CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Kuala Kubu Baharu: Ini masanya UMNO, BN balas jasa DAP – Ahmad Zahid

27-4-2024 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1647| Komen: 20

Description: HULU SELANGOR – Komitmen dan sokongan Barisan Nasional (BN) kepada calon Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu disifa ...


HULU SELANGOR – Komitmen dan sokongan Barisan Nasional (BN) kepada calon Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai membalas jasa DAP.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan BN menghormati formula untuk memberikan amanat kerusi (DUN Kuala Kubu Baharu) kepada PH.

“Beberapa PRK sebelum ini, kami turut didokong kepimpinan DAP, Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika di Tioman, Pelangai dan kemaman. Maka ini komitmen daripada UMNO dan BN.

“Saya juga tahu DAP adalah sebuah parti yang sangat komited dalam Kerajaan Perpaduan dan sudah tiba masanya (UMNO) membalas budi mereka (DAP),” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas mengiringi calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao yang mewakili DAP ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau yakin dengan keupayaan yang ditonjolkan Sock Tao mampu meraih kemenangan sekali gus mengekalkan kerusi tersebut dibawah Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau masih berharap agar MCA dapat membantu jentera Kerajaan Perpaduan untuk berkempen dalam PRK kali ini.

“Kita tidak menjangkakan bilakah waktu yang sesuai tapi saya fikir UMNO dan MCA telah bersahabat terlalu sejak tahun 1955 dalam BN. Saya fikir ia dapat disantuni dengan baik,” jelasnya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 27-4-2024 12:54 PM
Hehe. Sbnrnya ph membantu zh bkn bn. Parti tadak untung apa2 pun. Dia yg untung sbb Kes gugur pastu dpt jd menteri lg.

Mcm hanat perangai.
Quote Firenzza 27-4-2024 01:02 PM
Ini ke presiden sanjungan ahli umngok?? Mmg bongok
Quote sharlenetexas 27-4-2024 02:02 PM
Dia jugak yg kata no dap.


Quote tripleid 27-4-2024 02:17 PM
Blom apa2 calon PN dah kantoi menipu


Screenshot_2024-04-27-13-53-24-581_com.android.chrome-edit.jpg Screenshot_2024-04-27-13-45-27-565_com.google.android.youtube-edit.jpg
Quote B40tastePosh 27-4-2024 02:40 PM
Macam mana dari Diploma terus ke Master?
Quote B40tastePosh 27-4-2024 02:42 PM
For sure kalah teruk calon PN tu...kawasan komunis kot situ
Quote Binodino 27-4-2024 02:47 PM
Apo jaso dap? Jaso kepado sapo? Negara? Parti? Atau wakjahid?
Quote pocongkiutss 27-4-2024 02:58 PM
B40tastePosh replied at 27-4-2024 02:42 PM
For sure kalah teruk calon PN tu...kawasan komunis kot situ

Kkb tmpt cina ke rupanya
Quote auntieagony 27-4-2024 03:13 PM
Politik...ooo politik....

Demi kelangsungan warisan politik....
Quote grouper 27-4-2024 04:40 PM
Logik ke penyokong umno undi dap?
Quote MeoWRoaR 27-4-2024 06:14 PM
dia mcm tiberr tapi tak mengapa..politik ohh politik
Quote manehnya 28-4-2024 01:31 AM
What say u makcik UMNO?
Quote Hatida 28-4-2024 01:31 PM
nak balas jasa DAP apekebende nye wakjahid oii... adoilaaa! demi jawatan & parti...
Quote B40tastePosh 28-4-2024 01:33 PM
Edited by B40tastePosh at 28-4-2024 01:35 PM
pocongkiutss replied at 27-4-2024 02:58 PM
Kkb tmpt cina ke rupanya


Cuba baca kisah Batang Kali Massacre
..Kerling, Kalumpang tu kawasan Cina belum lagi Pekan Kuala Kubu tu...kawasan majoriti Cina.

Nak naik ke Bukit Fraser tu pun kiri kanan kampung Cina.
Quote Belibis 28-4-2024 01:51 PM
Parti yang dulu gah jadi hina dina ..hilang semua yang duk kata dap rasis,dap kominis..dan dan jadi sahabat.
Quote ctaz 28-4-2024 03:10 PM
acara jilat menjilat pun bermula.....
Quote zjen 28-4-2024 05:59 PM
UMNO kalu nak terus hidup kene ada kumpulan besar yg keluar tubuh parti Melayu baru .... pastu call MCA MIC dan Parti Sarawak keluar tubuh Barisan Baru

buang kumpulan penjilat kekal dlm UMNO lama bersama BN dan biar terus dgn PH

PH + BN dah konpem kalah lagi teruk next PRU,  no more hope .... tinggal DAP je mampu menang area kafir,   lepas PRU biar dorg dok kerusi pembangkang bersama PAS,   kembali cam dulu

Quote Perwira2022 28-4-2024 09:10 PM
Balas jasa DAP dalam menjatuhkan UMNO daripada puncak kuasa?
Quote TomyamPuteh 28-4-2024 09:38 PM
DAP berjasa kt sapa? Kt Wak Jahit mmg iye la.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071759 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top