CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar pulang elaun Khazanah, kekal pendirian tidak ambil gaji

26-4-2024 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6136| Komen: 11

Description: PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mahu mengambil elaun ditawarkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berikutan kekal pendirian untuk tidak mengambil ...


PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mahu mengambil elaun ditawarkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berikutan kekal pendirian untuk tidak mengambil gaji sebagai ketua kerajaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga terpaksa memulangkan elaun yang dikreditkan ke dalam akaunnya selepas beberapa bulan mempengerusikan mesyuarat Khazanah.

“Tadi saya pengerusikan mesyuarat Khazanah, rupanya Pengerusi Khazanah, Perdana Menteri selama ini, ada elaun. Saya tidak tahu, selepas beberapa bulan, masuk dalam bank (elaun mesyuarat).

“Saya terpaksa pulang balik elaun Khazanah dan beritahu mesyuarat bahawa jangan bayar elaun kerana sebagai Perdana Menteri, saya mengatakan bahawa tidak akan ambil gaji selagi ekonomi kita tidak terangkat dan nasib rakyat miskin terbela,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) di sini petang tadi.


Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Dalam pada itu, Anwar berkata, dalam usaha menghapuskan miskin tegar, beliau juga tidak akan mendiskriminasi berdasarkan warna kulit di mana mereka berada kategori itu perlu dibantu sebaiknya.

“Saya sudah cakap (menghapuskan miskin tegar) dan ia menjadi sasaran kita sejak tahun lalu untuk hapuskannya.

“Sudah tentu berdasarkan angka, Melayu adalah adalah majoriti, tetapi berdasarkan ratio populasi, masyarakat India adalah antara yang paling miskin,” jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, kaum Melayu, India dan Cina di Kuala Lumpur juga dilaporkan sudah keluar daripada kategori miskin tegar.

“Sekarang kita capai untuk Kuala Lumpur Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor dan sedang usaha untuk negeri-negeri lain,” jelasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lostnfaun 27-4-2024 07:02 AM
Bio betul level PM tak tau ada elaun?
Quote maxgamer82 28-4-2024 12:28 AM
lostnfaun replied at 27-4-2024 07:02 AM
Bio betul level PM tak tau ada elaun?

masalahnya dah lama kot jadi pengerusi...bukan hari ni..
Quote BoongaKertas 29-4-2024 10:33 AM
hmmm K........
Quote wirazam 29-4-2024 08:33 PM
lostnfaun replied at 27-4-2024 07:02 AM
Bio betul level PM tak tau ada elaun?

Dia baru jadi PM kann
Quote lostnfaun 30-4-2024 08:04 AM
maxgamer82 replied at 28-4-2024 12:28 AM
masalahnya dah lama kot jadi pengerusi...bukan hari ni..

Betul pastu takkan sejak jd PM, baru 1st nie buat meeting bod.

Dia punya bab sembang mesti nak nmpk gempak jer.
Quote lostnfaun 30-4-2024 08:06 AM
wirazam replied at 29-4-2024 08:33 PM
Dia baru jadi PM kann

Dah setahun lebih kan, pastu dulu dia pernah jd TPM & menteri MOF mesti dia tau pasal elaun nie semua.

Sedangkan masa jd pembangkang pun mcm² insider info dia boleh dapat, takkan jd PM takde pegawai yg briefing psl benda² nie. Kelakar jer.
Quote FOTHER-MUCKER 30-4-2024 08:32 AM
Semoga berjaya untuk menghapuskan miskin tegar di Malaysia.
Quote Orix 30-4-2024 08:33 AM
lostnfaun replied at 30-4-2024 08:06 AM
Dah setahun lebih kan, pastu dulu dia pernah jd TPM & menteri MOF mesti dia tau pasal elaun nie se ...

Exactly….
Quote sangbara2020 30-4-2024 11:20 AM
prfffffhhhhhhhhhhhh....esok jgn lupa umum kenaikan gaji..klu takat seposen naik baik xyah muncul muka depan tv hokehhhhhhhhhhh
Quote wirazam 30-4-2024 02:08 PM
sangbara2020 replied at 30-4-2024 11:20 AM
prfffffhhhhhhhhhhhh....esok jgn lupa umum kenaikan gaji..klu takat seposen naik baik xyah muncul muk ...

Naik gaji utk staff gomen shj ke? Ke umum gaji minimum baru utk semua...
Untunglah staff gomen...
Quote sangbara2020 30-4-2024 02:33 PM
wirazam replied at 30-4-2024 02:08 PM
Naik gaji utk staff gomen shj ke? Ke umum gaji minimum baru utk semua...
Untunglah staff gomen...

Gomen

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052956 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top