CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Terkejut ‘Mayat’ Wanita 52 Tahun Buka Mata Sebelum Dibakar

14-2-2024 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6000| Komen: 12

Description: NEW DELHI – Seorang wanita dari negeri Odisha yang dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran, membuka matanya sejurus sebelum jasadnya dibakar, lapor laman berita Deccan Herald semal


NEW DELHI – Seorang wanita dari negeri Odisha yang dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran, membuka matanya sejurus sebelum jasadnya dibakar, lapor laman berita Deccan Herald semalam.

Wanita berusia 52 tahun itu dibawa ke sebuah tempat pembakaran mayat, sebelum ‘jasadnya’ bergerak dan mengejutkan ahli keluarganya.

Menurut ahli keluarganya, wanita tersebut mengalami lebih 50 peratus kecederaan melecur dalam insiden kebakaran di rumah pada 1 Februari lalu sebelum dibawa ke sebuah hospital.

Bagaimanapun, apabila pihak hospital merujuk wanita berkenaan ke kemudahan perubatan lain, suaminya membawanya pulang kerana kekurangan wang. 

“Pada Isnin lalu, ketika berada di rumah, dia tidak membuka matanya dan kelihatan tidak bernafas. 

“Kami fikirkan dia telah mati dan memaklumkan kepada orang lain di kawasan itu,” kata suami wanita tersebut, Sibaram Palo.


Tanpa berunding dengan doktor atau cuba mendapatkan sijil kematian, suami wanita tersebut membawa ‘jasadnya’ ke tempat pembakaran mayat berhampiran.

“Kayu api untuk pembakaran hampir siap apabila dia membuka matanya secara tiba-tiba. Kami pada mulanya terkejut.

“Namun, apabila kami mula memanggilnya, dia memberi tindak balas. Ia satu keajaiban,” kata jiran Sibaram, K Chiranjibi. – AGENSI

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 14-2-2024 12:40 PM
Nasib baik tak kena bakar lagi sekali
Quote tripleid 14-2-2024 01:08 PM
Edited by tripleid at 14-2-2024 01:09 PM

kalau naik lrt turun stesen Sentul, terang2 boleh nmpak hindu bakar mayat dlm kuil kat bwh track.seremm..
Quote epullipan 14-2-2024 01:49 PM
tripleid replied at 14-2-2024 01:08 PM
kalau naik lrt turun stesen Sentul, terang2 boleh nmpak hindu bakar mayat dlm kuil kat bwh track.ser ...

dia buat open punya pembakaran ke? mcm kat citer hindustan tu??
Quote tripleid 14-2-2024 02:52 PM
Edited by tripleid at 14-2-2024 03:20 PM
epullipan replied at 14-2-2024 01:49 PM
dia buat open punya pembakaran ke? mcm kat citer hindustan tu??


Ye mcm dlm cite nustan tu la bakar guna kayu..boleh tgk dari dalam lrt..x silap total ada 8 tapak utk bkr mayat..masa mula2 tgk iols mcm tak caye boleh bakar mayat open air kat area perumahan tgh2 kl ni..


Dah la bila nk smpai stesen last sentul timur tu tren slalu slow@bhenti...so nak tak nak tpaksa jgk tgk org dok bakar mayat kat bawah tu
Quote Pumpkinhead 14-2-2024 03:14 PM
waduh nasib belum kena bakooo
Quote epullipan 14-2-2024 03:28 PM
tripleid replied at 14-2-2024 02:52 PM
Ye mcm dlm cite nustan tu la bakar guna kayu..boleh tgk dari dalam lrt..x silap total ada 8 tapak  ...

td try tgk via google map..Sri Raja temple kan nama dia dekat stesen sentul timur tu,perasan ade building yang open kat sebelah tu..dia takde bau lain macam ke sis kalau tgh bakar tu
Quote Tinot7 14-2-2024 03:40 PM
Get well soon.. nasib baik sempat bangun sblm kena bakaq
Quote krustykrab 14-2-2024 03:48 PM
tripleid replied at 14-2-2024 02:52 PM
Ye mcm dlm cite nustan tu la bakar guna kayu..boleh tgk dari dalam lrt..x silap total ada 8 tapak  ...

Mesti bau mcm org tgh buat  bbq kan
Quote tripleid 14-2-2024 03:50 PM
epullipan replied at 14-2-2024 03:28 PM
td try tgk via google map..Sri Raja temple kan nama dia dekat stesen sentul timur tu,perasan ade b ...

Dgr cerita org yg dok apartment Melur kat sebelah kuil tu ckp  asap bakar mayat ni brbau 'manis'...

Penah jgk la tercium bila turun kat stesen (ekceli dlm tren pun dh boleh hidu)..kdg2 rasa bau mcm kemenyen camtuh
Quote tripleid 14-2-2024 03:52 PM
krustykrab replied at 14-2-2024 03:48 PM
Mesti bau mcm org tgh buat  bbq kan


Bau bbq daging rentung
Quote epullipan 14-2-2024 04:16 PM

still wonder camne dorang collect abu mayat tu..sebab mesti da bercampur dengan kayu..mcm krematorium tu maybe senang sket la nak collect abu tu..tp kat krematorium tu pon dorang bakar dengan keranda skali kan
Quote tripleid 14-2-2024 04:22 PM
epullipan replied at 14-2-2024 04:16 PM
still wonder camne dorang collect abu mayat tu..sebab mesti da bercampur dengan kayu..mcm kremator ...

Aah betull..dorg mmg sodok skali dgn abu kayu.dah bcampur2 dlm tu..lepas siap bakar sll nmpk ada tabur bunga2 kat tapak pmbakaran tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.100962 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top