CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram Menari Lenggang-Lenggok Seperti Pondan – Mufti

5-4-2024 05:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9246| Komen: 17

Description: PETALING JAYA – Jabatan Mufti Negeri Sembilan menegaskan bahawa hukum menari lenggang-lenggok seperti pondan adalah haram untuk semua lelaki dan perempuan.


PETALING JAYA – Jabatan Mufti Negeri Sembilan menegaskan bahawa hukum menari lenggang-lenggok seperti pondan adalah haram untuk semua lelaki dan perempuan.

Berdasarkan Kitab al-Syahadat karangan Imam al -Nawawi dalam bab Hukum al-Ghina, 1991, Jilid 11, muka surat 229 menyatakan, menari tidak haram melainkan tarian itu lenggok-lenggok umpama pondan dan ia haram bagi lelaki dan perempuan.

Penjelasan daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan itu dibuat susulan kontroversi yang dicetuskan ahli perniagaan terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Sebelum ini, Aliff Syukri dikecam hebat pelbagai pihak selepas klip video yang dimuat naik berjudul Love Raya yang memaparkan sekumpulan lelaki menari dianggap tidak sopan terutama ketika umat Islam berada di bulan Ramadan.

Bagaimanapun, Aliff Syukri telah memohon maaf secara umum selepas ditegur oleh ibunya, Rozita Ibrahim yang juga usahawan terkenal kerana membikin video yang tidak sepatutnya pada bulan Ramadan


Berdasarkan video tersebut, kelakuan tidak berakhlak ini merosakkan imej seorang lelaki Melayu dan juga cara berpakaian orang Melayu itu sendiri malah turut dikatakan menghina agama Islam kerana ingin melancarkan muzik videonya itu pada 10 Ramadan terakhir. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 5-4-2024 06:29 AM
Tarian melayu kalau inang tu banyak ja guna pondan. Zapin ja nampak keras sikit. Lain la tarian iban.
Quote FOTHER-MUCKER 5-4-2024 06:36 AM
Taekwondo juga dah jatuh haram.. apa yang tinggal nanti?


[youtube]_YICdmpgM6w[/youtube]
Quote nolya 5-4-2024 11:43 AM
Usahkan menari, berlagak jadi pondan pun dah haram.  Apalah  nak jadi dgn orang melayu Islam hari ini, langsung tak jaga akhlak dn adab beragama,  tak ada sensitiviti kpd adat budaya melayu. Hancur!
Quote B40tastePosh 5-4-2024 12:24 PM
Edited by B40tastePosh at 5-4-2024 12:26 PM

Tarian Melayu semua berbentuk tarian pondan untuk Sultan² Songsang zaman dulukala.

Kalau kat Istana Selangor orang lelaki Bugis tak menari.

Masuk era Bendahara Johor dan Temenggung Johor barulah wujud Zapin
Quote Purplehaz 5-4-2024 12:36 PM
Tu dia sampai Tok mufti pun tolong tegur.

Sbb burok yg amat Menari lenggang lengok cam melucah + pakai baju x sopan langsung.

Insaflah...buat lah sesuatu yg manfaat pd rezki yg telah diberikan olehNya.
Quote green~tea 5-4-2024 12:42 PM
Aku meluat tengok pondan acah2 miss universe


Ptuihhhh
Quote Skuau 5-4-2024 02:57 PM
FOTHER-MUCKER replied at 5-4-2024 06:36 AM
Taekwondo juga dah jatuh haram.. apa yang tinggal nanti?

....tinggal KENANGAN jer la nt.
Quote Skuau 5-4-2024 03:00 PM
nak buek acaner tarian tradisi Melayu kebanyakkanya memang lemah gemalai pon...melainkan..'tarian silat'()
Quote dani-rox 5-4-2024 04:12 PM
ai nak komen sesuatu... ai tak suka gambar AI. ada jari terlebih la, terkuranglah, tangan mcm sotong lah. dgn muka yg very the uncanny valley.
Quote Tinot7 5-4-2024 04:49 PM
Alep tu saja nak org tingat kat dia.. mencapub jahh keje..
Quote FOTHER-MUCKER 5-4-2024 05:07 PM
Skuau replied at 4-4-2024 10:57 PM
....tinggal KENANGAN jer la nt.

Anak orang melayu Umur dari 7-8 tahun pun ramai belajar taekwondo.
Quote kotakbaju 5-4-2024 05:57 PM
dani-rox replied at 5-4-2024 04:12 PM
ai nak komen sesuatu... ai tak suka gambar AI. ada jari terlebih la, terkuranglah, tangan mcm sotong ...

Haah kan. Iols ada perasan pic ai sebelum2 ni pun mesti ada extra tangan atau jari. Memang camtu ke AI ingatkan pic nampak perfect
Quote dani-rox 5-4-2024 06:42 PM
kotakbaju replied at 5-4-2024 05:57 PM
Haah kan. Iols ada perasan pic ai sebelum2 ni pun mesti ada extra tangan atau jari. Memang camtu k ...

Yup. Ai pernah baca somewhere... spt kebanyakan manusia, AI pun tak brp reti sgt lukis jari dan tangan katanya

Dlm gambar2 asli, tangan selalunya bukan fokus utama. Bentuk anatominya yg complicated dan kecik summore, jd AI susah nak 'study' utk generate gambar manusia yg sempurna rupa tangan dan jari.
Quote jejaka_hensem 5-4-2024 07:29 PM
Boikot menari!
Quote Ahriman 5-4-2024 07:40 PM
Che Pa penari hadrah tersenyum sinis.
Quote white_musk 5-4-2024 08:06 PM
FOTHER-MUCKER replied at 5-4-2024 05:07 PM
Anak orang melayu Umur dari 7-8 tahun pun ramai belajar taekwondo.

Lepas ni tak boleh dah belajar tekwando ke karate apa semua tu. Kena ngaji kutab je 24 jam
Quote kotakbaju 5-4-2024 10:23 PM
dani-rox replied at 5-4-2024 06:42 PM
Yup. Ai pernah baca somewhere... spt kebanyakan manusia, AI pun tak brp reti sgt lukis jari dan tan ...

Macam tu rupanya.

Tapi bentuk wajah tu betul2 sharp ye AI ni tiru. Mungkin senang nak fokus kot berbanding jari jemari.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.156901 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top