CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Memang Jahil, Terlalu Banyak Dosa... Saya Rasa Ya Allah, Aku Yang Banyak Dosa Kau Permudahkan." – Nazim Othman

12-3-2024 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10962| Komen: 23

Description: Pelakon, Nazim Othman baru-baru ini berkongsi tentang pengalamannya semasa menunaikan ibadah umrah.


Pelakon, Nazim Othman baru-baru ini berkongsi tentang pengalamannya semasa menunaikan ibadah umrah.

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman bercerita tentang situasi semasa melakukan tawaf di Kaabah.

Difahamkan video tular yang memaparkan Nazim mencium Kaabah telah dirakam oleh mutawifnya pada ketika itu.

"Entah macam mana masa tawaf tu sepatutnya kena ikut ‘line’ dia, entah macam mana saya pun makin dekat dengan Kaabah."

"Mutawif saya dah terpisah dengan saya, yang korang tengok video saya cium Kaabah tu sebenarnya dia yang ambil.

"Walaupun itu rukun Yamani dan orang kata pegang sahaja, tapi nak dekat dengan Kaabah tu susah sangat jadi saya cium sahajalah. Lepas itu saya rasa lega."

Bercerita lanjut, pelakon drama Isteri Halal itu berkata dia telah diuji semasa berada di Madinah.


Bagaimanapun dengan penuh yakin dan niat yang betul terhadap Allah SWT ianya telah membuatkan perjalanan umrah aktor berusia 39 tahun itu dipermudahkan.


"Hari pertama saya sampai dekat Madinah, saya telah diuji. Saya menangis di dalam bilik hotel saya."

"Bila kita sampai di sana, bagi saya lah..saya memang jahil saya memang terlalu banyak dosa tapi niat tu kena betul. Selain niat, kita kena percaya sepenuhnya yang Allah itu akan bantu walaupun kalau orang tahulah dosa-dosa memang kena pijak."

"Saya percaya sepenuh hati akan masuk ke Masjidil Haram. Saya rasa Ya Allah, aku yang banyak dosa Kau permudahkan."

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-3-2024 08:49 AM
Dah insof ni jangan tonggeng tonggeng lagi tawwwww nokk!
Quote laksmanabentan 13-3-2024 09:00 AM
tiberrrrr.... da tak laku ker camna nih... hihihi...
Quote KamikuP 13-3-2024 09:07 AM
Mohon delete gmbo2 gedik kat medsos.. ekekek
Quote She-Ra 13-3-2024 11:32 AM
prince_marhaen replied at 13-3-2024 08:49 AM
Dah insof ni jangan tonggeng tonggeng lagi tawwwww nokk!

dulu iols pn mcm tak kenan dgn dia ni..  nak nak masa dia berfesyen pakaian mcm perempuan tuu
tp selepas iols terjebak join live tt dia.. ehhh seronok pulak dgn dia membebel dan dia sejenis rajin melayan netizen hoccay!!
nampak la sisi bagus dia.. jenis yg rajin live utk peminat.. pegi dobi ka, bercuti ka.. mesti dia kan live walau sekejap
sejenis yg random jgk hahhaahaa
Quote telracs 13-3-2024 11:37 AM
Terbatal tawaf tu kalau jaraknya hampir sangat dan tersentuh kaabah lagi.
Quote esbok 13-3-2024 12:03 PM
Edited by esbok at 13-3-2024 12:07 PM

Nampak muka ikhlas dia seronok lepas dapat sentuh kaabah. Daku nengok rasa senang hati juga.

Untuk side info:
Batal pusingan tawaf di waktu yang kita sentuh kaabah.
Dan biasanya, Kaabah ni disapukan minyak wangi. Dikhuatiri minyak wangi tu kena pada yang dalam ihram.

Quote aint 13-3-2024 04:44 PM
iols ok je kalo amik gambar kt Mekah camni... mmg la gambar ni utk kenangan... tp jgn cam sorg mamat tu... melampau beriya sgt nk tunjuk cium hajarul aswad ...
Quote Noraniza_Iblis 13-3-2024 05:15 PM
lahhh...over beno mak ayam... rukun yamani tu... mmg senang je nk cium,tak berasak mcm nk cium hajar aswad.. cube rekod time ko try nk cium hajar aswad, tgk mampu ke tak nk senyum2 kemut...
Quote dua_chzy 13-3-2024 05:36 PM
Pi mati la kau. Sebok rakam2. Cih.
Quote adelea 13-3-2024 07:23 PM
Nazimmm .. meh nak kabo
Selagi ko buat dosa yg antara ko dan allah je tau
Yg sapa pon tak tau ko tobat , tapi ko manusia lemah … allah tetap sayang ko nazim … sbb allah suka org yg ikhlas …

Kita mmg manusia tak sempurna …
Quote penmerah 13-3-2024 07:30 PM
I suka nazim
Pelakon bagus, deliver bagus
Baguslah ambil dia berlakun dari sampah2 pelbagai
A++ zamarul hisyam, tarmimi sarigar, rosyam noor, eman manan
A nazim
C+ fattah amin, faizal husin ( yes aku letak dia lagi bawah dari nazim, selalu kayu tak beremosi)

Terasa kertu

Quote Hoola 13-3-2024 07:52 PM
achik suka jg personaliti nazim
nmpk cool sempoi

hrp maintain
jgn nakal2 xbtempat tauuu
Quote gideoncross 18-3-2024 01:42 AM
She-Ra replied at 13-3-2024 11:32 AM
dulu iols pn mcm tak kenan dgn dia ni..  nak nak masa dia berfesyen pakaian mcm perempuan tuu
tp  ...

Klau iol pula, Live Sajat pun iol layan, nmpk annoying tpi sbnarnya ok
Quote Whitney72 18-3-2024 02:42 AM
Blh caya ke ni? Jahlopak pun menangis2 gak depan kaabah...lps tu join KLFW...bersembur tetek..
Quote Kurex 18-3-2024 08:47 AM
She-Ra replied at 13-3-2024 11:32 AM
dulu iols pn mcm tak kenan dgn dia ni..  nak nak masa dia berfesyen pakaian mcm perempuan tuu
tp  ...

layan netizen apo.. iols tanya foundation pun dah kena block dekat ig
Quote She-Ra 18-3-2024 09:19 AM
gideoncross replied at 18-3-2024 01:42 AM
Klau iol pula, Live Sajat pun iol layan, nmpk annoying tpi sbnarnya ok

pernah jgk layan live sajat, terhibur okay
si nazim ni best... dia sempoi dan sgt random
Quote She-Ra 18-3-2024 09:20 AM
Kurex replied at 18-3-2024 08:47 AM
layan netizen apo.. iols tanya foundation pun dah kena block dekat ig

aik biar betikkkkkk
bila live ok je dia layan semua.. tp ada jgk la dia melaser bila pegi tanya soalan2 yg mcm "ehh apa tu" haa gituuu
Quote Kurex 18-3-2024 01:40 PM
She-Ra replied at 18-3-2024 09:20 AM
aik biar betikkkkkk
bila live ok je dia layan semua.. tp ada jgk la dia melaser bila pegi tanya s ...

live memang kena berpura2 kakak... belakang boleh jadi fake
Quote She-Ra 18-3-2024 01:48 PM
Kurex replied at 18-3-2024 01:40 PM
live memang kena berpura2 kakak... belakang boleh jadi fake

upssss hahahhahaa
hal ni bkn dlm dunya retis je, org biasa pun byk yg mcm ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049756 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top