CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita bawa mayat pergi bank buat pinjaman ditahan polis

19-4-2024 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13233| Komen: 28

Description: BRASILIA – Seorang wanita di Brazil ditahan kerana membawa mayat seorang lelaki ke kaunter sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman menggunakan nama si mati, lapor laman berita Oddity Central semalam.


BRASILIA – Seorang wanita di Brazil ditahan kerana membawa mayat seorang lelaki ke kaunter sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman menggunakan nama si mati, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada kelmarin, Erika de Souza Vieira Nunes, 42, tiba di sebuah bank di kota raya Rio de Janeiro bagi ‘membantu’ Paulo Roberto Braga, 68, mendapatkan pinjaman bank berjumlah 17,000 real (RM15,512).

Erika mendakwa bahawa lelaki berkerusi roda itu ialah bapa saudaranya dan dia penjaga utama warga emas tersebut.

Ketika mahu menandatangani beberapa dokumen pengesahan, Erika dilihat memegang tangan Paulo dan bertanya beberapa soalan yang tidak dijawab oleh lelaki itu.

Keadaan itu menimbulkan rasa curiga pegawai bank, dengan salah seorang kakitangan merakam situasi tersebut.

“Mungkin dia tidak sihat,” kata pegawai bank berkenaan.

“Pak cik saya sihat sahaja, dia cuma sedikit pendiam,” jawab Erika sebelum kakitangan bank menghubungi perkhidmatan kecemasan dan polis.

Anggota paramedik kemudian mengesahkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia beberapa jam sebelumnya, manakala Erika ditahan dan didakwa kerana cuba menipu.

Peguam Erika semalam memberitahu pemberita bahawa Paulo masih hidup ketika dia dibawa ke bank dan dia hanya meninggal dunia ketika proses kelulusan pinjaman berlaku.

Bagaimanapun, polis menegaskan bahawa Erika sedar bahawa Paulo sudah tidak bernyawa ketika dia dibawa ke bank dan wanita itu berniat mahu menipu. – AGENSI 

Loading FB Post...

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 19-4-2024 09:41 AM
Baru 2-3 jam kan mati before kena angkut dengan perempuan ni ke bank. Sebab tu body si mati belum stiff lagi.

Padan muka sheols.
Quote epullipan 19-4-2024 09:53 AM
macam ni punya peel pon ada
Quote naina 19-4-2024 10:14 AM
Punyalah kreatif nak menipu..
Quote cicicumel 19-4-2024 10:17 AM
Scary siakkk...
Quote BoongaKertas 19-4-2024 10:37 AM
traumanya kalau jd pegawai bank tu
Quote gideoncross 19-4-2024 12:16 PM
BoongaKertas replied at 19-4-2024 10:37 AM
traumanya kalau jd pegawai bank tu

Mna x nya x trauma, brurusan dgn dh yg xde lagi kat dunia ni
Quote gideoncross 19-4-2024 12:17 PM
epullipan replied at 19-4-2024 09:53 AM
macam ni punya peel pon ada

Smua demi duit
Quote fish 19-4-2024 12:25 PM
kalau masih hidup pun, boleh lulus ke loan tu.

atau kat sana mmg senang nak lulus loan, tak tgk peminjam mampu byr ke tak
Quote Ahriman 19-4-2024 12:27 PM
Kejinya perangai.
Mintak2 anak ko buat mcm ni pulak bila engkau tua.
Quote BoongaKertas 19-4-2024 12:28 PM
gideoncross replied at 19-4-2024 04:16 AM
Mna x nya x trauma, brurusan dgn dh yg xde lagi kat dunia ni

tulah, ngeri siot. dgn kepala pakcik tu terteleng2 dah dia tolak.
Quote I.K.A888990 19-4-2024 12:34 PM
mmg berani mati la kau makcik oiiiii
Quote Yoonggi 19-4-2024 01:21 PM
giler ah. mmg keras hati makcik nih, boleh buat camtu tanpa rasa seram apatah lg bersalah
Quote cantthinkofany 19-4-2024 02:22 PM
tegar keras minah ni.....
Quote mawarputih2612 19-4-2024 02:29 PM
terdesak sungguh la dia ye
Quote supernaturalee 19-4-2024 03:55 PM
dh mcm ventriloquist dgn puppet dah dibuatnya
hanat betul laaaaa


Quote Carcosa 19-4-2024 11:38 PM
Weiii, tak sangka wei ada manusia smp boleh fikir mcm ni. Punya lah berani engkau, mokcik hoiiii...
Quote swimswim 20-4-2024 12:46 AM
Kuat dadah sheols ambek sampai boleh terfikir nk buat camni
Quote alieyrina 20-4-2024 03:07 AM
Tahap advance dia punya berani ek. X berani aku nk play video
Quote liyamariska 20-4-2024 06:53 AM
berani mati selamba bawa mayat gi bank nk amik duit...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054124 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top