CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem Pendek Raya Berjudul ‘Mak’ Lakonan KJ, Beto Kusyairy & Sharnaaz Ahmad Buat Penonton Menangis

4-4-2024 05:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15511| Komen: 111

Description: Filem pendek raya berjudul ‘Mak’ dari Elrah Exclusive berjaya memperoleh tontonan sehingga 174,000 di YouTube dan menerima lebih 15,000 kongsian di laman TikTok.


Filem pendek raya berjudul ‘Mak’ dari Elrah Exclusive berjaya memperoleh tontonan sehingga 174,000 di YouTube dan menerima lebih 15,000 kongsian di laman TikTok.

Elrah Exclusive yang juga salah satu jenama terkemuka dalam industri pakaian Malaysia turut menyambut ulang tahun ke 10 dalam industri fesyen dengan acara tayangan filem pendek eksklusifnya itu.



Filem ‘Mak’ mengisahkan seorang ibu yang tidak mahu menunjukkan kasih sayang kepada anaknya bernama Helmi sehingga membuatkan si anak memendam rasa dan tersisih dengan adik-beradiknya yang lain.

Sikap Helmi yang rasa tersisih menjadikannya seorang pendendam dan membenci ibunya sendiri.


Filem tersebut merupakan idea asal pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman. Naskhah ‘Mak’ turut dibintangi oleh barisan duta jenama tersebut iaitu Khairy Jamaluddin (KJ), Shahril Hamdan, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen dan Fadhli Masoot.

Naratif filem yang sangat menyentuh hati ini menyaksikan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan para penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kasih sayang seorang ibu yang kekal abadi.

Naskhah ‘Mak’ ini juga mendapat pujian orang ramai dan menjadi filem pendek raya paling sedih pada tahun ini.

Selain itu, filem ini juga sebaris dengan filem pendek raya dari PKNS dan TNB yang turut menggunguli carta tahun 2024.


Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-4-2024 05:28 AM
Berjurai2 air mata aku sb aku menyelam perasaan hilmi...sebagai anak...sb aku mak yang x kan pilih kasih kat anak..dua2 anak samarata je kasih syg aku bg...x suka bg hati anak2 terasa ..kalau mereka sedih aku turut sedih..sampai umur anak2 lelaki aku 23 dan 20 ni pun aku peluk cium gosok kepala lepas mereka salam cium tangan aku tiap hari..jgnla bg anak2 terasa dgn kita sb anak2 pun akan hormat kita ..

Yg benar
Ibu terpaling
Quote redz85 4-4-2024 05:41 AM
aku meluat dengan mak dia.. depan anak macam patung tak bernyawa,, belakang anak sungguh sungguh berdoa untuk anak..

anak kasitahu jadi pengawas.. sepatah haram tak sambut.. anak dah jalan baru nak sebut alhamdulillah

memang layak lah kau mereput dalam kubur.. takde doa dari anak mu helmi
Quote Moyangkucing 4-4-2024 05:48 AM
Edited by Moyangkucing at 4-4-2024 05:51 AM

Sama lah. meluat tengok maknya, Selayak nya kalau anak tak mau doakan dia. dan tak sedih  pun tengok iklan ni.
Quote putericahaya999 4-4-2024 05:52 AM
Iklan yg jatuhkan martabat ibu... entah apa nak ditonjolkan .... nak cakap jd mcm ni hari ni sbb ibu pilih kasih ke
Quote beatgirlX 4-4-2024 05:53 AM
Dak.. Masalahnya ada ke KJ? Aku mcm x perasan plk ada KJ dlm iklan ni
Quote Missjass 4-4-2024 06:08 AM
beatgirlX replied at 4-4-2024 05:53 AM
Dak.. Masalahnya ada ke KJ? Aku mcm x perasan plk ada KJ dlm iklan ni

I baru tgk tak ada pun KJ, shahril tu ada la
Quote zeetot 4-4-2024 06:26 AM
Motif mak nak treat anak dia depan2 camtu kenapa? Tunjuk je la sayang tu. Anak lain boleh pulak.
Quote me12345 4-4-2024 07:16 AM
Huhuhuhu......
Quote damian_lee 4-4-2024 07:34 AM
aku suka iklan PKNS
sbb bukan je jalan cerita pasal raya

banyak yang digarab dalam cerita tu
and ada selit2 pasal diseleksia ….
Quote Binodino 4-4-2024 07:39 AM
Scene nanas peluk bambeto tu iols nak rasa sedih. Tapi terganggu pulak tengok baju nanas tang lengan tu dah macam balut nangka.
Quote adeqbun 4-4-2024 08:37 AM
ai sedih sbb kejadian gini mmg byk jadi..sian anak mcm hilmi tu berperang dgn perasaan sndri..die jd nakal pon sbnrnye rebel dan nak attention..abgnya pon tau cite sbnr,dh tua bertongkat baru nak reveal
Quote sarah_ary2 4-4-2024 08:46 AM
adeqbun replied at 4-4-2024 08:37 AM
ai sedih sbb kejadian gini mmg byk jadi..sian anak mcm hilmi tu berperang dgn perasaan sndri..die jd ...

Dah bertahun baru nak bgtau kan dah terlambat
Quote naina 4-4-2024 09:01 AM
Samalah aku. Menyampah gila iklan raya macam ni. Hujung2 nak cakap mak sebenarnya sayang tapi tak tunjuk. Eh boleh plak macam tu. Layanan sangat berbeza kot. Dengan adik beradik lain boleh plak layan sembang mesra2, turn kau buat tunggul kayu. Dengan alasan dah doakan senyap2. Iklan ni mengarut. Kasih sayang ibu ayah perlu dizahirkan. Bukan pilih kasih. Memang patut dia benci mak dia.
Quote naina 4-4-2024 09:04 AM
Aku suka iklan raya Plus yang Amy Mastura dengan Ropie berlakon tu. Kelakar. Baru semangat nak raya..meriah ceria dan gembira. Bukan sedih2 kenang mak yang jahat hujung2 kita yang kena redha bila mak dah mati baru reveal cerita sebenar. Puih
Quote cicicumel 4-4-2024 09:12 AM
Eww iklan very der drama Rashid Sibir...
Pujian layak diberi kpd lakonan Beto dan Shanaz...
Jalan cerita mintak caci maki..apoo mak mcm tu..xkan sebab anak nakal curi ayam smpai camtu ko treat?moga mak dia masuk melaka
Quote wannoorazlina 4-4-2024 09:19 AM
kemonnnn...semua pakat nak buat iklan raya sememeh menangis..
raya untuk meraikan kemenangan..buat la yg happy2 sikit..
happy2 tu bukan suruh gelek mengangkang mcm video alip sokri tu..
mcm arwah yasmin yusuf punya dulu, best je..semangat nak raya..
Quote NekNgah 4-4-2024 09:24 AM
Kenapa sketsa Hari Raya mesti kena sedih, sedu, sedan?

Kena banyakkan lagi yang gembira, kelakar dan yang paling penting selit issue-issue semasa untuk awareness.

Quote nicolebaby 4-4-2024 09:29 AM
Apooo mak macam tu ? Motip ?

Iklan Conteng gak best ada selit pasal isu disleksia
Quote rosevelvet 4-4-2024 09:32 AM
redz85 replied at 4-4-2024 05:41 AM
aku meluat dengan mak dia.. depan anak macam patung tak bernyawa,, belakang anak sungguh sungguh ber ...

Sbnrnya ramai mak yg mcm ni. X pnh puji anak. Tp blkg dia bangga. Dosa mak pd anak. Sian kt anak

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.077636 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top