CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siren ada tapi tak berbunyi, habis semua tenggelam – Mangsa banjir

17-4-2024 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5799| Komen: 2

Description: ALOR GAJAH – Mangsa banjir di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal dekat sini meluahkan rasa kecewa apabila siren amaran banjir yang disediakan di lokasi ‘hotspot’ itu tidak berbunyi menyebabkan ha ...

ALOR GAJAH – Mangsa banjir di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal dekat sini meluahkan rasa kecewa apabila siren amaran banjir yang disediakan di lokasi ‘hotspot’ itu tidak berbunyi menyebabkan harta benda musnah ditenggelami air.

Zai Zali Abd Karim, 41, berkata, penduduk di kawasan itu tidak sempat menyelamatkan barangan berharga apabila air banjir dikatakan naik terlalu cepat sekitar pukul 6 petang semalam.

Katanya, siren amaran banjir itu sepatutnya berbunyi apabila paras air sungai di kawasan berhampiran meningkat bagi membolehkan penduduk bersiap sedia menyelamatkan barangan berharga.

“Saya tinggal di rumah ini bersama isteri dan dua orang anak dengan yang paling kecil berusia setahun lima bulan.

“Kami memang terkejut tiba-tiba rumah dinaiki air banjir, siren amaran banjir ada tetapi tak berbunyi dan kami kelam-kabut cuba selamatkan apa (barang) yang termampu sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS),” ujarnya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.


Tambahnya, kawasan itu turut dinaiki air banjir beberapa hari lalu dan rata-rata penduduk baru sahaja membersihkan kediaman masing-masing.

“Kami baru kemas rumah dua hari lalu, ini kena kemas lagi kerana lantai telah diselaputi lumpur. Harap sangat pihak bertanggungjawab dapat berbuat sesuatu seperti mendalamkan sungai,” katanya.

Sementara itu pasangan warga emas, Kassim Samdin, 70, dan Kamisah Mahmud, 61, memberitahu kedua-dua mereka bimbang sekiranya kejadian banjir itu berlaku pada lewat pagi atau ketika penduduk sedang tidur.

“Mujur banjir petang, kalau kami sedang tidur dan tidak sedar macam mana?. Kami nak tidur pun rasa takut sekarang ini sebab siren amaran banjir tidak berbunyi,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd. Khalil ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera berkaitan isu siren amaran banjir tersebut.

“Saya pandang serius perkara ini dan akan berjumpa dengan pihak yang menguruskan siren amaran banjir ini supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 17-4-2024 01:42 PM
harapkan siren, siren plak rosak.. kesian la time raya banjir plak..
Quote gigahertz 22-4-2024 11:27 PM
duit maintance siren siapa songlap?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040808 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top