CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Fikir Adalah Penting Untuk Sentiasa Mencabar Diri Sendiri" - Lelaki Tamatkan Ijazah Sarjana Pada Usia 95 Tahun

7-2-2024 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8242| Komen: 11

Description: London: Usia hampir seabad bukan halangan untuk Dr David Marjot memecahkan rekod universiti sebagai graduan tertua yang menamatkan pengajian di Universiti Kingston, United Kingdom (UK), baru-baru ini.


London: Usia hampir seabad bukan halangan untuk Dr David Marjot memecahkan rekod universiti sebagai graduan tertua yang menamatkan pengajian di Universiti Kingston, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Kejayaan Dr Marjot, 95, memadam rekod universiti itu yang dicipta oleh graduan berumur 93 tahun, pada 1994.

Ketika naik ke pentas, Dr Marjot menerima tepukan gemuruh daripada rakan dan tetamu majlis graduasi itu.

Dr Marjot, yang menerima Ijazah Sarjana Falsafah Eropah Moden berkata, kejayaan dikecapi itu adalah hasil kerja kerasnya.

"Ingatan saya tidak seperti dahulu tetapi saya berasa bertuah kerana mempunyai guru bertaraf dunia dan ia adalah pengalaman yang sangat positif.

"Saya fikir adalah penting untuk sentiasa mencabar diri sendiri walaupun semakin meningkat usia," katanya seperti dilaporkan portal Mirror.

Dr Marjot menyambung pengajian bagi memastikan dirinya sibuk dan tidak terlalu mengingati kematian isterinya selepas 65 tahun mereka berkahwin.


Beliau kini mempertimbangkan untuk mendaftar untuk ijazah doktor falsafah secara sambilan, yang mungkin dapat ditamatkan pada usia 102 tahun.

"Saya tahu masa terhad, jadi apabila saya melihat iklan untuk kursus saya memutuskan untuk memohon.

"Kakitangan dan pelajar sangat membantu saya. Ia adalah satu kursus yang menarik... jadi satu penghormatan untuk mendapatkan ijazah dan menjadi sebahagian daripada universiti yang hebat," katanya yang bergelar doktor pada 1952.

Majlis graduasi itu turut dihadiri anak lelaki dan menantunya.

Menurut rekod, Dr Marjot bukanlah graduan tertua di UK, kerana rekod itu dipegang oleh Archie White yang berusia 96 tahun ketika menamatkan pengajian di Universiti Brighton pada 2021.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 7-2-2024 05:04 PM
Tahniah atok. Kagum noh guwe tengok orang tua dah lanjut umur ini belajar and cintakan ilmu akademik.
Quote I.K.A888990 7-2-2024 05:18 PM
yeah syabas syabas
Quote dua_chzy 7-2-2024 05:20 PM
Aiols nak semangat atok ni.
Quote sayurmayur88 8-2-2024 01:49 PM
antara impian iolls adalah grade dengan topi bulat, dan jubah 3 jalur...insyaaAllah...
Quote Ahriman 8-2-2024 05:03 PM
Wow.Otai masih berbisa.
Quote nono86 9-2-2024 02:22 AM
Saya pun nak cabar diri belajar banyak2.. tapi pitis takde
Quote FOTHER-MUCKER 9-2-2024 04:28 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-2-2024 12:29 PM

Seorang Dr juga (med Dr) yang saya kenal baru berusia 82/83 meninggal awal December 2023. Tak pernah merokok dan selalu pergi gym. Tengah sihat sihat menunggal.
Quote midori888 9-2-2024 05:24 AM
FOTHER-MUCKER replied at 9-2-2024 04:28 AM
Seorang Dr juga (med Dr) yang saya kenal baru berusia 82/83 meninggal awal December 2023. Tak pernah ...

mati itu kan pasti....sihat ke sakit ke, kita semua mesti akan mati jugak....
Quote Tinot7 9-2-2024 06:31 AM
Tahniah atuk..
Quote green~tea 9-2-2024 06:42 AM
Steady je lg dia...

Btw last week nenek mty hubby meninggal at 99 y.o. lg beberapa hari nak besday dia...
Quote Tunakimchi 9-2-2024 10:06 PM
Wow hebatnye otak dia dapat belajar lagi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058477 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top