CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Israel Ditahan: Dua Warga Turkiye, Seorang Warga Georgia Antara Tangkapan Baharu

6-4-2024 06:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7733| Komen: 3

Description: KUALA LUMPUR – 12 lagi individu ditahan pihak polis berkait kes penahanan seorang lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, 27 Mac lalu.


KUALA LUMPUR – 12 lagi individu ditahan pihak polis berkait kes penahanan seorang lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, 27 Mac lalu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kes ini 16 orang termasuk suspek utama Shalom Avitan, 38, pasangan suami isteri warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun yang menjual pistol kepada Shalom dan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pemandu lelaki israel itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan oleh pasukan khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan Cawangan Khas (SB).

Tambah beliau, hasil risikan, siasatan dan maklumat yang diterima dari orang awam membawa kepada serbuan beberapa premis di sekitar Johor dan ibu negara.

“Sejurus penahanan Shalom dan tiga lagi suspek warga tempatan, polis kemudian menahan empat lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun.


“Susulan daripada siasatan yang dijalankan, pasukan polis kemudian menahan enam lagi individu membabitkan dua warga Turki berusia 29 dan 40 tahun, seorang lelaki warga Georgia berusia 39 tahun dan tiga warga tempatan berusia antara 32 hingga 60 tahun,” katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, ada diantara tangkapan diperoleh hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berhubung aktiviti pembayaran wang kripto dipercayai berkait dengan pembayaran senjata api antara suspek dan pasangan suami isteri tempatan.

Mengulas lanjut, Razarudin memaklumkan pasangan suami isteri yang ditahan kerana mengedar enam senjata api kepada Shalom disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, kesemua 12 suspek baharu yang ditahan direman bermula semalam manakala sebahagian lagi ditahan reman bermula hari ini.

“Kesemua mereka dibenarkan ditahan reman selama tujuh hari,” katanya.

Tegas Razarudin, pada masa ini PDRM juga masih melengkapkan siasatan bagi mengetahui motif dan tujuan sebenar suspek utama memiliki enam pucuk pistol.

Terdahulu, media melaporkan Shalom dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 boleh dihukum mati.

Kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 6-4-2024 06:27 AM
Ramainya terkait...mmg penjenayah PPRT sgt ni..buat benda tk elok. tak minimumkn bilangan contact..itu rules asas dlm  John wick..lol
Quote gigahertz 7-4-2024 01:24 AM
Dia dah huru-harakan negara arab
sekarang dia datang tanah melayu pulak.
Dah tu hari tembak imam palestin kat gombak
tak cukup2 lagi ke.
Quote clueless_gamer 9-4-2024 06:23 AM
hitman sebelum ni terlepas.. kes yg 2 org naik moto tu

ni kali mmg kena picit telo lah haha

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.092606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top