CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Britain Mungkin Terima Pencen Usia 90 Tahun

10-2-2024 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31650| Komen: 63

Description: LONDON – Seorang pakar memberi amaran bahawa rakyat Britain tidak lama lagi dijangka hanya boleh menuntut wang pencen ketika berumur 90 tahun, lapor akhbar Daily Express semalam.


LONDON – Seorang pakar memberi amaran bahawa rakyat Britain tidak lama lagi dijangka hanya boleh menuntut wang pencen ketika berumur 90 tahun, lapor akhbar Daily Express semalam.

Pengarah syarikat Investment Consulting, Sam Roberts berkata, kerajaan Britain tidak lama lagi terpaksa mengubah dasar semasa pencen kerana ia menimbulkan tekanan terhadap Perbendaharaan negara.

“Syarat pencen ditetapkan kerajaan tidak mapan kerana tidak mengurangkan faedah secara jelas atau sudah mengurangkan faedah tetapi menyebabkan inflasi lebih tinggi akibat kenaikan pencen tahunan.

“Umur pencen secara teori boleh meningkat kepada 80 atau 90 tahun. Ketika diperkenalkan, kebanyakan pekerja dijangka tidak hidup cukup lama untuk menuntutnya.

“Bagaimanapun, usia pencen adalah keputusan politik jadi kenaikan secara besar adalah mustahil. Oleh itu, Bank of England nampaknya memilih mewujudkan lebih banyak inflasi,” kata Roberts.


Umur pencen di Britain dijangka meningkat kepada 67 tahun antara 2026 dan 2028 serta kepada 68 tahun antara 2044  hingga 2046. 

Roberts turut memberi amaran bahawa sejak sekian lama, kenaikan kos sara hidup telah mengatasi pertumbuhan dalam pencen.

Penasihat kewangan, Michael Dinich, memberi amaran bahawa kenaikan 8.5 peratus kepada pencen pada April lalu mungkin tidak menampung peningkatan kos yang dihadapi oleh pesara. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 10-2-2024 10:55 AM
Malaysia will follow suit..
Quote jejai 10-2-2024 01:11 PM
Dorang tak ada kwsp ke
Quote caprut 10-2-2024 07:34 PM
Siapa yg x sign penolakan kwsp baru kerja x sampai setahun sebelom pngumuman tiada skim kwsp tu jgn la inzal awal yakin dpt pencen
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2024 07:36 PM
saka atokcow ijau mumia fosil PRU'99tahun tersenyum sinis
Quote Tunakimchi 10-2-2024 07:37 PM
90? Dan mati dulu. Kesian
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2024 07:41 PM
jejai replied at 10-2-2024 01:11 PM
Dorang tak ada kwsp ke

Hanya ada 6 negara sahaja dalam dunia ini yang berani buat KWSP, semua negara yang lain bantah sebab melanggar hak asasi manusia,  masuk duit wajib, tapi nak keluarkan duit tersimpan tak boleh, kena tunggu 55 tahun baharu boleh keluarkan duit
Quote jejai 10-2-2024 09:14 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2024 07:41 PM
Hanya ada 6 negara sahaja dalam dunia ini yang berani buat KWSP, semua negara yang lain bantah seb ...

Tapi ada kebaikan jugak kalau difikirkan boleh keluar bila nak serupa tak simpan langsung.atleast acc 2 boleh kan kira ok la tu.cuma aku rasa kalau umur 50 lg baik kot
Quote Tinot7 10-2-2024 09:17 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2024 07:41 PM
Hanya ada 6 negara sahaja dalam dunia ini yang berani buat KWSP, semua negara yang lain bantah seb ...

Bkn ka akaun 2 bleh dikeluarkan dgn syarat2 tertentu?
Quote Bergosip 10-2-2024 09:56 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2024 07:41 PM
Hanya ada 6 negara sahaja dalam dunia ini yang berani buat KWSP, semua negara yang lain bantah seb ...

kwsp account 2 boleh dikeluarkan untuk tujuan bayar ptptn, deposit rumah, kos perubatan dan alat bantuan perubatan. bukanlah tak boleh keluar langsung

Quote batu kikir 10-2-2024 10:01 PM
Ada mangkuk local kata pencen tu dari potongan 17% gaji. Jadi tak de kena mengena dgn perbelanjaan negara. Kalau mcm tu kita tukar semuanya jadi EPF.
Quote Samerosie 10-2-2024 10:30 PM
Edited by Samerosie at 10-2-2024 10:32 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2024 07:41 PM
Hanya ada 6 negara sahaja dalam dunia ini yang berani buat KWSP, semua negara yang lain bantah seb ...


Ish apa pulak 6 je, kat europe to.mostly ada kwsp panggil nama lain je.  Uk punya national insurance, australia and nz punya depa panggil superannuation.  Semua ni tak boleh kuar hingga 60 tahun (last time i la) kalau kuar boleh tapi taxable. Itupun dgn syarta2 tertentu seperti meninggalkan negara tu.  Haritu kena berapa ntah tax tak ingat. Lagi satu bahagian employee contribution kecil je 2% kut.  Kat mesia acc 2 boleh kuar sebelum retiremwnt age tak kena tax pun.
Quote green~tea 10-2-2024 10:43 PM
batu kikir replied at 10-2-2024 10:01 PM
Ada mangkuk local kata pencen tu dari potongan 17% gaji. Jadi tak de kena mengena dgn perbelanjaan n ...

Semua orang boleh access kot belanjawan negara page tu.. boleh tengok berapa belanja bayar pencen politician, berapa belanja pencen penjawat awam... mmg pakai budget negara pun
Quote krustykrab 10-2-2024 11:01 PM
batu kikir replied at 10-2-2024 10:01 PM
Ada mangkuk local kata pencen tu dari potongan 17% gaji. Jadi tak de kena mengena dgn perbelanjaan n ...

Kt tiktok pùn ada yg komen mcm ni..katanya pencen itu tolak dari gaji mrk.
Quote caprut 10-2-2024 11:04 PM
krustykrab replied at 10-2-2024 11:01 PM
Kt tiktok pùn ada yg komen mcm ni..katanya pencen itu tolak dari gaji mrk.

Xde nye kena tolak. Kdg2 penjawat awam dan rakyat malaysia mmg bodoh
Quote krustykrab 10-2-2024 11:40 PM
caprut replied at 10-2-2024 11:04 PM
Xde nye kena tolak. Kdg2 penjawat awam dan rakyat malaysia mmg bodoh

Samaada dia bodoh ataupun dia nk perbodohkn org² kt tijtok.
Quote caprut 11-2-2024 12:48 AM
krustykrab replied at 10-2-2024 11:40 PM
Samaada dia bodoh ataupun dia nk perbodohkn org² kt tijtok.

Ramai in denial mode especially org pantai timur yg anak beranak keeja gomen. Pasni susah sikit  la nk claim duduk kelantan pon kaya
Quote Tinot7 11-2-2024 08:15 AM
krustykrab replied at 10-2-2024 11:40 PM
Samaada dia bodoh ataupun dia nk perbodohkn org² kt tijtok.

Dicarumkan ke dalam kwap

https://www.kwap.gov.my/contribution/soalan-lazim-tentang-caruman/

1. Bilakah majikan perlu mula mencarum kepada KWAP?
a.         Pekerja tetap dan berpencen        Mulai dari tarikh kuatkuasa pemberian taraf berpencen (PTB).
b.        Pegawai Pinjaman        Mulai dari tarikh peminjaman pegawai.
c.        Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa  Tempatan yang baru di tubuhkan        Mulai dari tarikh penubuhan  BB/PBT yang mempunyai pekerja berstatus tetap dan berpencen.

2. Berapakah kadar caruman kepada KWAP?
a. Caruman Bulanan Pekerja Berstatus Tetap dan Berpencen
17.5% daripada gaji hakiki bulanan pekerja. (Rujuk Seksyen 8(1) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239) )

Contoh :
Gaji Hakiki RM1,867.03
Bantuan Sara Hidup (COLA) RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam        RM160.00

Jumlah        :        RM2,627.03
Caruman bulanan        :        RM1,867.03 x 17.5%
                        RM  326.73
Nota: Gaji Hakiki adalah gaji bulanan tidak termasuk elaun.
Quote Tinot7 11-2-2024 08:17 AM
Dgq habaq sbb najib bawak duit kwap kluaq utk investment yg rugi, now dah takde kenaikan 2% utk pesara, kecuali hat sesetengah org terpilih.. giteww..

Politicians pun dikira pesara kerajaan yach walopon berkhidmat selama satu penggal.. satu penggal 5 tahun, kan?

Giteww iols curah minyak ke api..
Quote AbukRokok 11-2-2024 08:46 AM
nw111 replied at 10-2-2024 10:55 AM
Malaysia will follow suit..

nti dia bagi option
1. pilih kwsp
2. kekal pencen pengeluaran bila usia 90 tahun


Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.100714 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top