CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Ketiga Di Asia Tenggara Paling Ramai Individu Bujang Selepas Brunei

16-2-2024 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14605| Komen: 55

Description: PETALING JAYA – Malaysia berada pada kedudukan ketiga di Asia Tenggara dengan jumlah individu bujang paling ramai selepas Filipina dan Brunei.


PETALING JAYA – Malaysia berada pada kedudukan ketiga di Asia Tenggara dengan jumlah individu bujang paling ramai selepas Filipina dan Brunei.

Berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan SeaAsia Stats, Malaysia mencatatkan individu bujang sebanyak 44.68 peratus

“Individu bujang bermaksud seseorang belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu,” kata SeaAsia Stats menerusi data yang dikongsikan dalam media sosialnya baru-baru ini.



Filipina berada pada tempat pertama individu bujang paling ramai iaitu 49 peratus, manakala Brunei pula mencatatkan sebanyak 44.9 peratus.


Negera-negara lain ialah Kemboja (44.60 peratus), Myanmar (29 peratus), Thailand (23 peratus), Indonesia (22 peratus), Singapura (20 peratus), Laos (17 peratus), Vietnam (16 peratus) dan Timor-Leste (13 peratus).

Bermula tahun 1970 hingga 2021, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpul data perkahwinan lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 16-2-2024 09:48 PM
Philippines ramai bujang sebab haram bercerai.
Singapore sikit orang bujang sebab ramai warga emas.

Sekian analisa ilmiah 2 sen

Quote hanamunir 17-2-2024 08:13 AM
boleh la singles malaysian matchy2 dgn singles bruneian..
Quote Pajeri_Nenas 17-2-2024 08:40 AM
Gayahhh ramai
Quote nw111 17-2-2024 09:28 AM
Decaffeinated replied at 16-2-2024 09:48 PM
Philippines ramai bujang sebab haram bercerai.
Singapore sikit orang bujang sebab ramai warga emas.
...

Haram cerai patut X ramai bujang la...
Yg Msia pulak knp ramai bujang..
Brunei I pelik..pompuan ramai dr laki ke..anak sultan pun dh tua X kawin
Quote nw111 17-2-2024 09:31 AM
Tapi kt msia ni mmg laki umur pendek...ramai acik2 bujang lps laki mati...nebors my mother mostly single mum...brp kerat je yg berlaki..yg pompuan pulak umur panjang kemain...ini salah satu contributing factors rasanya
Quote krustykrab 17-2-2024 10:25 AM
nw111 replied at 17-2-2024 09:31 AM
Tapi kt msia ni mmg laki umur pendek...ramai acik2 bujang lps laki mati...nebors my mother mostly si ...

Kan...pelik tul pompuan punya umur blh pjgggggg sgt. Mcm nenek laki iols dah mcm umo tun m dah takmati2 lagi. Sian nengoknya. Rakan² sebaya semua dh mati. Ye la nk suruh dia main tiktok, dia tk reti guna phone, nk nyembang isu semasa pun dia tk paham. Udahnya gusip hal2 org yg rapat dgn dia je le.
Org pompuan ni bila dah tua masih single mmg susah sb apa benda nk buat pun nk kena ada org tlg. Hopefully tuhan tk pjgkn umur iols dah la sb anak² pun dh berdikari..laki iols kalau pjg umo pun dia kata nk kawin lg kalau iols mati dulu, lantak pi lah janji dia bahagia
Quote nw111 17-2-2024 10:29 AM
krustykrab replied at 17-2-2024 10:25 AM
Kan...pelik tul pompuan punya umur blh pjgggggg sgt. Mcm nenek laki iols dah mcm umo tun m dah tak ...

Betul you..my family yg pompuan ramai betul panjang umur...siap package nganyuk sekali..
I skrg mmg doa lps solat mintak jgn la hidup sampai menyusahkan org lain...
Quote Decaffeinated 17-2-2024 11:20 AM
nw111 replied at 17-2-2024 09:28 AM
Haram cerai patut X ramai bujang la...
Yg Msia pulak knp ramai bujang..
Brunei I pelik..pompuan ra ...

Haram cerai jadi takut nak kawin
Quote jiwasemangat 17-2-2024 11:28 AM
Ooo ini kerr negara² yg paling obes tuu
Quote nw111 17-2-2024 02:32 PM
Decaffeinated replied at 17-2-2024 11:20 AM
Haram cerai jadi takut nak kawin

Depa kawin nak cerai ke..
Quote kakikuDibibirmu 17-2-2024 02:36 PM
Andartu (Anak dara tua) dengan Andalusia (Anak dara lanjut usia) tersenyum sinis
Quote B40tastePosh 17-2-2024 02:38 PM
Decaffeinated replied at 16-2-2024 09:48 PM
Philippines ramai bujang sebab haram bercerai.
Singapore sikit orang bujang sebab ramai warga emas.
...

Tapi kalau ikut data ni Bujang dimaksudkan bukan duda, janda dan balu.
Quote kakikuDibibirmu 17-2-2024 02:40 PM
apa2 pun rujuk balik jadual di bawah:

andartu junior28-34 tahunmasih belum mandul
andartu senior 35-39 tahunkadar kemandulan yg tinggi dan peratusan meningkat berkadar langsung dgn umur
andartu forever40 tahun ke atasconfirm mandul dan menopause malah mati putik!


sape2 nak buat kajian tambahan, jgn lupa cite pengkaji asal (ifanonline, 2010), Oxford University
Quote B40tastePosh 17-2-2024 02:40 PM
nw111 replied at 17-2-2024 09:31 AM
Tapi kt msia ni mmg laki umur pendek...ramai acik2 bujang lps laki mati...nebors my mother mostly si ...

Kalau ikut data ni tidak termasuk Balu...Balu, Janda dan Duda tak dianggap Bujang menurut data ni
Quote kakikuDibibirmu 17-2-2024 02:41 PM
Korang tak penat ka bertelur tiap2 bulan bertelur sampai 40 tahun tak pernahnya beranak sbb andartu
Quote B40tastePosh 17-2-2024 02:43 PM
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2024 02:41 PM
Korang tak penat ka bertelur tiap2 bulan bertelur sampai 40 tahun tak pernahnya beranak sbb andartu

Goreng je lah telur...ada je telur ayam yang tak menetas jadi telor tembelang
Quote nw111 17-2-2024 04:19 PM
B40tastePosh replied at 17-2-2024 02:38 PM
Tapi kalau ikut data ni Bujang dimaksudkan bukan duda, janda dan balu.

Ayooo...mata i kero..sekali baca nampak mcm termasuk.. rupanya tidak termasuk...khas utk dara and bujang kertu je la ni...msia sbb ramai cino x nak kawin kot..
Quote OyaTonggek 17-2-2024 04:31 PM
mesia ramai bujang sbb pangai nokharom laki/pompuan jaman now..wkwkwwkkwk
Quote ulamalu 17-2-2024 05:06 PM
B40tastePosh replied at 17-2-2024 02:40 PM
Kalau ikut data ni tidak termasuk Balu...Balu, Janda dan Duda tak dianggap Bujang menurut data ni

...  who is Unmarried, Divorced, Separated, Widowed, jd termasuklah kan.  

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.146259 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top