CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Kaitan Khat Pada Logo Kasut Didakwa Mirip Kalimah Allah

8-4-2024 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7152| Komen: 0

Description: KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap reka bentuk logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah.


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap reka bentuk logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya merampas sebanyak 1,145 pasang kasut berjenama bagi membantu siasatan.

Katanya, rampasan kasut itu dilaksanakan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

“Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melihat adakah (logo) itu mengikut reka bentuk kasut atau melambangkan tulisan khat (kalimah Allah),” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini

Razarudin berkata,polis akan memanggil syarikat pengeluar kasut tersebut bagi membantu siasatan.

“Penjual atau syarikat pengeluar kasut, kita akan panggil. Selain itu, paling penting adalah laporan daripada Jakim.

“Sebanyak lapan laporan diterima berkaitan isu itu sehingga 7 malam semalam,” katanya.


Semalam, media melaporkan polis membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan jenama kasut memaparkan logo mirip kalimah Allah pada tapaknya yang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pengguna mendakwa terdapat kalimah Allah di bawah tapak kasut yang dibelinya.

Pengguna Facebook, Mohd. Haridz memaklukan telah membeli sepasang kasut daripada jenama tersebut untuk isterinya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut selepas melihat kasut tersebut mempunyai kalimah Allah di bahagian tapak.

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.041405 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top