CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng RXZ Lagak Samseng, Patahkan Palang Tol Untuk Lalu

2-4-2024 05:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13343| Komen: 24

Description: PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman video papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan sekumpulan penunggang motosikal Yahama RXZ menggunakan lorong kenderaan di Plaza Tol Segambut, Kuala Lum ...


PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman video papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan sekumpulan penunggang motosikal Yahama RXZ menggunakan lorong kenderaan di Plaza Tol Segambut, Kuala Lumpur.

Aksi mereka dikatakan lebih samseng apabila sebahagian daripadanya dengan sengaja menolak palang tol sehingga patah ketika hendak melalui lorong SmartTag.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Facebook, Ong Zhi Xiang, waktu dan tarikh yang terpapar pada rakaman dashcam itu adalah sekitar pukul 6.32 petang kemalrin.

Loading FB Post...


Tindakan sekumpulan penunggang tersebut mengundang rasa marah dalam kalangan orang ramai dan rata-ratanya meminta pihak berkuasa segera menyiasat insiden terbabit selain mengenakan hukuman sewajarnya.

Mereka juga dilihat menunggang secara berbahaya dengan cara memotong kenderaan lain secara beriringan sebelum memasuki lorong SmartTag.

“Geng hobi mahal, tapi tiada otak, harap yang terlibat dapat beraya dalam ‘lokap’,” kata Ayuni.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), sila ambil tindakan tegas untuk ‘puak RZX’ ini. Langgar undang-undang, buat jenayah pula sampai patah palang tol. Dah tangkap, sila ‘update’ kepada netizen ya,” pesan Shahrul. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:08 AM
tlg lah londehkan muka sensorang. menyampah giler perangai samseng tak kena tmpt. pastu dahlah menyusahkan driver2 lain.
Quote adiksha 2-4-2024 09:46 AM
spesis kalau mati eksiden bukan nak rasa kesian..
tapi..mungkin cakap Alhamdulillah lebih baik sebab hidup pun menyusahkan orang
Quote renko 2-4-2024 09:55 AM
hobi kami mahal otak kami murah
Quote s@s@ 2-4-2024 10:14 AM
tak puas hati kena titik dgn skuter letrik la tu
Quote _kelly 2-4-2024 10:17 AM
bodoe nya..mesti duk rempit atas duke2 tu
situ biasa jalan kosong
Quote airfilterkotor 2-4-2024 12:01 PM
Aku lagi suka antu raya RXJekk ni buat perangai. Lagi banyak hal lagi bagus.

Nanti ada laa obatnya.
Quote ketambangkang 2-4-2024 12:25 PM
dorg ni tak tau ke zmn skrg dashcam, cctv semua bersepah
Quote _blackbird 2-4-2024 12:27 PM
geng rxz ni bukan "hobi kami mahal" tapi "kami budak bodoh yg tasteless, hopeless dan brainless, kami ni pokai sebenarnya tak mampu beli superbike, tapi nak fit in juga, kami beli overprice rxz"

Quote chandrahusin 2-4-2024 12:45 PM
arwah baik orgnya
Quote kasibiman 2-4-2024 12:57 PM
Dasar anjing kurap dgn penyakit rabies
Quote hokeypokey 2-4-2024 03:33 PM
dh kenapa nk lalu kt situ??? lorong motor kan ada..
Quote saden 2-4-2024 04:16 PM
ketambangkang replied at 2-4-2024 12:25 PM
dorg ni tak tau ke zmn skrg dashcam, cctv semua bersepah

Kan RXZ ni time traveller dari zaman 90an. Time tu tak wujud lagi dashcam.
Quote sukacactus 2-4-2024 04:19 PM
_blackbird replied at 2-4-2024 12:27 PM
geng rxz ni bukan "hobi kami mahal" tapi "kami budak bodoh yg tasteless, hopeless dan brainless, kam ...

Hahaha spot on!
Quote AbukRokok 2-4-2024 05:32 PM
Ohhh melampau dah sesuatu perlu dilakukan sblm merebak
Quote airfilterkotor 2-4-2024 11:29 PM
hokeypokey replied at 2-4-2024 03:33 PM
dh kenapa nk lalu kt situ??? lorong motor kan ada..

Untok makluman anda, mereka ini tidak akan sekali² menyelusuri lorong motorsaikel di belakang plaza tol kerana:

Itu lubuk memukat JPJ dan PDRM.

RXJekk Fighter tapi nampak polis kami lari. Apoo.
Quote airfilterkotor 2-4-2024 11:32 PM
Majoritinya RXJekk ni sama spesis dengan geng Ysuku, penuh dengan kepelbagaian aneka ragam bila berada di atas jalanraya.
Quote hokeypokey 3-4-2024 01:42 AM
airfilterkotor replied at 2-4-2024 11:29 PM
Untok makluman anda, mereka ini tidak akan sekali² menyelusuri lorong motorsaikel di belakang pla ...

ohooo.. camtu rupanya.. patut sanggup patahkan palang tu.. ingatkan gangster sgt rupanya pengecut
Quote B40tastePosh 3-4-2024 02:06 AM
“PDRM (Polis Diraja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), sila ambil tindakan tegas untuk ‘puak RZX’ ini. Langgar undang-undang, buat jenayah pula sampai patah palang tol. Dah tangkap, sila ‘update’ kepada netizen ya,” pesan Shahrul.
Quote ultra78 3-4-2024 05:37 AM
Dia lupa bawa moto hari tu kot.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060386 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top