CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naim Daniel tarik diri dari The Hardest Singing Show

24-4-2024 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9021| Komen: 32

Description: Belum pun bermula, program realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show telah terpalit dengan kontroversi apabila penyanyi Naim Daniel menarik diri pada saat akhir.


Belum pun bermula, program realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show telah terpalit dengan kontroversi apabila penyanyi Naim Daniel menarik diri pada saat akhir.

Perkara tersebut mengejutkan pihak produksi kerana Naim telah pun terlibat dengan penggambaran poster dan montaj program berkenaan.

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd. Salleh menjelaskan, pihaknya hanya menerima emel daripada pihak pengurusan Naim yang memaklumkan tentang pengunduran diri penyanyi itu.

“Pihak kami terkejut apabila mendapat emel daripada pihak Naim Daniel untuk menarik diri pada petang kelmarin.

“Sehingga kini pihak kami masih belum dapat berhubung secara langsung dengan Naim. Apapun ruang perbincangan masih terbuka andai Naim berubah fikiran untuk krmbali menyertai program ini,” katanya pada sidang media The Hardest Singing Show di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.


Justeru itu, pihak produksi The Hardest Singing Show memutuskan untuk meneruskan program tersebut dengan sembilan peserta tanpa mencari pengganti untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Naim.

Sementara itu, Naim, 26, ketika dihubungi pihak Kosmo! Online enggan mengulas lanjut berkenaan isu pengunduran dirinya dan berjanji akan memberikan kenyataan selepas semua perkara berkaitan selesai.

“Nanti semua sudah selesai saya akan beri kenyataan. Biarlah kenyataan keluar dari mulut saya sendiri,” kata Naim.

The Hardest Singing Show, sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan ‘showmanship’ sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan peserta yang terdiri daripada penyanyi terkenal.

Barisan peserta yang bakal bersaing selama 10 minggu dalam program tersebut ialah Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad, Aepul Roza, serta kumpulan penyanyi, DeFam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

Program nyanyian ini akan dikendalikan oleh pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad bersama pengacara, pelawak serta juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, Datuk Rossa , Edry Abdul Halim dan Zizan Razak dipilih sebagai juri tetap program yang akan mula ditayangkan pada 12 Mei, setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 24-4-2024 12:04 PM
pergh ada zizi kaka defam dgn putera...mcm best je...
tp ada bebil pulak
Quote supernaturalee 24-4-2024 12:30 PM
ada stacy dgn aisha retno
menarik2


another program hiburan lagha utk tontotan seisi keluarga di hujung mgu

Quote Thunderclouds 24-4-2024 12:57 PM
Sambil² layan program lagho acik² kepam urut dada & beristighfar tgk retis xkatop aurat sambil tkinja² ataih pentas.
Tp saban mggu jd penonton setia
Quote DottieDot 24-4-2024 01:03 PM
Wow lineup semua sejenis tarikan kuat tu.. Sayang pulak Naim ni tarik diri..
Quote dua_chzy 24-4-2024 01:58 PM
Perlu ke Ndon?
Quote imransulaiman 24-4-2024 03:48 PM
Gimmick ke undur diri tu sebagai pelaris?
Dan Zizan jadi juri tetap?? Hmmmmmm
Quote cicicumel 24-4-2024 03:50 PM
Kesian malaysia p mai p mai retis sama je duk recycle masuk pertandingan..
Quote drivethru 24-4-2024 03:57 PM
Aku nak tengok sbb ada rina nonse jer.
Quote Temenung 24-4-2024 04:02 PM
Aku bosan betul kalo jijang jadi juri
Quote pembacagosip 24-4-2024 04:21 PM
imransulaiman replied at 24-4-2024 03:48 PM
Gimmick ke undur diri tu sebagai pelaris?
Dan Zizan jadi juri tetap?? Hmmmmmm

pastu komen rapu2 ketawa2
Quote hyie 24-4-2024 06:10 PM
zizan sekarang dah boring la nyah..yes, meols pon nak tengok sebab rina nose sajork..tu pun kalau rajin nak tengok la kan
Quote dekmieDandy 24-4-2024 06:12 PM
rossa?? hurmm, suka bestul asteruk ni amek indon jadi juri yer

bukan boleh jual kat indon pun cerita ni
Quote deebiz14 24-4-2024 06:18 PM
Wah... cam best! Nak cuba nengok. Rase cam da lamer tak tengok program nyanyi2 camni since GV ritu.
Quote sleepandream 24-4-2024 06:31 PM
program ni ganti GV ke?
tapi since ada Rina Nose iols mesti tengok yach....
Quote jihah_kudat 24-4-2024 07:25 PM
mungkin naim sedar kot siapalah he nak berlawan dengan yang hebat2 bagus sedar diri..

tak sabar nak tengok stacy,ecah retno,ayda jebat,defam..yg lain okay2 la..cuma part datin alyah tu macam krik krik sikit..aku bayangkan show ni ada nari2 sambil nyanyi..so wait and see ya
Quote Honey_Inara 24-4-2024 07:26 PM
Rina nose ni best kan. Menyanyi pun sedap. Antara pelawak indon yang boleh menyanyi dengan sedap, macam sule.
Quote nordin84 24-4-2024 07:29 PM
ape kriteria zizan jd juri?penyanyi ke beliau?rap pun mcm bersyair..
motif asterok ambik babil..baik ambik kaklina pompom ngan lina nose..lagi hebat
Quote wirazam 24-4-2024 07:31 PM
Apsal dia nak kawin pulak ke?
Patutnya ganti klpp jadi peserta..dia nyanyi pun not bad
Quote Imkhai 24-4-2024 08:22 PM
Nasib shila amzah bunting klau tak muka dia msti ada jgk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.047117 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top