CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sambutlah Tangan Allah SWT..Ya Allah, Ubatilah Hati Bella’ – Shuhada Shukri

5-4-2024 05:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13133| Komen: 66

Description: Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri mendoakan Allah SWT mengurniakan kebahagiaan buat Bella Astillah.


Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri mendoakan Allah SWT mengurniakan kebahagiaan buat Bella Astillah.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Shuhada atau nama penuhnya, Nurul Shuhada binti Mat Shukri akui dia sangat memahami situasi yang dilalui Bella.

Malah Shuhada berpendapat, apa yang terjadi itu adalah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT supaya Bella ‘membuka mata’ dan keluar dari masalah tersebut.



"Allah Maha Baik, Allah baik sangat. Sebab Allah tahu kalau tak jadi sampai macam ni, awak akan stay sampai bila-bila. Memudaratkan diri sendiri sampai bila-bila. Jadi ini sebenarnya Allah hulurkan tangan, sambutlah tangan Allah.


"Keluarlah dari keluarga toksik macam tu. Allah akan kurniakan kebahagiaan yang lebih indah. Ya Allah, ubatilah hati mereka."

Terdahulu, Dayang Ara Nabella atau lebih mesra dengan panggilan Bella mendakwa suaminya, Aliff Aziz pernah berlaku curang sebanyak 11 kali. Lebih mengejutkan apabila salah seorang wanita yang dicurangi Aliff didakwa adalah adik Bella iaitu Eriqa Astillah.

Tidak terhenti di situ, Bella kemudian mendakwa sikap Aliff mula berubah selepas digandingkan dengan pelakon, Ruhainies dalam sebuah drama malah suaminya itu juga dikatakan jarang pulang ke rumah.

Sekadar info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: Instagram Shuhada Shukri/OhBulan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 5-4-2024 06:11 AM
Ewwwwwww.... blah lah kau... nak nasihat2... alep x ceraikan bella tau... so nanti bella kembali ke pangkuan Alep... even berceraipun.... ko ingat dpt masuk circle2 Bella ke?
Quote matjerk 5-4-2024 06:13 AM
"Allah Maha Baik, Allah baik sangat. Sebab Allah tahu kalau tak jadi sampai macam ni, awak akan stay sampai bila-bila. Memudaratkan diri sendiri sampai bila-bila. Jadi ini sebenarnya Allah hulurkan tangan, sambutlah tangan Allah."

Eh betina, dia memang akan stay, sebab laki dia x nak cerai dia. Bukan mcm kau, kena cerai, laki x sudi langsung toleh... syoh syoh... kau x layak bg nasihat!!



Quote Decaffeinated 5-4-2024 06:35 AM
Ingatkan benang agama tadi. Retis sendu ka? Tak nak kenal pun. Next!
Quote Perwira2022 5-4-2024 06:46 AM
Boleh tak kalau dah nak kepada agama tak payah posing2 macam ni?
Quote bulalof 5-4-2024 07:00 AM
yucks. diri sendiri berbau busuk, lagi mau menempel dgn masalah org lain.
Quote lightheaded67 5-4-2024 07:00 AM
bukan ke dia ni tak heran pun hritu kat bella, hamak kt ps je. nk jugak dia ni yek getik mak.  
Quote rbmy 5-4-2024 07:17 AM
penyebok aaaaa
Quote noor2 5-4-2024 07:17 AM
Eh bodohla perempuan.  ALLAH mana ada tangan..jgn fitnah Allah samakan Allah dgn manusia sifatnya
Quote wikedsaikel 5-4-2024 07:58 AM
noor2 replied at 5-4-2024 07:17 AM
Eh bodohla perempuan.  ALLAH mana ada tangan..jgn fitnah Allah samakan Allah dgn manusia sifatnya

Dah bunyi macam English/penganut kristian punya ayat pulak ek. Hands of God.
Quote jazaa100 5-4-2024 08:03 AM
Gaya mcm mak² je.....
Quote MadameOnion 5-4-2024 08:21 AM
busuk betul muka dia ni..eeuuwww
Quote anony-mous 5-4-2024 08:52 AM
jazaa100 replied at 5-4-2024 08:03 AM
Gaya mcm mak² je.....

Mmg la dah dia mak ank 2
Quote rospinki 5-4-2024 08:54 AM
mmng ada sejenis org mcmni suka mengendeng gini. kejap dia ngendeng org ni kang dia endeng org tu plak
Quote KamikuP 5-4-2024 08:54 AM
Mcm ni ke perangai budak ex mrsm.. ekekekek
Quote Yoonggi 5-4-2024 08:56 AM
carik la kebaya yg mmg saiz  ko betul2. pakai camtu x lawa la
Quote Yoonggi 5-4-2024 08:57 AM
carik la kebaya yg mmg saiz  ko betul2. pakai camtu x lawa la
Quote rospinki 5-4-2024 08:57 AM
tapi aku tak bole trima la org yg hina dia ni gigi besi la busuk la apa dia ada utang dgn korang ke. tak takut ke menghina dan mencerca org walau sebaris ayat 40 hari Allah tak pandang kau. kau sapa nk hina2 org. lantak dialah nk buat apa kalau menyampah sgt jgn tgk terus. bodoh korg ni.
Quote ezacbee 5-4-2024 08:58 AM
Perwira2022 replied at 5-4-2024 06:46 AM
Boleh tak kalau dah nak kepada agama tak payah posing2 macam ni?

Nampak pelik dia pakai baju kebaya ni.. baju x muat ke camne??? Size kanak2 ke

Quote Perawankota 5-4-2024 09:38 AM
Berdoa tak perlu tunjuk kt socmed.. Udah2lah

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.281170 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top