CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Flat Selera Kondo, DBKL Keluarkan 3 Notis

1-4-2024 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6240| Komen: 33

Description: Kuala Lumpur: Tindakan beberapa pemilik unit kediaman di Flat Kelumpuk Kemunting di Setiawangsa di sini yang melakukan penambahan 'luar biasa' terhadap struktur kediaman masing-masing merimaskan pengh ...


Kuala Lumpur: Tindakan beberapa pemilik unit kediaman di Flat Kelumpuk Kemunting di Setiawangsa di sini yang melakukan penambahan 'luar biasa' terhadap struktur kediaman masing-masing merimaskan penghuni.

Tinjauan mendapati beberapa unit kediaman di sebuah blok di perumahan itu melakukan penambahan di depan, belakang, bahkan di bahagian tepi rumah.

Penambahan di bahagian tepi rumah itu bukan sahaja membabitkan unit di tingkat bawah, tetapi turut di tingkat atas.

Penduduk mahu dikenali sebagai Azizah, 48, berkata, majoriti penghuni yang mendiami rumah bawah melakukan penambahan struktur yang dianggap 'luar biasa'.

"Kalau ikut prosedur, memang tak boleh tambah. Tapi dekat sini majoriti rumah bawah mereka buat penambahan strukur.

"Tapi kalau berlaku perkara kecemasan memang berisiko dan mendatangkan masalah. Contohnya kalau terjadi kebakaran, macam mana bomba nak cepat selamatkan mangsa dan padamkan api bila mereka membuat penambahan struktur seperti ini?


"Daripada segi aspek keselamatan, penambahan rumah ini amat membimbangkan," katanya ketika ditemui.

Manakala, seorang lagi penghuni yang dikenali sebagai Naim, 24, berpandangan tindakan pemilik rumah itu secara jelas telah melanggar peraturan dan ia juga tidak adil kepada jiran lain.

"Tindakan pemilik yang menambah struktur rumah mereka tidak mengikut spesifikasi amat berbahaya sekiranya berlakunya kebakaran. Contohnya jika mereka tambah rumah, ia akan menyukarkan bomba nak masuk.

"Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya turun padang dan melihat tindakan pemilik rumah yang menambah rumah mereka," katanya.

Dia berkata, pemilik rumah ini seharusnya mengikut peraturan kerana dikhuatiri tindakan mereka akan 'berjangkit' kepada pemilik lain.

Katanya, antara cadangan tindakan yang boleh diambil oleh DBKL adalah dengan memecahkan bahagian penambahan rumah pemilik ini.

Manakala, Faris Iqbal, 24, berkata, pemilik rumah tidak sepatutnya melakukan struktur tambahan itu kerana ia akan menyempitkan laluan orang ramai.

"Bagi saya, penambahan struktur rumah ini berbahaya kepada orang yang menggunakan laluan tersebut sekiranya berlaku kecemasan," katanya.

Katanya, pihak berkuasa berkaitan mesti mengambil tindakan tegas terhadap pemilik terbabit termasuk merobohkan struktur haram itu.



DBKL keluarkan 3 notis penguatkuasaan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan tiga notis penguatkuasaan mengikut peruntukan Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan mengubahsuai kediaman strata hak milik bersama tanpa kebenaran dan kelulusan di Flat Kelumpuk Kemunting.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL berkata, ini susulan pihaknya melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) menerima aduan mengenai pengubahsuaian yang berlaku di flat berkenaan.

"Pengubahsuaian di flat berkenaan membabitkan pembinaan struktur kekal oleh pemilik petak yang melebihi petak pemilik masing-masing di kawasan harta bersama.

"Hasil lawatan tapak oleh pihak COBKL di sekitar kawasan flat terbabit mendapati beberapa unit membuat pengubahsuaian, tambahan dan pembinaan struktur kekal tanpa mendapat kebenaran serta kelulusan pihak DBKL," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, DBKL memaklumkan, perkara ini di bawah bidang kuasa pihak perbadanan pengurusan dan ia selaras peruntukan dalam Seksyen 59(1) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

"Yang jelas menyatakan bahawa kewajipan pihak perbadanan pengurusan adalah menyenggara dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan harta bersama dan menjaganya dalam keadaan yang baik," katanya.

Katanya, pihak COBKL mengeluarkan surat kepada beberapa pemilik petak yang terbabit dalam pengubahsuaian itu dan sesalinan turut dipanjangkan kepada pihak perbadanan pengurusan.

Menurutnya, pihak perbadanan pengurusan atau pemilik petak perlu memastikan semua pengubahsuaian, tambahan dan pembinaan struktur kekal tanpa kebenaran kembali kepada bentuk asal.

"Tindakan susulan yang sama akan dibuat terhadap pemilik-pemilik petak lain yang didapati terlibat dengan pengubahsuaian kediaman strata hak milik bersama tanpa kebenaran dan kelulusan DBKL," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 1-4-2024 01:50 PM
Saman saja atau kena roboh terus?
Quote laksmanabentan 1-4-2024 02:08 PM
jfq replied at 1-4-2024 01:50 PM
Saman saja atau kena roboh terus?

notis nak saman jer uuoolllssss....
hahahahaa....
Quote c===8 1-4-2024 02:28 PM
tak roboh ke?
Quote prince_marhaen 1-4-2024 02:52 PM
..Kalau ikut prosedur, memang tak boleh tambah. Tapi dekat sini majoriti rumah bawah mereka buat penambahan strukur....



kah kah kah jawab pun nampak tak tegas...dia macam "tak boleh,,,tapi....~~~"

setakat notis, tak herannya mangkok macam tu..
Quote sharlenetexas 1-4-2024 02:54 PM
Tak rasa berdosa ke amik tanah "free" mcm tu? Kubur sempit tanggung sendiri. Kubur asing2 khuens.





Quote copy_paste 1-4-2024 03:23 PM
benda da bayar mmg xkan boleh roboh la hahahahaha,
untungnya yg bayar sorg tp yg lain dpt manfaat
Quote laksmanabentan 1-4-2024 03:28 PM
prince_marhaen replied at 1-4-2024 02:52 PM
kah kah kah jawab pun nampak tak tegas...dia macam "tak boleh,,,tapi....~~~"

setakat notis, tak  ...

kalau ikut prosedur memang tak boleh..
tapi kalau tak ikut prosedur boleh aja tuh...
hahahahhaaa... jangan lupa duit kopi sikit...
Quote seri_mawr 1-4-2024 03:28 PM
apa mereka buat tu mmg salah...
tp alasan yang bomba dtg susah nak selamatkan tu...mekeka kan tambah dekat ruang yang dinding xde tingkap...
klu bomba nak dtg selamatkan org mereka amik dr belah tingkap tu kan..?

klu alasan ruang jadi sempit tu..aplicable klu tambah ruang bawah...huhuhu...
iouls dulu2 dok flat...iouls x bitter sgt dgn org yang tambah luas ni...iouls bitter dgn manusia yang cop parking....dia entah bila2 nak balik rumah..tp dia siap buh cone ke apa ke...tulis dia punya parking...ni mmg kurang asam....

Quote nw111 1-4-2024 03:49 PM
seri_mawr replied at 1-4-2024 03:28 PM
apa mereka buat tu mmg salah...
tp alasan yang bomba dtg susah nak selamatkan tu...mekeka kan tambah ...

Sapa kata X susahkan bomba..buat yg terbakar tu tingkat atas. Elok2 bomba blh  hulur tangga ikut tangkap tepi tu dah jadi tak boleh..sbb dh ada bumbung pulak kt situ..nk kena panjat bumbung/ puding bawak tangga ikut lain
Quote syamzana 1-4-2024 03:59 PM
mcm 3/4 bulan skali news mcm ni bezanya tempat je.
betapa ramainya yg nak umah beso tp tak mampu dan masih gigih beranak smpai 3/4 org pastu tmbh ruang sbb sempit nak bergolek-golek.
Quote hokeypokey 1-4-2024 04:00 PM
notis jer ke.. kalau tak roboh apa tindakan yg diambil??? kalau org tu boleh kang org lain pun nk buat jugak..
Quote airfilterkotor 1-4-2024 04:01 PM
"Hasil lawatan tapak oleh pihak COBKL di sekitar kawasan flat terbabit mendapati beberapa unit membuat pengubahsuaian, tambahan dan pembinaan struktur kekal tanpa mendapat kebenaran serta kelulusan pihak DBKL," katanya dalam satu kenyataan.
Kalau dah nama pun flat(strata), tanpa mendapat kebenaran/kelulusan DBKL amendenyerr.... memang tak boleh pun.
Quote airfilterkotor 1-4-2024 04:10 PM
First step, kasik notis. Engkar kalu, roboh dengan paksaan. No diskon.

Selagi kau urang (dibaca PBT) tak roboh selagi tu laa menjadi bahan tontonan dan gossipan orang ramai.

Nak lebih dramatik, sedang PBT mari roboh roboh apa semua... sekali struktur asal pun ikut roboh secara alami berpunca dari sambungan struktur bangunan haram.

How..??
Jadi panjang lak cerita diaaa.

Quote supernaturalee 1-4-2024 04:16 PM
asal masa dlm proses pembinaan masa tiang2 je baru naik tu xde yg mereport?
penguatkuasa x aware ke mcmn tu

ni dh gabak gitu nk roboh ke

Quote epullipan 1-4-2024 04:20 PM
komen komen dorang tu jelas mengatakan bahawa mereka cemburu hahaha
Quote ultra78 1-4-2024 08:25 PM
Patut kena revise balik cukai taksiran utk rumah yg buat renovation tu.
Quote kakikuDibibirmu 1-4-2024 08:35 PM
nw111 replied at 1-4-2024 03:49 PM
Sapa kata X susahkan bomba..buat yg terbakar tu tingkat atas. Elok2 bomba blh  hulur tangga ikut t ...

Akak memang suka makan puding perasaan coklat, nyum nyum nyum
Quote beatgirlX 1-4-2024 08:47 PM
Dah buat kalau nak roboh x bahaya ke struktur tu?
X leh saman atau penjarakan tuan rumah tu dgn pbt @ pihak yg meluluskan atau saman je department yg x buat kerja..?
Quote ezacbee 1-4-2024 08:56 PM
Ada kebakaran baru nak roboh ke?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top