CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita dirasuk ketika majlis kahwin

25-4-2024 10:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1138| Komen: 6

Description: JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis perkahwinannya, lapor portal berita Tribunnews semalam.


JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis perkahwinannya, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara. 

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, pengantin berkenaan dilihat sedang bersiap di dalam bilik bersama seorang jurusolek.

Tidak lama kemudian, dia menjerit serta menangis sambil tertawa seperti orang tidak waras.

Melihat keadaan itu, ahli keluarga pengantin tersebut cuba untuk menenangkannya, namun gagal.

Menurut maklumat jurusolek, dia dirasuk makhluk halus, namun tiada penjelasan lanjut daripada keluarga pengantin mengenai dakwaan itu.

Wanita tersebut akhirnya kembali sedarkan diri selepas beberapa prosedur ‘rawatan’ dijalankan. – AGENSI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 26-4-2024 02:34 AM
Aneh aneh ja berita dari konoha
Quote clueless_gamer 26-4-2024 02:48 AM
berita mcm ni takde plak dia masuk nak mencapub nanti.. buat2 tak nampak plak
Quote eyansss 26-4-2024 11:37 AM
apsal makin banyak cerita sampah masuk isu semasa ni...  kan ada benang kongsi tular viral kejadah tu...  haiyaaaa
Quote supernaturalee 26-4-2024 11:54 AM
eyansss replied at 26-4-2024 11:37 AM
apsal makin banyak cerita sampah masuk isu semasa ni...  kan ada benang kongsi tular viral kejadah t ...

bod tu utk benda2 viral
tp tu lah
acik2 porum don't care at all benda2 viral ni
sbb acik2 porum dah masak sgt viral2 ni bnyk propa lebih
so....why boder why boder


Quote lilacomot 26-4-2024 01:01 PM
xdtg ziarah pun leh kene rasuk ek...persoalan sape yg arwah tu
Quote manopBKK 27-4-2024 11:21 AM
eyansss replied at 26-4-2024 11:37 AM
apsal makin banyak cerita sampah masuk isu semasa ni...  kan ada benang kongsi tular viral kejadah t ...

Cari-HAZABEDAH...


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.045581 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top