terluka dengan tindakan Syamsul tapi bila masa berlalu, kami pun dah tua, umur saya dah 70 tahun dan kami saling dekatkan diri dengan Allah."

"Dan ketika ini kami menikmati hari-hari bahagian dengan anak, menantu serta cucu. Kenapa kami nak beratkan fikiran pula kan?

"Apa yang kami boleh buat ialah, berdoa dari jauh."

"Dan kalau satu hari nanti Syamsul berniat nak balik kepada kami, Alhamdulillah. Tetapi kalau dia tidak balik, kami berdua reda.

"Bagi saya, biarlah masa dan keadaan menentukan segalanya."

Yusof dan Patimah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis indah yang diadakan di kediaman rasmi mereka pada malam Ahad.

Dalam pada itu, pengarah yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ ini memaklumkan dia dan isteri sama sekali tidak menyimpan dendam terhadap Syamsul.

Menurut Yusof, dia akan sentiasa memberikan sokongan buat anaknya itu dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kerjayanya.

"Tidak ada perasaan benci dalam diri kami, jauh sekali untuk ada rasa sebegitu."

"Ada orang pernah kata pada saya, ‘Anak Datuk buat filem nanti jangan tak sokong pula nanti’."

"Saya terus jawab, ‘Awak ingat saya seorang yang begitu ke?’. Bila dia berjaya, orang akan cakap, ‘Itu anak Yusof Haslam itu’.

"Saya dan isteri sama sekali tak berdendam malah nak tengok dia berjaya."

Imbas kembali, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Syamsul sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun mereka disahkan bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitney72 13-5-2024 11:04 PM
Mmg pedih Datin...Allah nk uji kan...terimalah takdir itu...maaf kan lah...selagi x maafkan , x redho dgn jodoh baru anak...selagi tu lah hati sakit...x perlulah tunjuk2 bahagia...

X da siapa pun suka bila poligami terjadi...tp cubalah jadi ibu yg boleh terima hakikat...dan cuba ambil pelajaran bahawa semua ini mungkin berlaku disebabkan atas2 dosa2 kta pd masa lalu...

Allah nk uji sikit pun tp Datin msh sombong...sdgkan Allah dh beri mcm2...suami yg setia, kacak, kekayaan, ank yg berjaya....bersyukur lah dan cuba terima seadanya...InshaaAllah hati kurang serabut
Quote jambatannetizen 13-5-2024 11:29 PM
Whitney72 replied at 13-5-2024 11:04 PM
Mmg pedih Datin...Allah nk uji kan...terimalah takdir itu...maaf kan lah...selagi x maafkan , x redh ...


“dan cuba ambil pelajaran bahawa semua ini mungkin berlaku disebabkan atas2 dosa2 kta pd masa lalu...”


Deep ayat u. Sungguh bernas!  
Mmg betul apa2 yg jadi kemungkinan disebabkan atas2 dosa2 kta pd masa lalu… Tuhan nak kita redha and sedar.
Quote Whitney72 13-5-2024 11:38 PM
jambatannetizen replied at 13-5-2024 11:29 PM
“dan cuba ambil pelajaran bahawa semua ini mungkin berlaku disebabkan atas2 dosa2 kta pd masa lal ...

Ya Sis...camnilar kita selagi masih bernafas...sentiasa diuji..samada ujian itu mgkin Allah nk uji tahap iman kita dan mgkin ujian itu atas dosa2 kita yg lalu yg kta x prnah sedar...

Quote pocongkiutss 13-5-2024 11:45 PM
Whitney72 replied at 13-5-2024 11:38 PM
Ya Sis...camnilar kita selagi masih bernafas...sentiasa diuji..samada ujian itu mgkin Allah nk uji ...


Kena amik kira juga..irazakar pun tgh diuji sbb dosa masa lalu dia..ujian dia dtg melalui timoh toxic..koh koh koh..so irazakar kenalah bertabah juga melalui ujian innih yach sebagaimana peeass diuji melalui irazakar sbb masa lalu dia yg kelam bersama bangla dulu khenzz

Jgn nk kata timoh je kena uji yach
Quote jambatannetizen 13-5-2024 11:50 PM
pocongkiutss replied at 13-5-2024 11:45 PM
Kena amik kira juga..irazakar pun tgh diuji sbb dosa masa lalu dia..ujian dia dtg melalui timoh to ...

Terbalik tu nokss.
Ira kazar bakalan diuji, n pada masa itu nnt boleh ckp disebabkam masa lampau (waktu ini) dosa lalu.
Quote Mary_jane 14-5-2024 12:12 AM
Bunyi macam dah dapat cucu bongsu je.
Quote Whitney72 14-5-2024 12:40 AM
pocongkiutss replied at 13-5-2024 11:45 PM
Kena amik kira juga..irazakar pun tgh diuji sbb dosa masa lalu dia..ujian dia dtg melalui timoh to ...

Ya btul tu..smua org duji...

Sbb tu benang berkaitan Timoh dan anaknya...so kita relate je lar mana yg berkenaan
Quote pocongkiutss 14-5-2024 01:05 AM
jambatannetizen replied at 13-5-2024 11:50 PM
Terbalik tu nokss.
Ira kazar bakalan diuji, n pada masa itu nnt boleh ckp disebabkam masa lampau  ...

Dia pun tgh diuji yach

Dia fefeeling mak mertua menerima dia tp idokkk

Diuji le tewww..kena la sabok..dh ko buat onar dulukk
Quote cm_vungtau 14-5-2024 04:48 AM
Tak paham aku Tok Sop dengan Tin Mah ni. Korang tak boleh ke pergi cari anak ko? Apa masalahnya? Kan sama2 dalam KL. Aduhai saje tau dua2 dengan bapaknya dengan anaknya 2X5
Quote she 14-5-2024 05:14 AM
Kita sebagai ibu bapa
Jangan ingat kita aje yang tahu berkecil hati
Anak2 pun ada perasaan juga

Terutama anak yang dah besar dewasa
Gitewwww
Quote Fazzbulous 14-5-2024 05:29 AM
xpela tinmah&toksop...ada anak2,cucu & menantu lain yg still hargai korang...sygkan korang...korang fokus yg itu je la..
Quote miss_strangers 14-5-2024 06:19 AM
Tintimah n toksop kena merayu melutut dgn sol Baru sol balik rumah agam hokay. Kan mmg Korang didik sol persis anakku sazali. So nak pujuk pon kena beralah laaaa
Quote asfaz 14-5-2024 06:32 AM
miss_strangers replied at 14-5-2024 06:19 AM
Tintimah n toksop kena merayu melutut dgn sol Baru sol balik rumah agam hokay. Kan mmg Korang didik  ...

Atau sol yg merangkak mintak maaf tpi masa tu mak ayah dah tutup mata. Time tu menyesal pun takde guna .
Quote hdon 14-5-2024 07:48 AM
Zaman skrg anak2 yg menjadi tuan ibu bapa.. sbb tu kalau anak merajuk mak bapak yg kena pergi melutut pujuk anak2.. ni ikut logik knetz zaman now
Quote borrow 14-5-2024 07:52 AM
Sol pun ada anak juga. Mebi tindakan heols skrg akan menentukan nasib heols di masa hadapan. Sapa tau. Dulu pnh merajuk dgn industri. Tamo buat film. Tak silap dlm timeline tu la heols hangat berkapel dgn PS. Parents pun ok je tadalah maki2 ka. Siap kata hikmah hubungan adik beradik makin rapat. Sol pun puji maknya , boleh mendengar gitulah ai lupa ayat sebenar. Sbb tu lah, rasa rugi klo endingnya kutub utara kutub selatan. Kesian lebih kat tok sop , sbb dh tua. Fizikal tak sekuat time muda. Kesianlah ditambah stress , boleh efek mental jugak klo ada keturunan nyanyuk cthnya. Tp anak2 & cucu lain berderat  , hope ok2 la.

Quote MeowPARSI 14-5-2024 08:14 AM
Kalau aku laaa jadi Sol,, mmg tak tenang hidup aku bila mak ayah bg statement camni,, buat nya esok lusa org tua tu mati,, aduyaiii menyesal tak berkesudahan,,
Quote johan-adx 14-5-2024 08:15 AM
haritu datin jgk kata sol mcm2 dkt medsos
tgk dato chill dan tenang jer
kdg2 kena berdamai dgn keadaan wpun sikit perit
Quote lightheaded67 14-5-2024 08:28 AM
kemon lah acik porum. konsisten boleh tak. acik lijah smua hencap sbb bekap anak jd enabler, toksop tinmah pulak tegur anak dikata toksik. kang tinmah tak mceceh kat igs, korg taktau dia tegur anak. smua ni takkan jadi kalau sol dan aa tu jadi lelaki, setel isu sndiri. sampah yg sbenar adelah sol dan aa ok
Quote GreySuede 14-5-2024 08:29 AM
Sol..sol..sol..ego melangit.. sampai bila nak mendongak ke langit?

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.270798 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top