CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Kisahlah Orang Nak Komen Apa, Dia Memang Lawa" - Kecantikan Marissa Jadi Tumpuan

9-2-2024 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30465| Komen: 247

Description: Itu antara komen netizen mengenai kecantikan dan penampilan anak kedua kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim ketika membuat penampilan sebagai model sebuah j ...


"Tak kisahlah orang nak komen apa, dia memang lawa."

Itu antara komen netizen mengenai kecantikan dan penampilan anak kedua kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim ketika membuat penampilan sebagai model sebuah jenama fesyen tempatan untuk koleksi Aidilfitri, baru-baru ini.

Malah kemunculan Marissa, 19, pada acara itu menjadi tumpuan tetamu yang hadir hingga menjadi bualan netizen di semua platform media sosial.

Kebanyakan pengikut mengatakan kecantikan semula jadi yang dimiliki pempengaruh itu diwarisi daripada ibunya ketika di awal kemunculan sebagai penyanyi dalam kumpulan Elite.

Bagaimanapun, segelintir netizen menyindir komen yang memuji Marissa seolah-olah merestui perbuatannya yang didakwa menjadi perosak rumah tangga.

"Untung jadi orang cantik. Buat apa pun orang terima je, " tulis seorang netizen.


"Kau cantik, kau lepas. This real Malaysia guys (Inilah realiti orang Malaysia)," kongsi seorang lagi warganet.

Dalam pada itu, selepas tular mengenai berita perkahwinannya bersama Aslam, Marissa mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagram.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan anak kepada pasangan selebriti itu sudah mendirikan rumah tangga secara senyap dengan suaminya, Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.


Pendedahan yang dibuat turut disahkan Nadiah Mazlan, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan, hari ini.

Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh edah.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 9-2-2024 11:59 AM
X lawa mana pun..takdelah take my breath away....hrpkan putih je dan muda...tgklah 5 thn akan dtg camna ..beauty comes with inner beauty which she is lacking
Quote sayang 9-2-2024 12:00 PM
Bg aku dia mmg lawa. Aku follow dia kt ig sbb dia lawa. Tu je
Quote katakauu 9-2-2024 12:00 PM
baru lepas tgk ig akak ipau aslen
confirm
huhu
Quote MissVixen 9-2-2024 12:01 PM
Jangan risau. Badan kurus, muka cantik.. jadi janda pun beratur laki nak. Tengok je la retis2 lain tu
Quote justchu 9-2-2024 12:01 PM
lawa ni sekejap je dik
esok tua ditelan usia

toksah nk bangga
Quote prince_marhaen 9-2-2024 12:07 PM
meols meramalkan markisa ni akan kawin-janda-kawin-janda-kawin-janda sesambil menjual mekap timbang kilo.... takpun tudung...
Quote kaoru44 9-2-2024 12:08 PM
untung la jd lawa
Quote LadyCarefree 9-2-2024 12:12 PM
Meresah bijik ni bukan saja beauty privilege tapi dia juga totop ghambot jadinya akan ada yg ok walau dia menyondol. Meleis kan asal elok sikit pastu putih je on. Asal totop ghambot je cantik, baik, sopan.
Quote Lavender_Violet 9-2-2024 12:16 PM
Sheols memang cantik untuk ppuan seusianya
Quote missHaidiD 9-2-2024 12:21 PM
Lawa biasa2 je. Takde la lawa yg terkesima
Quote missHaidiD 9-2-2024 12:23 PM
Bdk2 kt as sofa tu ambik spm tak. Sapa tau tlg jwb.
Quote missHaidiD 9-2-2024 12:24 PM
LadyCarefree replied at 9-2-2024 12:12 PM
Meresah bijik ni bukan saja beauty privilege tapi dia juga totop ghambot jadinya akan ada yg ok wala ...

Setujuk kaka. Org melayu mmg gitew. Asal putih pakai tudung beratur masuk syurga dah walau prangai  hauk
Quote Tunakimchi 9-2-2024 12:24 PM
Lawa tapi penyondol buat apa.
Quote epal_putih 9-2-2024 12:25 PM
wajah melayu yg herlok la
kira anak paling lawa la dalam famili
yebby meby target wedding of the year
jadi ginii sudahnya
Quote lasagna 9-2-2024 12:26 PM
lawa tapi bodoh, tu bimbo lah banggang! netizen tu punnnnn!
Quote Alvida 9-2-2024 12:27 PM
lawa tp sygnya jd anak derhaka dan terpaling sundal
Quote tulip-rain 9-2-2024 12:34 PM
Orang2 lawa, handsome ade je kat luar sana.
Yg penting perangai, adab dan akhlak.
Luaran ni tak kekal lama.

Dia ni antara anak2 retis yg banyak jd tumpuan.
Thread kat forum pun banyak jugak. Selain dia ni, leona dan ira kaza pun sama. Kecoh psl diorang kalahkan mak bapak masing2.
Quote Missjass 9-2-2024 12:34 PM
LadyCarefree replied at 9-2-2024 12:12 PM
Meresah bijik ni bukan saja beauty privilege tapi dia juga totop ghambot jadinya akan ada yg ok wala ...

Birah pun dah tutup rambut jgk tapi sebab tak lawa sampai sekarang masih dikecam, Tirah hafiz roshdi tu pun sama jgk tutup rambut still sampai harini netizen ingat.. Marissa ni kan haritu dah senyap psl check in tu pastu mak dia cari tu baru kecoh balik klau tak orang mmg lupa kisah dia gitu je
Quote Missjass 9-2-2024 12:35 PM
missHaidiD replied at 9-2-2024 12:23 PM
Bdk2 kt as sofa tu ambik spm tak. Sapa tau tlg jwb.

Rasa ambik je sbb situ silibus sek biasa je

Lihat semua komen(247)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.082690 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top