Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak mahu satu-satunya anak tunggal hasil perkahwinan dengan bekas suami, Engku Emran iaitu Engku Elisya menerima kurang kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak. Ketika ditemui OhBulan!, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek berkata dia tidak mahu anaknya itu merasai nasib sama sepertinya yang tidak menerima belaian daripada seorang bapa. "Saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak dapat kasih sayang bapa sebab itu saya nekad mahu anak saya (Elisya) dapat kasih sayang kedua-duanya sekali. "Saya sebagai ibu tidak mahu menggangu proses pembesarannya. Dia berhak untuk hidup bahagia".
Erra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Nasi Lemak Kopi O yang diadakan di Bangsar Shopping Centre, pada Rabu. Melanjutkan bicara, aktres berusia 50 tahun itu turut mengulas mengenai isu perebutan anak yang berlaku dalam kalangan selebriti. Menurutnya, salah seorang antara ibu atau bapa hendaklah mengalah dan menurunkan ego agar tidak memberi kesan yang buruk terhadap anak mereka. "Ibu bapa perlu rendahkan ego masing-masing dan beri keutamaan kepada kebahagiaan anak selepas bercerai. "Bila bercerai keadaan memang tegang bila babitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan yang bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi dan kena fikir lebih soal anak. "Salah seorang juga kena mengalah dalam hal yang membabitkan soal penjagaan anak ini supaya tidak beri tekanan kepada mereka". Tambah pelantun lagu Pasrah itu, orang luar juga tidak perlu mengetahui isu pergaduhan sesebuah rumah tangga di media sosial. "Susah dan senang kita tak perlu tunjuk pada orang. Ini kerana media sosial akan menggambarkan siapa diri kita yang sebenarnya kepada orang luar. Contohnya, kebahagiaan dan kesakitan kita tak perlu pun satu dunia tahu".
Sumber : OhBulan |
Belibis replied at 1-2-2024 08:31 PM
Kenapa suami terkini tiada dalam artikel??
Tunakimchi replied at 1-2-2024 08:49 PM
Siapakah itu?
Belibis replied at 1-2-2024 08:54 PM
Kan dah bertebaran gossip kawin dengan pejal ajumu..ke pitenoh jugak?
Belibis replied at 1-2-2024 08:54 PM
Kan dah bertebaran gossip kawin dengan pejal ajumu..ke pitenoh jugak?
aliceinwonder replied at 1-2-2024 07:58 PM
Suka la tgk cara erra besarkan anak dia Aleesya ni nampak sopan santun beradab org nya.. nmpk mcm bu ...
she replied at 1-2-2024 10:48 PM
Tapi kan
Anaknya bukan duduk dengan Erra
Hak penjagaan penuh kat EE
ADVERTISEMENT