CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gigit Anggota Polis Selepas Ditahan Tidak Pakai Topi Keledar

14-2-2024 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5191| Komen: 3

Description: NEW DELHI – Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menggigit jari anggota polis trafik di Bengaluru, India, selepas dia ditahan kerana melanggar undang-undang ja ...


NEW DELHI –  Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki menggigit jari anggota polis trafik di Bengaluru, India, selepas dia ditahan kerana melanggar undang-undang jalan raya.

Portal berita NDTV melaporkan, lelaki tersebut ditahan kerana menunggang skuter tanpa memakai topi keledar.

Semasa anggota polis berkenaan mengambil kunci skuternya, seorang lagi rakan setugas cuba merakam kejadian itu untuk merekodkan bukti pelanggaran peraturan lalu lintas.



Pada suatu ketika, lelaki tersebut menggigit jari anggota polis yang cuba untuk mengambil kuncinya.


Dalam rakaman video, lelaki itu menyatakan bahawa dia terlupa memakai topi keledar ketika menuju ke hospital dan tidak peduli sekiranya videonya menjadi tular.

Satu kes telah difailkan terhadap lelaki itu kerana mencederakan anggota polis yang bertugas secara fizikal, kata pihak berkuasa. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 14-2-2024 12:43 PM
Pelik2 sungguhla negara ini
Quote Skuau 14-2-2024 12:59 PM
Edited by Skuau at 14-2-2024 02:52 PM

"tada apa..sini India tada boleh..saiya nanti pigi Malaysia la...kawan sana kasi tau sana Malaysia apa pon boleh"-Tambi
Quote Pumpkinhead 15-2-2024 02:10 PM
India mmg gini la rakyat dia...macam2 perangai

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.203236 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top