Seorang wanita tampil meluahkan rasa kecewa terhadap tunangnya yang dikatakan tidak mahu untuk memperkenalkan dirinya kepada orang ramai. Menerusi perkongsian yang dikongsikan semula di aplikasi X, wanita tersebut mendakwa tunangnya segan untuk berbuat demikian kerana malu dengan keadaan giginya yang tidak teratur. Lebih menyedihkan ialah apabila tunangnya turut membandingkan kecantikannya dengan bekas kekasihnya yang terdahulu malah mengatakan mereka lebih cantik berbanding dirinya.
"Minggu lepas, tunang saya mengaku yang dia malu nak ‘expose’ saya sebab gigi saya berterabur and bekas kekasih dia lagi lawa." Tambah wanita itu lagi, pengakuan tunangnya itu sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya berasa begitu kecewa dan tiada mood untuk menyambut hari raya. Perkongsian wanita itu telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Netizen juga menasihati wanita itu untuk memutuskan pertunangannya bersama lelaki yang tidak tahu menghargai dirinya. Sumber: Aplikasi X/OhBulan |
matjerk replied at 17-4-2024 10:19 AM
Pastu kena mengadu di X?
Dengan harapan?
Ada yg berkehendakkan kamu yg gigi terabur?
lightheaded67 replied at 17-4-2024 09:15 AM
haha aku teketawa lah. ngenang mesti budak tu pun nanhado. kot hot sgt pakej kaya mesti ex tak tggal ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-5-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056571 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.