CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jangan Pandang Rendah Pada Mereka Yang Lama Pendam & Mendiamkan Diri’ – Ruhainies

17-4-2024 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5748| Komen: 36

Description: Seperti yang kita tahu, pelakon yang sedang dilanda kontroversi iaitu Ruhainies ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah sekaligus menyambut perayaan Aidilfitri di s ...


Seperti yang kita tahu, pelakon yang sedang dilanda kontroversi iaitu Ruhainies ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah sekaligus menyambut perayaan Aidilfitri di sana.

Terbaharu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tampil mencuri perhatian menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram Story (IG Story).

Menerusi hantaran tersebut, Ruhainies memuat naik gambar dirinya yang mengenakan jubah berona hitam sambil menulis kata-kata nasihat buat orang ramai agar tidak sesekali memandang rendah terhadap kesunyian seseorang.



"Jangan pandang rendah pada mereka yang lama memendam dan mendiamkan diri."

Terdahulu, nama Ruhainies menjadi bualan hangat apabila dia dan pelakon Aliff Aziz telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Malah isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah baru-baru ini turut mendedahkan Aliff sudah lapan kali pergi ke rumah Ruhainies.

Tidak lama selepas itu, timbul pula spekulasi kononnya pelakon itu sudah berkahwin susulan namanya didaftarkan dengan panggilan Mrs atau Puan dalam sebuah urusan perniagaan di London.

Namanya juga digabungkan dengan seorang individu bagi penubuhan sebuah syarikat. Tidak ketinggalan, gambar sebuah rumah di London turut jadi persoalan sama ada berkaitan atau tidak.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Ruhainies masih belum tampil memberikan sebarang penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Sumber: Instagram Ruhainies

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 17-4-2024 12:53 PM
play victim. pergi mekah utk cuci dosa cara melayu.
Quote jihyomelly 17-4-2024 01:02 PM
ko senyap pun org x kisah la..saja la up nak org sebut2 nama kan..
Quote yipun_78 17-4-2024 01:39 PM
Edited by yipun_78 at 17-4-2024 01:40 PM

Faham ke idok pi umrah Ni utk apa sebenarnya! Ni aurat pon da fail adoooiiii....takyah balik la gi belajar agama kat Sana , Mohon cari tok guru bkn rempit level faham! Stress npk post dia dr umah sebelah lg...
Quote dewi_rina 17-4-2024 01:40 PM
ada nak spill ke runes
Quote buapakperut 17-4-2024 01:53 PM
diam lagi helok kot, ni kata diam tapi siap nk bgtahu orang yang dia diam, eh khau diam jela diam2
Quote anilanil 17-4-2024 01:58 PM
Kemut, baik kemut kuat2 sikit mulut tu yachh. Nak membawang tapi nak diam. Nak justify tapi nak play victim. Nak selfie di Tanah Suci tapi posing ala dajjal illuminati. Nak beribadah tapi tayang aurat lengan. Hang takdak duit ka beli handsock?
Quote MadameOnion 17-4-2024 02:05 PM
elok diamkan diri terus hingga dijemput ilahi
Quote prince_marhaen 17-4-2024 02:29 PM
diam je lah sundal... epek dah menga-nga depan putik jagung, siap kena bela lagi.... acah2 nak quote bagai...
Quote becir 17-4-2024 02:31 PM
kisah la nak spill kisah orang lain. yg nyata kemut ni still kena tangkap basah, 3 jam tak nak bukak pintu
Quote kuzaime 17-4-2024 02:35 PM
Kemut2..acah macam kau pulak yg teraniaya
Quote HoneyManjer 17-4-2024 02:37 PM
seeloknyam diam terus
takpayah berkutik
Quote Fazzbulous 17-4-2024 02:41 PM
kemut2..sampai ke tua org akan ngata kes ko kne tgkp ngn jbtn agam islam..malu weiiii...
Quote gideoncross 17-4-2024 04:17 PM

Sila senyap, pnyokong2 Nabelah ada di sini
Quote dewi_rina 17-4-2024 04:28 PM
gideoncross replied at 17-4-2024 08:17 AM
Sila senyap, pnyokong2 Nabelah ada di sini

Iols salah masuk rumah lah ni
Quote sukacactus 17-4-2024 04:30 PM
Ko senyap dok terus la sana jgn balik2
Nyemakkk!!!
Quote makneng 17-4-2024 08:01 PM
Kau solat n ngaji jelah banyak2. Socmed ni kau buka tak yah geletis nak post apa2. Nak juga acah2 suci
Quote emera 17-4-2024 08:15 PM
Elok ko jahitbterus mulut ko tu..
Quote ciksom 17-4-2024 09:28 PM
Mesti kemut rasa dah suci.maklumla dah sampai mekah.
Quote 3chanceno 17-4-2024 09:33 PM
Lamanya nak tunggu laporan dari jabatan agama kes senyap je cam tak de apa2

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.118192 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top