CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbayang Anak Sendiri, Anggota Polis Nekad Selamatkan Mengsa Kebakaran

19-3-2024 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4665| Komen: 9

Description: PETALING JAYA: ”Mungkin saya fikirkan mangsa seorang kanak-kanak dan saya sendiri pun ada anak sebaya itu” itu yang difikirkan Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dari Balai Polis Wangsa Maju ...


PETALING JAYA: ”Mungkin saya fikirkan mangsa seorang kanak-kanak dan saya sendiri pun ada anak sebaya itu” itu yang difikirkan Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dari Balai Polis Wangsa Maju ketika menyematkan dua mangsa kebakaran di sebuah kondominium di Wangsa Maju, ibu negara semalam.

Tindakan pantas tiga anggota polis memecahkan pintu satu unit kediaman kondominium di Wangsa Maju, di sini, berjaya menyelamatkan dua beranak dari lemas terhidu asap akibat kebakaran, petang semalam.


Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif dari Balai Polis Wangsa Maju berkata beliau bersama dua lagi rakannya Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel bertugas menjalankan rondaan.

“Dapat panggilan daripada seorang perempuan, rumah dia ada kebakaran yang suami dengan anak dia terkandas kat dalam rumah lagi lah,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

“Ketika kami sampai memang asap tebal keadaan gelap sebab rumah dia itu berada di tengah-tengah laluan jalan itu.

“Memang kami pergi tidak pakai lampu suluh memang tidak nampak sebab asap dengan gelap.

“Saya dengan pasukan cuba pecahkan pintu menggunakan alat pemadam api dalam 20 minit ke 30 minit pintu berjaya dibuka dan saya masuk masa itu mangsa dekat balkoni rumah,” ujarnya.

Sumber : BuletinTV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 20-3-2024 11:57 AM
semoga Allah permudahkan urusan kau dan keluarga kau bang puyishh
Quote KamikuP 20-3-2024 03:23 PM
Bagus abam polis ni. Moga naik pangkat dan dpt pingat keberanian dari Agong
Quote talapia 20-3-2024 04:21 PM
aku macam.. eh kenapa emergency camtu pon kau sempat rakam..
hmm.. mungkin ini penting bagi buktikan apa2 tuduhan pada dorang nanti.. kotla kata sengaja pecahkan rumah ke... at least ada rakaman video as bukti.. okla kan..
lagipon keadaan masih selamat masa tu..
Quote tumpanglalu74 20-3-2024 10:20 PM
talapia replied at 20-3-2024 04:21 PM
aku macam.. eh kenapa emergency camtu pon kau sempat rakam..
hmm.. mungkin ini penting bagi buktikan ...

Bodycam la..
Quote talapia 21-3-2024 08:54 AM

ooo polis Malaysia dah pakai bodycam eh? Wow! aku taktau lak..
tau yg kt kete peronda tu je.. bagusla ada bodycam.. senang nk buktikan apa2..
Quote Pumpkinhead 21-3-2024 03:31 PM
Bagus....keep up the good work. Hanya Allah swt saja la yg mampu membalasnya.
Quote pokokmeranti 21-3-2024 04:01 PM
Alhamdullilah
Quote mawardia 21-3-2024 08:39 PM
Semoga naik pangkat!
Quote asfaz 21-3-2024 09:36 PM
Terperangkap kat tingkat 19 kan? Ada baca kat IG/fb

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.052389 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top