CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saiz Memang Besar Tapi So Lemah’ – TikToker Korea Akui Durian Malaysia Lebih Sedap Daripada Thailand

1-2-2024 07:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24690| Komen: 18

Description: Baru-baru ini seorang TikToker Korea yang menetap di Malaysia, Tara Choi mengakui dakwaan durian Thailand tidak sesedap durian Malaysia.

Baru-baru ini seorang TikToker Korea yang menetap di Malaysia, Tara Choi mengakui dakwaan durian Thailand tidak sesedap durian Malaysia.

Menerusi perkongsian video TikTok @tara_choi_, dia telah membeli dua ulas durian Monthong untuk mencuba rasa sendiri semasa berada di Thailand.

Tara mula berasa sesuatu tidak kena apabila melihat cara peniaga membelah buah durian itu, tidak sama seperti dilihatnya di Malaysia.

“Nampak lebih lemah, lebih kering?” itu reaksi awal semasa Tara memegang isi durian Thailand itu di dalam bilik hotel.

Selepas mengigit buat kali pertama, sekali lagi dia menyatakan isi durian Monthong ‘sangat lemah’ kerana warna, bau dan rasanya kurang menarik berbanding durian-durian yang ada di Malaysia.


Tara akui kini dia sudah faham kenapa orang menyatakan durian dari negara itu tidak sedap.

Menerusi komen-komen dikongsi pengguna TikTok, antara sebab isi durian Thailand jadi sebegitu kerana buahnya dipetik, bukanlah tunggu gugur seperti kebiasaan dibuat di Malaysia.


Tambah warganet lagi, durian Monthong memang perlu dipetik dan kerana buah tersebut akan rosak sekiranya gugur jatuh ke tanah.

Difahamkan kulitnya durian menjadi lembik, manakala isinya pula hancur seperti buah durian lama.

Dalam pada itu, Tara turut bersetuju dengan komen netizen mengenai kesedapan buah mangga Thailand.

“Betul, buah mangga dan beberapa buah yang lain sangat sedap di sini (Thailand),” kata Tara.

SUMBER : TikTok @tara_choi_ | The Vocket


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-2-2024 07:29 PM
Kat Thailand boleh bawak masuk durian ke hotel ke
Quote aliceinwonder 1-2-2024 07:51 PM
Yesssa setuju! Pernah try jgk konon durian premium kt thailand. Lemak gila tp x sedap mcm ade something yg x cukup rasa. Dah la mahal gial
Quote Tunakimchi 1-2-2024 08:50 PM
Betul durian malaysia lagi sedap.
Quote Sesuatu… 1-2-2024 09:56 PM
Perawankota: Kat Thailand boleh bawak masuk ...


Depa kata buleh pasai degheyan depa bau xkuat. Ade terbaca komen org pasal tu
Quote pearl.silver 1-2-2024 10:35 PM
Perawankota replied at 1-2-2024 07:29 PM
Kat Thailand boleh bawak masuk durian ke hotel ke

Tara tu kata ramai org lain pun bw masuk doyan ke hotel tu
So mmg boleh la agknya
Quote anony-mous 1-2-2024 10:56 PM
Diam2 udah la. Org malaysia dah lama tau tp xnk bising sbb xmau naik harga
Quote JahLupa 1-2-2024 11:13 PM
Rasa dia mcm x sampai. Camne nak kabo ek
Quote Jitu 1-2-2024 11:29 PM
kenapa tajuk tu mcm double meaning je
Quote insulin 1-2-2024 11:39 PM
Jitu replied at 1-2-2024 11:29 PM
kenapa tajuk tu mcm double meaning je

Ko sorang je yang fikir gitu. Fikiran kotor eh.
Quote Decaffeinated 1-2-2024 11:46 PM
Cara mudah nak suruh netizen bodoh bergaduh. Lagakan pasal makanan lepas tu view meroket.

Quote Jitu 1-2-2024 11:49 PM
insulin replied at 1-2-2024 11:39 PM
Ko sorang je yang fikir gitu. Fikiran kotor eh.

ye ke adoi malu koi
Quote azimie 2-2-2024 01:22 AM
durian thai nie kat msia pggil durian mengkal..

Quote B40tastePosh 2-2-2024 05:53 AM
anony-mous replied at 1-2-2024 10:56 PM
Diam2 udah la. Org malaysia dah lama tau tp xnk bising sbb xmau naik harga

Patutlah ramai pergi Hatyai
Quote noor2 2-2-2024 07:20 AM
Lemah??..rasa durian lemah???...apa maksud lemah untuk ayat rasa makanan??..rasa durian ini sgt lemah?...apa punya ayat
Quote JunkMail 2-2-2024 08:01 AM
Pasal durian pun gaduh. Mohon jgn jadi Indon dok terpaling sedap seantero nusantara
Quote A-Are 2-2-2024 08:38 AM
nased i olls xmakan durian..jimat sikit sbb mahal bebenor harganya...
Quote kelana36 2-2-2024 08:58 AM
Macam mangga harum manis, kalau tanam kat tempat lain selain perlis, rasa dah kurenggg..

btw china memang banyak import durian malaysia, tak import sangat dari thai. Sekarang china dah mula beli/sewa tanah tanah kat malaysia untuk buat kebun durian besar besaran. Sebab tu sekarang ni banyak jumpa harimau berkeliaran kat tepi tepi kampung..
Quote LostStar 2-2-2024 05:54 PM
makan derian thai rasa mcm makan derian x masak.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056551 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top