CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya terima ancaman jangan datang Singapura” - Muaz Zabir

13-5-2024 07:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18727| Komen: 15

Description: “Saya terima ancaman jangan datang Singapura”. Demikian pengakuan pelakon baharu Muaz Zabir yang menerima ancaman selepas terbabit kontroversi menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah, isteri kepa ...


“Saya terima ancaman jangan datang Singapura”.

Demikian pengakuan pelakon baharu Muaz Zabir yang menerima ancaman selepas terbabit kontroversi menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz.

Menurut Muaz, 27, ancaman tersebut diterima menerusi DM (mesej) di laman sosialnya iaitu di Instagram dan TikTok.

Meskipun begitu, Muaz tidak gentar kerana yakin kedua-dua negara memiliki undang-undang yang menjaga keselamatan orang awam.

“Walaupun menerima ancaman saya lihat daripada sudut positif. Insya-Allah, kalau saya dengan niat yang betul, untuk bekerja serta tidak menganggu sesiapa, tiada apa yang akan berlaku.

“Sebab kita ada undang-undang. Jika saya ke sana (Singapura) untuk bekerja apa salahnya, bukan hendak cari gaduh.

“Sebolehnya saya tidak ingat membabitkan dua negara. Saya sedang cuba meneruskan kehidupan dengan cara yang terbaik,” kata Muaz.


Biarpun menerima ancaman, jelas Muaz semuannya masih terkawal dan tidak ada keperluan untuk pihaknya mengambil sebarang tinndakan undang-undang.

“Ancaman memang ada dan jenayah pun sentiasa ada di mana-mana. Tetapi saya tidaklah sampai perlu mengupah pengawal keselamatan atau membuat laporan polis berhubung perkara ini.

“Saya akan cuba berhati-hati walau di mana sahaja saya berada,” ujar Muaz yang ditemui pada majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun ke-25 produksi Global Station baru-baru ini.

Sambung Muaz yang telah berkecimpung dalam dunia lakonan selama setahun enam bulan itu, kontroversi tersebut memberi kesan yang cukup besar dalam kehidupannya.

“Saya tidaklah trauma sampai tidak boleh teruskan kehidupan. Tetapi saya mengaku apa yang berlaku memberi impak yang besar dalam diri saya dan keluarga.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan termasuk hubungan agar tidak menyinggung mana-mana pihak,” kata Muaz.

Dalam perkembangan lain, Muaz muncul dengan naskhah baharu berjudul Leha, Leya Lawa lakonan bersama Bella dan Iskandar Chempaka yang telah ditayangkan di aplikasi Tonton.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 13-5-2024 12:38 AM
Singapore kan one of the safest countries in the world. Nama pon nak pi bekerja. Siapa cari pasal, dia la yg masuk dalam. Abaikan jer ugutan budak2 sunat laser tu muaz...
Quote sharlenetexas 13-5-2024 02:31 AM
Tgk heols drama tv3 rasa mcm tak sukalah vibe heols ni. Masa tu tak taulah sape nama dia ni. Dahlah berlakon jadi anak mak bawah ketiak mak. Bertambah2lah x suka. Pastu skrg promo apa tah tv3 happy duk nyanyi2 drama dia dapat sambutan. Cringe betul dengar. Samalah nekma duk sebut membawang. Geli telinga dengar.

Quote Whitney72 13-5-2024 02:52 AM
Mok Cun punya psl ni...
Quote Pak.dolla 13-5-2024 06:22 AM
anilanil replied at 12-5-2024 04:38 PM
Singapore kan one of the safest countries in the world. Nama pon nak pi bekerja. Siapa cari pasal, d ...

.
.
.
kena waspada...x igtbkes kemal deli kena dulu?
Quote TeropongThaico 13-5-2024 07:26 AM
Tak minat tgk dia ni terasa geli
Quote chimotmomot 13-5-2024 07:56 AM
kesian dia nie jadi kambing hitam padahal berbakat juga berlakon.. bella pun tolong la keluarkan statement bersih kan nama muaz nie
Quote dewi_rina 13-5-2024 09:19 AM
Jangan kena beduk mcm kamal adli kena dahlah, seram jugak
Quote jalfa 13-5-2024 11:45 AM
Banyak bunyi...tau takut...masa dok skandal bini orang tak rasa takut ke...
Quote Incanto 13-5-2024 11:47 AM
takyah pegi Spore….semua benda mahal dik

alep ajis je murahan
Quote OshinDaSolja 13-5-2024 02:40 PM
Singapore punya patriotism lg tnggi...so hati2 la kt sana...
Quote Afifi82 13-5-2024 05:34 PM
Incanto replied at 13-5-2024 10:47 AM
takyah pegi Spore….semua benda mahal dik

alep ajis je murahan

Hahhahahaha . Ni lawak
Quote pakwetizzaqyah 13-5-2024 09:46 PM
singapura darul matripat
Quote 8Queen8 15-5-2024 08:07 PM
Muaz handsome juga. Tapi tak famous. I hope lepas nama naik for wrong reason boleh lah up. Hati2 Muaz Aliff tu cam dendam Giles kat hang. Because of you habis berantakan rumahtangga dia.

Biasanya Aliff yang curang dan Bella terhegeh hegah salahkan perempuan lain, tapi lepas jumpa you baru she sedar she layak untuk bahagia. Mungkin she see aura you lain macam.
Quote missHaidiD 15-5-2024 08:32 PM
Muaz ko bole diam kot.  Mmg ko salah sb bella bini org.. Tak kira jahat mana pun laki dia ko jgk salah.. Sb ada akta utk lelaki yg menganggu bini org

Siap menganjing lg

Mak aku kt jntan yg dgn bini org ni nti kt sana jd kuda ko
Quote sukanyanyi 15-5-2024 08:32 PM
8Queen8 replied at 15-5-2024 08:07 PM
Muaz handsome juga. Tapi tak famous. I hope lepas nama naik for wrong reason boleh lah up. Hati2 Mua ...

Tang skandal tu kan tatau kenapa tp iols lagi marah ngn mz ni dpd bells. Bells tu paham la dah tertekan sgt sbb lakinya mcmtu. Tp mamat ni I'm like, woi da tade pompuan lain ke yg single. Ke penangan mak2 org ni lg best sbb nurturing gitu kan. Sama la bila situasi diterbalikkan gender

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.156769 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top