CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Cina Rata Jalan, Mudahkan Perantau Terkandas Kesesakan

16-4-2024 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4584| Komen: 24

Description: PETALING JAYA – Sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini memupuk semangat muhibah apabila terdapat penduduk Cina di sebuah kawasan di Perak membantu melancarkan perjalanan anak perantau yang pulang ...


PETALING JAYA – Sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini memupuk semangat muhibah apabila terdapat penduduk Cina di sebuah kawasan di Perak membantu melancarkan perjalanan anak perantau yang pulang beraya menggunakan laluan kebun kelapa sawit.

Menerusi perkongsian Zairul Annuar di laman Facebook, beberapa masyarakat Cina memanggil jengkaut untuk meratakan jalan berbukit dan sukar dilalui oleh kenderaan biasa.

Individu itu mendakwa disebabkan jalan sesak di lebuh raya dari Simpang Pulai menuju ke arah selatan, dia melalui susur Gopeng untuk menggunakan jalan dalam.

Menurutnya, dia melihat beberapa kereta dari arah bertentangan berhenti dan memaklumkan jalan di hadapan tidak dapat digunakan dan perlu berpatah balik.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan untuk berpatah balik, Zairul diarahkan oleh sekumpulan penduduk untuk berhenti menunggu sehingga kerja penyelenggaraan jalan selesai.


“Bos, you mahu pergi KL kan? Jangan patah balik, jalan depan tadi tak boleh jalan (dilalui)? Tak apa kita bawa backhoe (jengkaut) untuk repair (baiki) jalan. Tunggu sekejap, tak perlu berpatah balik, jalan Ladang Bikam sesak teruk sebab accident (kemalangan) baik ikut Jalan Bidor untuk sampai KL,” ujar seorang lelaki Cina.

“Hati saya berasa terharu. Penduduk Cina di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang Melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur. Mereka keluar rumah sama-sama untuk bergotong-royong,” kata pemilik hantaran ini.

Jarak sepanjang kebun kelapa sawit tersebut adalah sejauh kira-kira 3km. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 16-4-2024 10:06 AM
malaysia ku
Quote pokokmeranti 16-4-2024 10:14 AM
Tahniah
Quote kasibiman 16-4-2024 10:38 AM
Terima kasih.

Now if only the administrators would have same mentality
Quote supernaturalee 16-4-2024 03:02 PM
iols balik hari tu terpaksa on google maps utk lalu jln yg dia suggest
laluan mula2 masuk kebun sawit
jalan putih batu2, pasir tu
habis laluan tu dlm 1km, then sambung jalan kampung tar yg muat2 1 kete je
xsmpi 1km baru naik jln raya, jln dalam
alhamdulillah total perjalanan pretty standard mcm jln highway yg selalu guna

Quote Decaffeinated 16-4-2024 03:07 PM
Semangat komuniti cina memang macam tu. Kurang percaya tengok sahajalah dewan atau toilet SJKC. And equally important, they have the resources.

Quote Tiggybiru 16-4-2024 06:36 PM
Terima kasih ♥️
Quote TOPwind 16-4-2024 08:46 PM
bila cina bantu melayu  heboh satu Malaya.

Melayu tolong cina mcm2 tak soarang pun hebohkan
Quote sharlenetexas 16-4-2024 09:28 PM
Terima kasih.


Quote Radzor 16-4-2024 09:34 PM
Klu cina india buat baik nak kena mention race. Tapi klu buat jahat kata “ oo tu individu, tiada kena dengan race “. Jadahh
Quote ultra78 17-4-2024 06:35 AM
Akibat waze,habis segala jalan tikus terbongkar. Jalan yg sebelum ini hanya dipakai penduduk tempatan telah diredah oleh orang luar yang hanya nak elakkan jam. Kesudahannya jalan itu turut sama jam dan menyusahkan penduduk tempatan.
Quote pengecatbintang 17-4-2024 07:32 AM
Edited by pengecatbintang at 17-4-2024 07:36 AM

memula jalan tu x bole lalu

tapi kmdian penduduk cine tu kata tunggu kejap

depa guna backhoe utk baiki jalan tu..

kmdian baru kete bole lalu

Cine Mulayu Yindia dan semua bangsa ada hati perut

so, tak yah ler kutuk sbb dengki
dengki sbb depa lagi banyak pitih dari ko

dengki sbb ko lagi sengkek dari depa

depa banyak pitih sbb depa rajin n tekun bekerja, tak buang masa

ko plak pemalas..

dok lepak mamak sampai tengah malam atau kol 3 pagi

sembang kosong minum secawan teh tarik

--

smlm aku dengar tazkirah kat surau

Ustaz tu bgtau

mmg dalam Islam, gelaran kafir itu rujuk non muslim

tapi ustaz tu kata

dia x penah panggil orang non muslim yg dia jumpa kafir..

--

kat bawah aku tulis (bukan ustaz tu kata)..

yg acah2 bagus nak panggil depan2 dia non muslim tu kafir

adalah mereka yg acah2 tau selok2 Islam

acah2 solat fardhu 5 kali cukup

acah2 solat jemaah kat surau/ masjid

acah2 dia lah terpaling





Quote Kancilkering 17-4-2024 08:46 AM
tu laluan gajah…terbayang naik bukit area kelapa sawit tu…kalu lorry sawit leh masuk kete süre le lepas..cuma berasap je naik bukit
Quote chandrahusin 17-4-2024 08:49 AM
Alhamdulillah
pertolongan Allah tu melangkaui bangsa & agama
bersyukur je lah kome
Quote copy_paste 17-4-2024 08:58 AM
perpaduan yg iklas dari individu sendiri,
Quote Isninselasarabu 17-4-2024 09:44 AM
Cine yang duk kampung2 slalunya baik je.. cine racist ni duduk bandar2 besar.. pastu rase terpaling kaya..
Quote lightheaded67 17-4-2024 10:09 AM
Edited by lightheaded67 at 17-4-2024 10:17 AM

mmg ye pon, belah kampung kampung ni ok je takde la semak rasis lah ape lah. org bandor melayu cina india asal kampung pun aku rasa ok la kot. dia yg mmg jenis bandor pastu main henpon aje kerja, mmg la ko jd nk rasis. duk tgk bahan media probok kabo gitu gini. pdhal takde mende. bukan takde cina tikam cina, india tikam india, melayu tikam melayu. yg baik2 tu baik ler, yg penin tu penin. pd aku kalau tak friendly mesra alam sesama bangsa pon, jgn bg org lain penin dh cukup bagus.. hok dlm cerita ni bagui ler, kat kampung2 kadg cina duk sama tolong tgk kebun org lain, kedai runcit india ramai je yg rajin buat buku tiga lima kat org kampung melayu. org melayu pun bsepah yg tak busuk mat. (nak taip pnjg2 bab org melayu ke bangsa lain kang kata poyo conflict of interest pulak, sbenonya pd individu). dia yg sbeno bnyk buat pening ni org politik dan dot dot dot,yg paling aku nyampah ade hok luar plak melebih2
Quote Nfir 17-4-2024 10:12 AM
TOPwind replied at 16-4-2024 08:46 PM
bila cina bantu melayu  heboh satu Malaya.

Melayu tolong cina mcm2 tak soarang pun hebohkan

Yang hebohkan kebaikan Cina tu bukannya orang Cina. Bukannya orang Cina tolong orang Melayu dan orang Cina juga terpaling buat content. Hanya semata-mata nak tunjuk orang Cina ni terpaling baik atau terpaling muhibah.

Yang hebohkan kebaikan orang Cina tu adalah orang Melayu.

Kalau engkau tahu mana-mana Melayu yang buat kebaikan kepada orang lain, dan kebaikan itu patut dikongsikan, engkau buat la content macam mamat Melayu ni buat.

Masukkan content tu dekat social media. Masukkan content tu dekat Forum Cari ni.

Atau, lebih bagus ... hasilkan penulisan berkualiti. Hantar artikel tu dekat MalaysiaKini, The Star, News Strait Times dan akhbar-akhbar lain.

Engkau jenis baca suratkhabar tak? Kalau engkau jenis baca suratkhabar, engkau perasan tak ada rakyat marhaen yang rajin menulis tentang sesuatu issue? Lalu, akhbar publish tulisan mereka.

Sekarang, engkau fikir dengan mendalam. Apabila orang ada otak bitter tak tentu hala ... adakah ia boleh mengubah keadaan jadi lebih baik?

Orang lain yang ada otak bitter tak tentu hala boleh berfikir juga tentang perkara yang disampaikan di atas.

Untuk orang yang TAK DE otak bitter tak tentu hala ... korang boleh berfikir pula tentang perkara lain. Hehehe.
Quote lightheaded67 17-4-2024 10:13 AM
dot dot dot
Quote skippy 17-4-2024 10:13 AM
eleh,  tetap akan disuruh balik cina.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.049432 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top