CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Selamat Hari Jadi Pada Wanita Terhebat Ini.” - ‘Bersemut’ Ucapan Hari Lahir Suami Buat Zahirah Macwilson

2-2-2024 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22648| Komen: 58

Description: “Selamat hari jadi pada wanita terhebat ini.”


“Selamat hari jadi pada wanita terhebat ini.”

Itu antara ucapan manis daripada pelakon, Aiman Hakim Ridza bersempena ulang tahun kelahiran ke-29 isteri tercinta, Zahirah Macwilson hari ini.

Dalam ucapan sama, Aiman, 35, mengakui jadual mereka berdua sangat padat sehingga perlu bekerja bahkan, pada hari ulang tahun kelahiran.

“Beberapa bulan ini memang sangat padat dan sibuk termasuk penggambaran, ubah suai rumah dan mengendalikan projek saya seterusnya.

“Otak saya terlalu sibuk dengan jutaan perkara sehingga boleh terlupa dan tersilap jalan untuk pulang ke rumah.


“Mungkin ini bukan sambutan terhebat untuk hari lahir yang normal tetapi satu perkara yang pasti ialah kami ada untuk antara satu sama lain dan akan menjadi topik perbualan sehingga tua,” katanya dalam Instagram hari ini.

Sama seperti suami lain, Aiman yang popular menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu turut mendoakan agar isterinya sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

“Apapun, saya ucapkan selamat hari jadi ke-29 buat wanita terhebat ini.

“Saya sayang awak dan terima kasih kerana menjadi diri awak yang sebenar. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati,” katanya lagi.


Zahirah dalam ruangan komen pula sempat ‘pecah rahsia’ bahawa Aiman meminta menyemak penggunaan tatabahasa bahasa Inggeris untuk ucapan tersebut.

“Kemudian beri telefon bimbit dan minta saya periksa tatabahasa.

“Sayang awak dan semoga berlaku perkara yang hebat sahaja sepanjang kita bersama,” ujarnya.

Sejak awal Januari lalu, pasangan tersebut kerap menjadi perhatian ramai selepas pelakon, Fatiya Latiff menggelar Zahirah sebagai bibik dan turut menuduh Aiman masih mencintainya.

Meskipun begitu, kedua-duanya terus mengunci mulut dan tidak membalas semua dakwaan yang dilemparkan oleh Fatiya sehingga hari ini.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees kini berumur tiga tahun dan pada bulan lalu, Zahirah turut mengumumkan sedang hamil anak keduanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawaku_terbang 2-2-2024 03:41 PM
comel lah ijack
Quote vanillaninja 2-2-2024 03:42 PM
Fatiya takde bagi serangan balas ke?
Quote telracs 2-2-2024 03:58 PM
Ini adalah jawapan terindah kepada serangan FL terhadap mereka.
Quote alieyrina 2-2-2024 04:20 PM
Sat lagi ada org trigger
Quote anony-mous 2-2-2024 04:29 PM
Xberapa minat couple ni sbb bg i zahirah ni biasa2 sgt rupa. X suit dgn eman, tp tekya berjaya mengupgradekan couple ni di mata i
Quote emera 2-2-2024 04:45 PM
Yg kat sana tgh tarik2 rambut ke?
Quote dewi_rina 2-2-2024 04:46 PM
makin panas membe dgn bibik ni, tak terkesan langsung dia
Quote cikatilia 2-2-2024 04:50 PM
bahahahahhaaha
confirm merempan2 dlm bilik sunyi dia kat park royal tuh
Quote jihyomelly 2-2-2024 04:59 PM

Quote prince_marhaen 2-2-2024 05:42 PM
tekya tengah syok layan ting tong tu sambil kutuk mak sendiri kat IG... ahaahaha
Quote sharlenetexas 2-2-2024 05:49 PM
Kakya pulak yg rasa kebas semut2.


Quote missHaidiD 2-2-2024 06:19 PM
prince_marhaen replied at 2-2-2024 05:42 PM
tekya tengah syok layan ting tong tu sambil kutuk mak sendiri kat IG... ahaahaha

Mesti mak dia call dia tak angkt pastu mak dia bebel2 kt wasap terus dia.up kt ig mak dia kiss menantu lelaki


Quote delia3003 2-2-2024 06:38 PM
Ada yang trigger nanti tu. Comel je Isaac. Birthdays diorang 1 family ni dekat2 je. Jan-Feb. Wedding anniversary pun Feb.
Quote dua_chzy 2-2-2024 06:41 PM
Dieeee insiiideeee Patiyaaaaaaaa
Quote Mimo.mimo 2-2-2024 07:14 PM
delia3003 replied at 2-2-2024 06:38 PM
Ada yang trigger nanti tu. Comel je Isaac. Birthdays diorang 1 family ni dekat2 je. Jan-Feb. Wedding ...

Jimat celebrate sekali kaka
Quote Pak.dolla 2-2-2024 07:18 PM
.
.
retis yg berwajah seiras...

zahira - deja mos
norkhairiah - fauziah nawi
kudsia kaha - anna jobling
bell - shaharudin tamby
datin alya - ira kaza
bini jah - mr bean + hasbullah
Quote cm_vungtau 2-2-2024 07:19 PM
Dah check grammar pun masih banyak salah?
Quote tapirbiru 2-2-2024 07:30 PM
tak minat couple ni.. terpaling sgt.. mcm depa ja ada laki bini.. ????
Quote aliceinwonder 2-2-2024 07:37 PM
Awwww sweet sgt la suka tgk husband yg menghargai isteri

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074921 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top