CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Majlis Graduasi Di Hotel , Fizz Fairuz Minta Ibu Bapa Jangan Berkira, “Setahun Sekali Buat, Bukan Hari-Hari Keluar RM150-RM250 Tu"

5-2-2024 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16262| Komen: 129

Description: PELAKON Datuk Fizz Fairuz berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya bersikap berkira mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel.



PELAKON Datuk Fizz Fairuz berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya bersikap berkira mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, berkata, majlis yang dianjurkan pihak sekolah juga hanya setahun sekali dan ia sepatutnya tidak menjadi beban kepada ibu bapa.

Penyampai radio Suria FM itu berkata, dia tidak bersetuju sekiranya ada ibu bapa yang menganggap majlis graduasi anak sebagai satu komitmen besar.

“Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.

Malah kata Fizz lagi, isu berkenaan tidak sepatutnya timbul memandangkan perbincangan telah pun dilakukan bersama pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sebelum majlis dilaksanakan.


“Untuk anak-anak bagi sahajalah, dorang buat sebab PIBG sudah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dorang tak buat.

“Setahun sekali buat, bukan hari-hari keluar (RM)150-(RM)250 tu, beli beg dan kasut mahal mahal boleh. Takkan untuk anak nak berkira. Pendapat sayalah,” tulisnya.

Terdahulu, tular sebelum ini apabila pelakon Adrea Abdullah mempertikaikan trend majlis graduasi sekolah di hotel.


Menurut Adrea, tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran graduasi anak mereka.

Selain itu, trend berkenaan juga dilihat seolah-olah mahu membuatkan ibu bapa bermegah-megah di media sosial.

Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 5-2-2024 10:12 AM
nok, org kalau xde duit tu mmg xde duit ler
bos aku ni skola anak dia kena bayar rm190
majlis tu pulak cikgu buat poll tny parent, ada parent yg setuju dan tidak tp event drg ni utk student dgn cikgu je pun xde parent yer
rasanya benda ni xde masalah pun kalau bukan minta duit last minute..cthnya parent da dimaklumkan awal buka sekola dan bole bayar installment ke
atau pibg pandai2 la cari sponsor kalau nak buat gah

kalau x, buat biasa2 je xperlu sampai nak berlawan2..da mcm pertandingan pula yer..huhu
da mcm tak exclusive pula event ni sikit3 graduasi
sampai uni nnt xheran nak grad pun agaknya haha
Quote pearl.silver 5-2-2024 10:18 AM
Ckp mcm otak kosong?
Quote Miawlover 5-2-2024 10:22 AM
Rm150 bg dia kecik tp bg mungkin bg org lain besar, boleh mkn ank beranak utk 1 minggu
Quote Manusiabesa 5-2-2024 10:23 AM
Hg byk duit xpa la. Onglen duit cukup2 mkn. Tp berkat. So nk berjimat selagi boleh. Guna pd benda manfaat. Itu lebih baik dri duit byk sumber haram.
Quote tuntasha 5-2-2024 10:24 AM
buat je lah kat dewan the  panggil caterer and event planner hias dewan ikut budget semua tu. no need hotel hall venue. seluruh dunia sedang gawat kan.
Quote Kurex 5-2-2024 10:33 AM
Ntah kenapa djanda lin tergerak hati nak ambik piz peros taste wanita tembun jadi dj
Quote oklatu85 5-2-2024 10:33 AM
Ngada2 nak graduation Beria dkt hotel.. Baru budak kot..panjang Lagi perjalanan Tue.. buat je macam bebudak dulu... Buat je majlis akhir tahun bagi sijil bagi Bunga.. Sudah.. jimat pun jimat..  nak berabis..tgu graduation degree nanti..Baru best
Quote c===8 5-2-2024 10:34 AM
mentang2 la dah dpt keja jadi dj
Quote nad014 5-2-2024 10:36 AM
kebanyakan  sekolah yg boleh bayar 3 kali , dan bukan mintak last minute
Quote laksmanabentan 5-2-2024 10:51 AM
ehhh... graduasi sekolah jer kot... tak payah ler nak buat kat hotel sangat....
ko berduit boleh laaa bayar 1,000 pun ko mampu kann...

mak ayah kat kampung tu ko ingat dia org kerja mcm ko ker???
dia nak kerja kampung la weeyyy...
acik2 gomen tu pun yang gred rendah tu ko ingat berduit sgt ker???
dia org banyak benda la nak bayar segala...

Quote KakZianaZain 5-2-2024 10:56 AM
Walau sekaya mana pon aku, aku tetap tak setuju.
Quote JunkMail 5-2-2024 10:58 AM
Tamat sekolah tak payah graduasi sangat lah. Buat majlis akhir tahun je sudah. Amik sijil pastu move on. Mengada betul nak graduasi bagai.. graduasi dari apa?? UPSR pun takde.  Puihh
Quote ReginaGeorge 5-2-2024 11:00 AM
Statement paling BODOH dari seorang yg BODOH. Tak pikir ke keluarga bini dia yg miskin di pedalaman sabah tu?
Quote xtinkerbellx 5-2-2024 11:11 AM
Ingat semua orang ade duit ke. Baik dieorg beli barang dapur utk seminggu
Quote krustykrab 5-2-2024 11:11 AM
JunkMail replied at 5-2-2024 10:58 AM
Tamat sekolah tak payah graduasi sangat lah. Buat majlis akhir tahun je sudah. Amik sijil pastu move ...

Kan.aku pun setuju.masa aku kecik dulu pun takde pun majlis graduasi sampai la abis kolej & u. Baru ada.
Perabis duit je bukan benda penting pun. Kesian kat yg tak mampu. Kaya raya jutawan mcm pizperoz ni pi la sponsor diorg.

Quote seri_mawr 5-2-2024 11:12 AM
Rm150-250 nilainya kecik tuk org berduit...

rm150-250 nilainya besar tuk orang yang kais pagi mkn pagi...

kita not on other people shoes....so x yah sembang kencang masing2..
mungkin klu pihak sekolah pulun nak jugak buat kat hotel..
adakan skim installment la...rm5-10 sebulan...(tp ni pun kadang2 ada family yang susah)
x pun PIBG pi la cari mana2 sponsor.....mcm kawan iouls dia mengajar sekolah luar bandar...kadang2 klu ada satu2 event besar nak di buat..dia blast dlm group wasap uni..mintak sponsor...kejap je dia dapat cukupkan bajet yang x cukup tu....
Quote cikatilia 5-2-2024 11:16 AM
susah kalau sejenis kaya bebal ni payah
dia terus mcm buta ingat semua org lain level2 dia

ratus2 tu boleh spend gitu2 aje...

just bcos dia makan mewah / dok melantak seafood penuh meja dgn bini berkilat dia... dia xpikir yg catu2 telor nak makan 4 5 beranak.
kalau 250 tu kenyang 1 family.
Quote cik_ingeniare 5-2-2024 11:17 AM
meols tetap tak setuju ye.. memang nampak kecik nilai rm150 tu tapi tidak bagi family yg tak mampu so kita ni bila bagi pendapa or bercakap kena tengok sekeliling.. kalau hari ni kita rasa nilai tu kita mampu bayar, mungkin di masa depan kita rasa sayang sangat nak pakai sebab duit tu boleh digunakan untuk benda yang lebih urgent (** meols cakap dari pengalaman ye)
Quote sudirmanistas 5-2-2024 11:20 AM
Dia ni x tau ke ada parent yg duit PIBG pun ada yg x mampu nak bayar. Alhamdulillah kalau ada bantuan, tpi maksudnya mmg ada yg x mampu. Ni kalau di galakkan setiap murid, mmg akan menyusahkan untung sesetengah parent, n lagi menyusahkan sudah la x mampu, anak pulak nnti merempan pasal nak jugak pegi.

Fizz Fairuz ni bukan ke baru ni pun amek job DJ pasal dia ckp dah kurang berlakon sbb org ingt dia mahal. Maksudnya dia pun pernah ada rasa susah la kurang duit. Harap fikir semula.

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.081796 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top