CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

15 tahun terpisah adik-beradik akhirnya berjumpa

19-4-2024 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12491| Komen: 11

Description: PETALING JAYA – Seorang wanita sebak apabila hasratnya untuk bertemu dengan dua beradiknya yang terputus hubungan sejak 15 tahun lalu akhirnya tercapai.

PETALING JAYA – Seorang wanita sebak apabila hasratnya untuk bertemu dengan dua beradiknya yang terputus hubungan sejak 15 tahun lalu akhirnya tercapai.

Menurut wanita tersebut, Arinaa Adam, 38, mereka terpisah selepas arwah ibunya meninggal dunia kerana adiknya yang ketika itu berusia satu dan tiga tahun telah dijaga oleh saudara belah bapa tirinya yang tidak pernah dikenali.

Arinaa yang ketika itu berusia 18 tahun mula hidup bersendirian di Kuala Lumpur kerana terpaksa berjauhan dengan dua kakaknya yang sudah berkahwin dan ayah tirinya yang sudah terputus hubungan.

“Adik saya Alif Shafuan, 20, dan Anis Azati, 18, ialah dua beradik yang berlainan bapa akhirnya ditemukan ketika sedang dalam rancangan untuk mencari rumah dan beraya di rumah ayah tiri saya,” katanya.



Menerusi perkongsian video di TikTok, Arinaa memeluk adik lelakinya dan terkejut kerana mengetahui Alif adalah pekerja di kedai makan yang selalu dikunjunginya.

“Apa yang menyedihkan kami, sejak adik darjah 5, kami rupanya tinggal dalam satu daerah sama sehingga umur dia menginjak 20 tahun. Kami saling tidak mengenali, terkejut bila tahu adik bekerja di restoran yang kami selalu makan,” ujarnya

Dalam pada itu, adik perempuannya, Anis, hanya sempat untuk berhubung melalui video call dan akan mengatur masa untuk berjumpa secepat yang mungkin.

Meninjau di ruang komen, pengguna sosial media turut bersedih dan tumpang gembira dengan wanita itu dan ada yang berkongsi pengalaman yang sama.

“Saya terpisah dari keluarga kandung saya dari kecil sampai sekarang tak jumpa. Sekarang saya duduk dengan mak angkat saya,” @Asyraf

“Dah jadi macam ini, agak bahaya juga bila kita tak kenal darah daging sendiri terutama bila nak nikah nanti,” komen @anarose2336

“Alhamdulillah, harap satu hari nanti saya pun dapat jumpa kaklong saya. 28 hidup tak pernah jumpa,” komen @apit7eventy6ix.

Sehingga kini video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan, 51,800 tanda suka dan 518 perkongsian. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-4-2024 04:09 PM
sedih kan.. meolls tgh nangis ni.. huhuh
Quote Carcosa 19-4-2024 11:43 PM
Taknak tgk video. Takut cedey nangis, huhuuu
Quote dua_chzy 20-4-2024 12:28 AM
Bahaya bila kawin, bahaya bila kawin

Bila ada kes begini, ni je la korang fikir. Kawin kawin kawin.
Quote dua_chzy 20-4-2024 12:29 AM
Carcosa replied at 19-4-2024 03:43 PM
Taknak tgk video. Takut cedey nangis, huhuuu

Tengok je. Ada suara Siti Lija. Kalau aiol otomatik la kan mati rasa nak nangis dengar background song mendayu2.
Quote B40tastePosh 20-4-2024 12:31 AM
dua_chzy replied at 20-4-2024 12:28 AM
Bahaya bila kawin, bahaya bila kawin

Bila ada kes begini, ni je la korang fikir. Kawin kawin kawin. ...

Bahaya terskendel....skendel tak kawen..kawan je
Quote dua_chzy 20-4-2024 12:37 AM
B40tastePosh replied at 19-4-2024 04:31 PM
Bahaya terskendel....skendel tak kawen..kawan je

Kakak2 beriya la kan peluk, I mean...Adik ko tu jantan, nak...Korang tu level stranger je sebelum ni.
Quote pearl.silver 20-4-2024 12:49 AM
dua_chzy replied at 20-4-2024 12:28 AM
Bahaya bila kawin, bahaya bila kawin

Bila ada kes begini, ni je la korang fikir. Kawin kawin kawin. ...

Nanti jd mcm drama tb3
Mak xheran nk siasat nama penuh gf ank
Last2 kawen ngn adik sebapa.
Quote mejaputih 20-4-2024 07:16 AM
Kalau mcm ni dikira adik tiri la kan bukna adik kandung?
Quote batmana 20-4-2024 11:03 AM
“Adik saya Alif Shafuan, 20, dan Anis Azati, 18, ialah dua beradik yang berlainan bapa

berlainan bapa, 1 ibu ka apa?
Quote B40tastePosh 20-4-2024 11:49 AM
dua_chzy replied at 20-4-2024 12:37 AM
Kakak2 beriya la kan peluk, I mean...Adik ko tu jantan, nak...Korang tu level stranger je sebelum  ...


Adik nak kikis duit kakak....stranger tetap stranger sebab diorang dibesar cara berbeza....adik die entah dibesarkan untuk kikis duit.
Quote B40tastePosh 20-4-2024 11:51 AM
mejaputih replied at 20-4-2024 07:16 AM
Kalau mcm ni dikira adik tiri la kan bukna adik kandung?

Kandung Emak.

Lain bapa.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.042619 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top