CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Reedzwann Anxiety Fikir Masa Depan, Income Menyanyi Setahun Macam Gaji Sebulan Ketika Kerja Tukang Masak

16-1-2024 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10266| Komen: 30

Description: Melepaskan karier dalam bidang kulinari kerana ingin bergelar anak seni, penyanyi Reedzwann pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian ketika negara di landa pandemik Covid-19.
Melepaskan karier dalam bidang kulinari kerana ingin bergelar anak seni, penyanyi Reedzwann pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian ketika negara di landa pandemik Covid-19.

Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 24, berkata, perasaan menyesal bergelar penyanyi timbul apabila pendapatan setahun bergelar anak seni sama gaji sebulan ketika bekerja sebagai tukang masak.


Foto: IG

"Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak boleh keluar buat persembahan atau promosi lagu. Jadi itu buatkan saya rasa down dan buat saya rasa macam putus asa.

"Sebelum jadi penyanyi saya kerja sebagai tukang masak di Cameron Highlands dengan gaji RM2,700 sebulan tapi selepas berhenti dan fokus kepada dunia nyanyian pendapatan saya cuma RM3,000 setahun!

"Perkara itu buat saya tiada semangat nak teruskan karier dalam bidang hiburan," katanya ketika dihubungi mStar.


Pernah popular menerusi lagi Adakah Ini Mimpi, Reedzwann memberitahu keadaan itu membuatkan dia diserang kebimbangan melampau atau anxiety disorder ketika PKP.

Ketika itu katanya, dia sentiasa tidur dengan memakai baju Melayu kerana sentiasa merasakan dia tidak akan bangun lagi keesokan harinya.

"Aktiviti saya waktu PKP seperti orang tiada masa depan, terlalu fikir macam-macam seperti saya ini sudah tiada harapan dan rasa malas.

"Saya jadi macam takut sampai setiap hari mendapat serangan panik, setiap malam saya pakai baju Melayu sebab fikir esok akan mati.

"Asyik fikir mati tapi sekarang dah okay dan saya anggap itu sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan," ujarnya yang turut mengalami penurunan berat badan ketara.

Namun kata Reedzwann, ibunya menjadi penguat semangat untuk terus bekerja keras sehingga namanya kembali dikenali.

"Alhamdulillah saya seronok dnegan kehidupan sekarang... Bukan populariti saya kejar tapi saya lebih pentingkan karya yang dihasilkan.

"Tidak mengapa orang tak kenal, janji lagu saya mereka tahu," katanya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kawahapi 16-1-2024 09:10 AM
Errr siapa dia ni? Lagu apa dia nyanyi?
Quote September14 16-1-2024 09:12 AM
Konfiden lak nko benti kje n jadi pnynyi mcmla org kenal

Tp kje swasta leh je cr kje lain
Quote kemboja2020 16-1-2024 09:14 AM
Maaf Akak cuba google jap lagu ko dik.
Quote da_vinci 16-1-2024 09:15 AM
aku takkan menggalakkan langsung anak2 jadi retis....baik ko keje makan gaji atau berniaga....
Quote slyfynx 16-1-2024 09:40 AM
Ko kene jadi pelawak.
Pastu dah org kenal sikit mintak jadi DJ radio.
Keje ko buat lawak bodo and gelak kt lawak sendiri je.
Deme bayo puluh2 ribu wooo
Quote I.K.A888990 16-1-2024 09:59 AM
siapa ni
adik elfira loy kahhh
Quote mamajawie 16-1-2024 10:06 AM
baik la ko bekerja balik..tu la x bersyukur ingat jadi retis ni femes ke
Quote vanillaninja 16-1-2024 10:25 AM
Tidak mengapa orang tak kenal, janji lagu saya mereka tahu


Masalahnya lagu chuols pun orang tak tau
Quote kakakko 16-1-2024 10:40 AM
slyfynx replied at 16-1-2024 01:40 AM
Ko kene jadi pelawak.
Pastu dah org kenal sikit mintak jadi DJ radio.
Keje ko buat lawak bodo and ge ...

baru baca kat pesbuk ibu Fauziah Nawi spill gaji dj radio.. ratus k ek sebulan.. giloo...
Quote pembacagosip 16-1-2024 11:00 AM
patut ko jadi tukang masak je dik
sbb aura pun penting kalau nak jadi retis
Quote pembacagosip 16-1-2024 11:01 AM
da_vinci replied at 16-1-2024 09:15 AM
aku takkan menggalakkan langsung anak2 jadi retis....baik ko keje makan gaji atau berniaga....

setuju
bak kata dr malar budak2 skrg lebih minat kerjaya intafamous ke influencer dari kerjaya lain
alahaiiiiiiiiiii
Quote Anyaa29 16-1-2024 11:09 AM
Siapa pula dia ni tidak kenal
Quote cikatilia 16-1-2024 11:10 AM
mmg wajib ke jadi artis now??
Quote epullipan 16-1-2024 11:11 AM
better ko keja balik la di oi..nyanyian tu ko jadikan sampingan je..lagi untung
Quote annehuda 16-1-2024 11:55 AM
Teringat Lee Jeun Suk citer running man tu, mati2 dia taknak anak dia jadi orang seni walaupun dia famous as entertainer. Suruh cari keje lain je jgn jadi artis
Quote Carcosa 16-1-2024 01:20 PM
Siapa ni?
Aku mati2 ingatkan yg Cikgu lepas tu berenti, jadilah pelawak tu. Tah hapa nama dia
Quote sleepandream 16-1-2024 02:08 PM
pakai baju melayu tu iols tak paham...
impian dia nak mati sambil berbaju melayu ke?
Quote sofi_sofia 16-1-2024 02:24 PM
selepas tgk kat yt lagu penyanyi yg tak dikenali ini ... 15 saat shj meols mampu mendegarnya ... sambungan lagu tidak dpt diteruskan kerana turut diserang anxiety serta merta seperti penyanyinya!
Quote duri_durians 17-1-2024 08:46 AM
sofi_sofia replied at 16-1-2024 02:24 PM
selepas tgk kat yt lagu penyanyi yg tak dikenali ini ... 15 saat shj meols mampu mendegarnya ... sam ...

aku up sikit lebih 30 saat aku tengok cuba cari hook/ catchy part kat lagu dia tapi tak jumpa.
lagu dia jiwang style leweh berlenggok-lenggok yg sesuai lah dengan vokal dia.
aku faham siapa target audience dia dan aku bg thumbs up sbb rajin buat klip video yg betul. ada sesetengah artis yg ternama pun tak rajin buat klip video.


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051670 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top