CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira Menangis Tengok Video Datuk Red Ditemu Bual Media? Kakak Bagi Amaran Kepada Datin Red... “Jangan Buli Adik Saya”

28-3-2024 06:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15396| Komen: 86

Description: Kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Emma dilihat tampil membalas kenyataan yang ditulis Datin Red di Instagram Story miliknya.


Kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Emma dilihat tampil membalas kenyataan yang ditulis Datin Red di Instagram Story miliknya.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Erma Suhaimi, dia sudah tidak mampu menahan sabar dan enggan adiknya terus dibuli oleh madunya ketika isu kesusahan hidup suami mereka iaitu Datuk Red hangat diperkatakan pada masa ini.





"Orang lain (merujuk Adira) yang kau cakap itu selalu tolong kau. Kau jangan lupa mention sikit baik orang. Asyik nak tunjuk kau punya sabar."


"Orang lain itu baru saja kena puji sikit di media sosial secara terbuka. Eh kau tak boleh eh?"

"Yang kakak sini (Emma) sudah lama diam tengok orang lain itu kena buli. Kau cakap dengan aku jangan dengan media sini ok? Nanti aku cakap banyak lagi."

"Yang kau cakap orang lain itu banyak membantu tak pernah mention pun."

Terdahulu, Datin Red memaklumkan dia telah bergadai harta demi membantu suaminya itu yang berhadapan kesusahan termasuk diiystihar bankrap.

Meskipun tidak menyebut nama, namun hantaran itu didakwa ditujukan kepada Datuk Red yang sebelum ini membuat pendedahan kepada media bahawa dia sudah muflis sejak tahun 2019 dan bergantung hidup kepada Adira.

Simpati dengan pendedahan Datuk Red , Emma memberitahu, adiknya turut menangis selepas menonton rakaman tersebut. Bukan itu sahaja, Emma berkata, dia bersedia untuk mempertahankan adiknya sekiranya berterusan diganggu.

"Semalam orang itu menangis-nangis tengok video lakinya pun diam tak tunjuk. Kita ikut menangis sekali dik. Rasa tau kesusahan orang itu. Jangan buli adik saya OK. Dulu bolehlah kau gertak-gertak dia dengan kata-kata OK, sekarang mari sini jumpa kakak dia."


Sumber: Emma Suhaimi/OhBulan/mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 28-3-2024 11:34 AM
Ok, maksudnya di sini:

Lady Red marah, sebab Man Red hanya sebut nama Adira, bantu Man Red time susah.
Man Red tak sebut nama Lady Red yang turut bergolok bergadai tanah sehingga anak² trauma semata² nak bantu Man Red.

Gitu eh?
Quote I.K.A888990 28-3-2024 11:45 AM
mmg panjang la kisah depa bertiga ni
redflag je semua
Quote mewo 28-3-2024 11:47 AM
Menanggis2, jadi ada kemungkinan x jadi cerai lagi?
Quote syamzana 28-3-2024 11:50 AM
tin red ckp gitu je pun (dia pun bergolok gadai) dikira buli ke??
Quote cicicumel 28-3-2024 11:53 AM
Cmne la adira ni leh sangkut kahwin dgn datok red ni eh?padahal dia masa tu tgh peak kot dgn lagu OST dan lagu ala2 pramugari tu...tup2 pakai tudung dan kahwin jd bini no2.... Kalu la dia fokus, she boleh jd selevel Dayang kot
Quote doubleA 28-3-2024 12:11 PM
cicicumel replied at 28-3-2024 11:53 AM
Cmne la adira ni leh sangkut kahwin dgn datok red ni eh?padahal dia masa tu tgh peak kot dgn lagu OS ...


Khen? Iols pun punya pendapat sama. Walaupun masa tak boleh ubah, tapi kenapalah adira ni tegar jadi bini kedua masa tu, sekali dah masuk family ni selamanya terikat anaknya bin/binti kan red scammer ni. Pulak madu akan mengungkit, kena banyak berkorban sampai tanggung laki pakej madu sekali double triple red flag
Quote Fly_over 28-3-2024 12:30 PM
she nampak kaya kalau jewellery she pakai tu bukan emas fufu. kalau rumah 3 tingkat she bukan rumah sewa.
Quote noor2 28-3-2024 12:31 PM
Laaaaa...gadoh pulak ke..hari tu kemain tunjuk seronok bermadu...siap gambar bersama...untuk show off ye dak...hati masing2 tuhan je yg tahu
Quote noor2 28-3-2024 12:32 PM
doubleA replied at 28-3-2024 12:11 PM
Khen? Iols pun punya pendapat sama. Walaupun masa tak boleh ubah, tapi kenapalah adira ni tegar ja ...

Of course la sb dia ingat Red tu kaya...dan ada title pulak tu...
Quote noor2 28-3-2024 12:33 PM
doubleA replied at 28-3-2024 12:11 PM
Khen? Iols pun punya pendapat sama. Walaupun masa tak boleh ubah, tapi kenapalah adira ni tegar ja ...

Of course la sb dia ingat Red tu kaya...dan ada title pulak tu....
Quote DottieDot 28-3-2024 12:55 PM
Aku rasa betul laa kot dedua bini penyondol ni x plan pun nak tuntut cerai bersama..
Adira yang nak cerai dulu pastu si TinRed ni pulak follow..
Tapi bila tengok konon drama sedih nangis² si Dira bila tengok vid temubual kesusahan laki scammer dorang ni lol aku bet si Dira ni mesti dah ada berfikir dua kali pulak nak cerai ke tidak..
Yelaa kalau TinRed nekad teruskan penceraian, maknanya Dira ada peluang laa nak jadi d one n only penyondol yang bertahan n untung² naik taraf amik/pegang gelaran Datin tu pulak lol
Nampak gaya tambah deretan laa jawabnya, sama je jalan cerita yang sebelum² ni gaduh² acah nak cerai tup² duk meneran anak baru gitu..
Quote kucing_gebu 28-3-2024 01:00 PM
Tunggang langgang ayat kakak dia. Jenuh aku nk susun bg paham
Quote kakasotong2 28-3-2024 01:26 PM
Menengok ke video2 Tokred kat tt sana meols xhairan la kenapa Adira & perempuan2 lain boleh tersangkut dengan Tokred ni. Mulut manis weyy lepastu dia macam gentleman (ini konteks kalau dengan orang perempuan). Ada tengok video heols clarify pasal isu Tinred terasa Tokred sebut Adira banyak tolong tu, Tokred siap cakap semua salah dia bukan salah isteri2 dia. Dia salah cakap dia kata dia xpatut ulas pun pasal ni xpatut layan reporter. And Tokred ni memang nampak matang orangnya, dia cakap dia xsuka hal peribadi dia dicanang sbb dia malu tp dia mengaku salah dia sebab terlepas cakap masa kena iv dengan reporter kelmarin.
Quote DottieDot 28-3-2024 01:49 PM
Btw aku baru duk scrolling IG si Adira ni.. Pandai fashion gak dia ni rupanya, dress up dia lawa² n masuk/kena je dengan dia..

Aku tetap dengan dia x jadi nak cerai lepas dapat tau yang TinRed nak cerai gak..
Kalau tengok gaya Adira ni boleh je ikut jejak si Wawa tu.. Harap² kau janganlah lembik dan IQ rendah bak kata forumer lain balik ke laki kau yang terang²an kaki scammer tu..
Naikkan diri sendiri n tanggung anak² kau je.. Ikut macam Wawa walaupun ada laki yang nampak macam si laki tu yang bergantung dengan bini tapi ok lah ada rupa, pandai jaga badan dan setia..
Quote IzzahF 28-3-2024 02:38 PM
Fly_over replied at 28-3-2024 12:30 PM
she nampak kaya kalau jewellery she pakai tu bukan emas fufu. kalau rumah 3 tingkat she bukan rumah  ...

rumah besar tu sewa ke beli? tp bodo gak retis kalo menyewa rumah besar2 dah tau semekin. bayar sewa mahal2 baik g beli aje rumah kecik skit..asal rumah sndiri kan
Quote dua_chzy 28-3-2024 02:46 PM
Sekor terasa sebab laki dia sebut nama bini kedua ja, tak sebut nama dia.

Sekor lagik terasa sebab adik dia yang jadik bini kedua tu digelar orang lain.

Buduh dua2.
Quote nw111 28-3-2024 02:54 PM
Musim penyondol dapat cash skrg...
Quote chilly 28-3-2024 03:07 PM
Sekarang musim karangan huraikan isi tersirat berdasarkan gambarajah

Quote HoneyManjer 28-3-2024 03:26 PM
adira ni cun melecun cun cun gebus gebas...
jodoh sama kot noh...
huhuhu
semoga dipermudahkan la urusan kome...
muah la baca asik2 story kome kat fb

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.076703 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top