CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kebanyakan Pelawak Baharu Tak Sama Macam Dulu, Sekarang Ni Kutuk Orang Jerr…” - Jaafar Onn

14-2-2024 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14912| Komen: 33

Description: Dunia seni hiburan khususnya bidang lakonan dan komedi mempunyai peranan penting dalam memberikan kebahagiaan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat situasi para pelawak bertembung dengan sem ...



Dunia seni hiburan khususnya bidang lakonan dan komedi mempunyai peranan penting dalam memberikan kebahagiaan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat situasi para pelawak bertembung dengan sempadan moral dan etika.

Baru-baru ini, pelawak terkenal pada era 90an, Jaafar Onn memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam dunia seni hiburan bahawa tidak membuat jenaka untuk mengguris hati orang lain.

“Kebanyakan pelawak baharu tak sama macam dulu. Sekarang ni, kutuk orang jer, maki orang, hina orang. Saya nak pesan, kalau melawak janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Kita buat lawak kena guna otak dan penuh adab ketika berkata-kata. Jangan bahan orang atas pentas sebab ia boleh mengguriskan hati sesetengah pihak”



Jaafar Onn yang terkenal menerusi sitkom Cili Padi ini menekankan kepentingan bergurau dengan bijak. Walaupun artis kemedi mempunyai kebebasan kreatif untuk meluahkan idea mereka, mereka tetap perlu ingat bahawa melawak tidak boleh memudaratkan atau menyakiti perasaan orang lain. Amaran ini adalah selaras dengan semangat mewujudkan persekitaran hiburan yang positif dan menyokong.

” Kalau nak melawak untuk membahan orang pun kena ada caranya. Penggunaan bahasa itu penting dalam menjaga adab, tidak dengan mengutuk ‘direct'”- katanya kepada MURAI MY

Jaafar ditemui semasa Majlis Pelancaran dan Perkenalan duta jenama makanan AHAD oleh Nozoly Food Industry,  yang diadakan di Senawan, Negeri Sembilan baru-baru ini. Jenama AHAD ialah syarikat Ready To Eat terbaru yang memfokuskan kepada produk berkualiti tinggi dan halal. Mereka  juga fokus pada produk yang sesuai untuk sesiapa yang sering mengembara ke luar negara, mencari produk segar yang tiada MSG, boleh dimakan on the spot.

Menurut Jaafar, selepas 50 tahun dia tidak menjadi mana-mana duta produk makanan, kali ini dia menerima tawaran dari AHAD dengan hati terbuka.


“Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik dengan AHAD adalah ini merupakan produk orang Melayu. Di mana mereka mengeluarkan produk yang tidak perlu diragui lagi. Sedangkan kita sebelum ini sering terpedaya dengan produk-produk dari jenama asing yang meletakkan logo halal tetapi terdapat juga yang tidak halal”-ujarnya

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 14-2-2024 10:30 PM
Mmg pun. Pasal tu aku menyampah. Zizan, johan, jepp semua tu. Mengutuk org sedangkan rupa sendiri mcm sampah sarap.
Quote KamikuP 15-2-2024 09:06 AM
Tidak ketinggalan si soeb dan syuk gundu.. ekekeke
Quote vanillaninja 15-2-2024 09:17 AM
Khensss. Jep tu especially. Langsung tak sama dengan zaman Cili Padi
Quote Gugucat 15-2-2024 09:33 AM
Jangan lupa si haji nabil dgn si jihan
Quote jelita_millie 15-2-2024 09:55 AM
abg jakpar jugak forever kelakar... mari kita mencuci, mencuci dapur iniii.. sape tgk cili padi...ko akan rs dia effortless kelakorr
Quote ezacbee 15-2-2024 09:58 AM
annadonna replied at 14-2-2024 10:30 PM
Mmg pun. Pasal tu aku menyampah. Zizan, johan, jepp semua tu. Mengutuk org sedangkan rupa sendiri mc ...

Paling ingat si zizan n johan kutuk jah depan2 meletop.. fesyen pakai jubah arab ngan pouch bag pink..

Quote Blessed_Servant 15-2-2024 10:55 AM
Yesss smoga ramai yg trasa.Buat lwak modal mmbahan org je.Sikit2 ok lagi, ni makin melampau-lampau..ramai pulk pmuja tu.
Quote Safirania 15-2-2024 11:06 AM
Katanya dah minta maaf dgn yang kena bahan tu selepas show. Satu malaysia tengok ngko bahan orang tu. Cannot brain iols. Entah la mungkin iola hati tisu.
Quote anony-mous 15-2-2024 11:08 AM
Sama je. Lawak dlu pon kutuk jgk mcm shanie tu selalu je kena.
Quote Jajuli 15-2-2024 12:20 PM
Lawak pun kena ada seriusnya, ni pelawak tapi sendiri ketawa camna, terutama jep sepahtu tak faham aku,
Quote GegarVaganja 15-2-2024 12:33 PM
ezacbee replied at 15-2-2024 09:58 AM
Paling ingat si zizan n johan kutuk jah depan2 meletop.. fesyen pakai jubah arab ngan pouch bag pi ...

Walaupun Ganja tak suka lawak2 sebegitu,tapi Jah kena hanjeng tu puas hati.
Boleh tak gitu? Nampak benau selective



Quote ezacbee 15-2-2024 01:09 PM
GegarVaganja replied at 15-2-2024 12:33 PM
Walaupun Ganja tak suka lawak2 sebegitu,tapi Jah kena hanjeng tu puas hati.
Boleh tak gitu? Nampak ...

Tapi memang kena kann.. memang huduh pun pakai camtu.

Quote Dolmat 15-2-2024 01:17 PM
Edited by Dolmat at 15-2-2024 01:18 PM

Memang punnnnn pelawak2 sekarang ramai yg kurang ajar dan biadab bila melawak body shaming jgn cakap lahhh.. mana dgn terpekik2 terjerit2 bobal double meaning lagi!

Hanatssssss tol!

Quote Pumpkinhead 15-2-2024 02:07 PM
betul tu bang jaafar
Quote penjarasgbuloh 15-2-2024 02:32 PM
dulu ke sekarang ke sama je.....dulu pelawak suka jadi pompuan jadian sebagai modal.
Quote sudirmanistas 15-2-2024 03:27 PM
Teringat masa dia join Arena Panggang masa tu bila dia kene panggang kaw2 org bagi, tpi bila dia memanggang alahai sopan je, nampak mmg x reti membahan org sangat. Ye la lawak dlu scripted so sempat menjaga sensitivi tu, bila lawak spontan ni mmg gini la melawak apa yg ada depan mata.
Quote imanamsyar 15-2-2024 03:58 PM
"gebunya lidahh" barkoba...hahahahaaaaaaa
Quote Lulu_717 15-2-2024 04:07 PM
Dulu xbyk rancangan spontan jd boleh reka skrip yg selamat. Rasanya yg start spontan masa Senario tapi itu pun rakaman, still boleh edit. Skrg mcm Sepahtu tu lawak spontan & live, sebab tu dorang try hard nak bagi org gelak..
Quote GegarVaganja 15-2-2024 05:39 PM
ezacbee replied at 15-2-2024 01:09 PM
Tapi memang kena kann.. memang huduh pun pakai camtu.

Ganja tak kira. Nak jugak post sini.

[youtube]YaeYJiw1QiE?si=I2Fbb6H4sx3DQ1CT[/youtube]


Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055609 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top