CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tidak Menipu. Awak Sungguh ‘Authentic’ (Tulen)” - Tayang Wajah Tanpa Solekan, Liyana Jasmay Dipuji Cantik

31-1-2024 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17922| Komen: 134

Description: SIKAP selamba pelakon Liyana Jasmay, 36, mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus selebriti ketika menikmati burger semasa bercuti di sebuah hotel meraih pujian netizen.


SIKAP selamba pelakon Liyana Jasmay, 36, mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus selebriti ketika menikmati burger semasa bercuti di sebuah hotel meraih pujian netizen.

Menerusi video yang dikongsi itu, Liyana yang dipuji cantik oleh pengikut setianya turut memaklumkan dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.

Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.

Video yang dimuat naik pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji  sikapnya yang tampak yakin dan bersahaja.

Bahkan, Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.

“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” kata seorang pengikutnya.

Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.

"Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, Liyana tidak terlepas menerima komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan dengan pembantu rumah atau bibik.

“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.

“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.


Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.

Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.

Bahkan, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya.


Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 30-1-2024 04:02 PM
Tabahnya suamimu..
Quote purplelilac 30-1-2024 04:03 PM
Nak ckp iols nye muka lg helok and nampak muda dari LJ walaupun i sama umur dgn dia and bukan actress ahah.
Quote Perawankota 30-1-2024 04:04 PM
LJ ni, kalau tak kuat perasan, cantik je aku nmpk.. Tapi  sebab agak kuat perasan terus aku rasa kurang menarik..
Quote winky1 30-1-2024 04:20 PM
Yang tak ada natural beauty atau lawa level NH tu tak yah lah nak authentic sangat. Buka ruang orang mengutuk. Tak ada salah nya berbedak dan bercelak asal jgn sampai pakai bulu mata kat pool udah...
Quote sukacactus 30-1-2024 04:23 PM
Frankly speaking muka dia npk beeusia dr usia sebenar
Nak puji cantik, rupa dia dr zaman muda pun biiasa2 aje
Tp dia kira berani la, tayang rupa polos di zaman filter ni
Quote pembacagosip 30-1-2024 04:30 PM
tak baik wei dosa menipu
jujur mmg pahit
Quote I.K.A888990 30-1-2024 04:43 PM
amboi netijon kemain yerrrr
Quote Buritan 30-1-2024 04:44 PM
winky1: Yang tak ada natural beauty at ...

NH tu sape ek.. norman hakim kaa.. hahaha
Quote winky1 30-1-2024 04:45 PM
Masa dulu dia ni cute tapi laa ni biasalah kalau tak jaga mcm Maria Farida...I pun jujur.
Quote Buritan 30-1-2024 04:47 PM
winky1: Yang tak ada natural beauty at ...


Ke nabila huda tak pun normah damanhuri kaa..
Quote emera 30-1-2024 04:48 PM
Jenis x menjaga kulit. Kalau betul jaga, mmg cantik. Ini? Errrr.. perlukah haku berterus terang?
Quote edayildiz 30-1-2024 04:49 PM
tbh i yg bkn rentis lg cantik tanpa mekap
tp adakah perlu tered begini wujud..adoiiiiii..
biar la dia...janji cantik dimata suami sudeh..net ni suka nau downkn org
Quote rosevelvet 30-1-2024 04:52 PM
Perawankota replied at 30-1-2024 04:04 PM
LJ ni, kalau tak kuat perasan, cantik je aku nmpk.. Tapi  sebab agak kuat perasan terus aku rasa kur ...

Mcm lelaki. Ensem macammanapun kalau perasan ensem, auto jd x ensem
Quote marchikobonzo 30-1-2024 04:54 PM
Buritan replied at 30-1-2024 08:44 AM
NH tu sape ek.. norman hakim kaa.. hahaha

Natasha hudson i rasa
Quote Buritan 30-1-2024 04:59 PM
marchikobonzo replied at 30-1-2024 04:54 PM
Natasha hudson i rasa

Aah ye laa.. baru dpt jawapan.. toceee.. kong xi fa cai
Quote swateng1 30-1-2024 05:05 PM
yg komen ya Allah macam mana suami dia boleh suka tu, kau tu cantik sangat ke muka kalau tak mekap masa duduk kat rumah?
Quote elnor_81 30-1-2024 05:55 PM
Aku rse abil lg lawa x mekap dr LJ ni...nampak abil muda
Quote noor2 30-1-2024 06:14 PM
X de pun buruk muka dia...mcm muka org normal tanpa mekap langsung termasuk la muka aku...artis yg konon bervideo tanpa mekap konon lawa tu tipuuu je...dah la filter...
Quote Sazreena 30-1-2024 06:32 PM
Yg muka helok tanpa mekap so far yg aku tertengok cam Amelia H, Daphne, acik Maria, Peah barkoba, Mimi Lana...

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.142197 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top