CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa Isteri Mithali, Tetap Masak Untuk Suami Semasa Bercuti Di New Zealand

8-1-2024 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11967| Komen: 57

Description: Rajin memasak meski sedang bercuti di negara orang, pelakon Datin Intan Najuwa disifatkan netizen sebagai isteri mithali yang pandai menjaga perut suami.
Rajin memasak meski sedang bercuti di negara orang, pelakon Datin Intan Najuwa disifatkan netizen sebagai isteri mithali yang pandai menjaga perut suami.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok, pemilik nama penuh Intan Najuwa Abdul Wahid itu berkongsi pelbagai jenis lauk dimasak sendiri sepanjang bercuti di New Zealand bersama suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman.


Foto: IG

“Pergilah jauh mana pun, tetap kena masak untuk suami tercinta.

“Macam- macam menu sudah cuba sampai dah buntu nak masak apa lagi untuk seterusnya,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen video tersebut.

Dalam hantaran sama, aktres berusia 27 tahun itu menzahirkan rasa syukur kerana mudah mendapatkan bekalan barangan halal di pasaraya negara terbabit sekali gus melancarkan proses memasak setiap hari.



“Sangat bersyukur sebab mudah dapat bekalan makanan, ada pasar raya halal dekat sini.

“Kicap kipas udang pun ada,” kata Intan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji kerajinan Intan dan menyifatkan Asraf lelaki bertuah kerana dikurniakan isteri yang mempunyai pakej lengkap.

“Hantaran yang suami dia bagi berbaloi, sudahlah cantik, bijak, pandai pula jaga perut suami, bertuah Asraf dapat Intan,” komen seorang netizen.

“Duit berkepok tetap masak untuk suami sebab tahu tanggungjawab, moga rumah tangga kalian kekal hingga ke syurga, teruskan berkasih sayang sebagai suami isteri yang penuh rasa cinta berpanjangan,” demikian komen seorang pengguna media sosial.

Intan selamat sah isteri kepada Asraf yang juga ahli perniagaan dalam majlis serba indah berlangsung di sebuah resort mewah di Desaru Coast, Johor, pada 18 Ogos lalu. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 8-1-2024 10:50 AM
terbaiklah tai tai
Quote dewi_rina 8-1-2024 10:52 AM
Dah macam tin senduk, pergi overseas pun tetap dgn masak lomak cili padi pedas sakit perut dia tu

Tapi tin najwa ni ok lagi still nampak muka dalam tv, yg si datin senduk tu nak kekal relevan kenalah buat mcm tu
Quote zuri154 8-1-2024 11:06 AM
dewi_rina replied at 8-1-2024 10:52 AM
Dah macam tin senduk, pergi overseas pun tetap dgn masak lomak cili padi pedas sakit perut dia tu

...

Masakan tin eina its done nmpk lebih menyelerakan. Masakan tin intan ok la nmpk not bad. Bagus la dua2 tin rajin masak utk shuben masing2
Quote dewi_rina 8-1-2024 11:14 AM
zuri154 replied at 8-1-2024 03:06 AM
Masakan tin eina its done nmpk lebih menyelerakan. Masakan tin intan ok la nmpk not bad. Bagus la  ...

Jangan dilupakan tin almy pun rajin masak dulu sampai digelar datin minyak, lepastu dah takde masak dah.. Review makanan je lepas tu
Quote Cleocatra 8-1-2024 12:10 PM
dewi_rina replied at 8-1-2024 10:52 AM
Dah macam tin senduk, pergi overseas pun tetap dgn masak lomak cili padi pedas sakit perut dia tu

...

Tin senduk tu muka dah macam hantu. Suka nau ambek gambo pejam mata. Kenapa takut ke
Quote Cleocatra 8-1-2024 12:11 PM
dewi_rina replied at 8-1-2024 11:14 AM
Jangan dilupakan tin almy pun rajin masak dulu sampai digelar datin minyak, lepastu dah takde masa ...

Sekarang tengah bz memg review anak2 sedang sakit. Gigih tulis panjang2 mintak ummah malaysia doakan anak2 sheol
Quote vionna007 8-1-2024 12:13 PM
Cleocatra replied at 8-1-2024 12:10 PM
Tin senduk tu muka dah macam hantu. Suka nau ambek gambo pejam mata. Kenapa takut ke

hahaha...duk pk..sape tin senduk eikkk...
Quote Cleocatra 8-1-2024 12:14 PM
Gigih okb berkungfu di dapo ye. Lepas ni bawak la personal chef sendiri, oda jah nak makan apa. Lepas balik dari tonggang kuda, tonggang kupi, balik terus menyuap je. Dah kata tai tai kheennn…..
Quote Cleocatra 8-1-2024 12:19 PM
vionna007 replied at 8-1-2024 12:13 PM
hahaha...duk pk..sape tin senduk eikkk...

Anak bonda mahkota cempaka uolsss.... jangan maing maing bak kata bang mat
Quote dewi_rina 8-1-2024 12:33 PM
Cleocatra replied at 8-1-2024 04:10 AM
Tin senduk tu muka dah macam hantu. Suka nau ambek gambo pejam mata. Kenapa takut ke

Jual produk pulak dia, mcm takde duit.. Padahal datin berduka
Produk pun mcm timbang kilo nak bagi putih mcm mayat ikut dia
Terang2 putih drip, kesian sape yg bengong ingat putih mcm tu lawa
Scary adalah
Quote aemon 8-1-2024 01:04 PM
cantik apee...bak kata porumer muka semut..semut berkawad satu-satu hoyah hoyeh!

Quote ayukpingu 8-1-2024 03:36 PM
masak utk somi pun gigih nak bgtau kat medsoc. padahal tu routine kau kot sebagai isteri. mula2 alam perkahwinan mmg aar semua resepi, step masak nak kene post. excited kan? tambah lagi dgn pujian2 batak peminat.
Quote newyork 8-1-2024 03:38 PM
Dia mmg rajin masak tp bagusla tak  rajin makan..tu badan slim.na..
Quote irvene 8-1-2024 03:57 PM
hahahaha TT saja je buka thread kan nk bg acik forum kecam.

eh i baru nk copy link yg dia tunjuk video laki dia manjakan dia bagi hermes and semua bnde lah yg dia show off. tapi i rasa dia dh hide video/reel tu
Quote I.K.A888990 8-1-2024 04:13 PM
content masak2 dia je aku suka tgk
yg content mengshowoffkan itu ini aku swipe je
Quote gideoncross 8-1-2024 06:09 PM
"Hantaran yang suami dia bagi berbaloi, sudahlah cantik, bijak, pandai pula jaga perut suami, bertuah Asraf dapat Intan"

Ni msti jejantz yg komen lol
Quote razzia 8-1-2024 08:07 PM
ya kaaa,ke berjimat..cik buah rilex ja holiday tak penah nak msk2.semua mkn restaurant
Quote DeLuna85 8-1-2024 10:11 PM
Dah dia dimanjakan sebegitu rupa haruslah rajin masak. Masak pun dengan senang hati.
Quote DeLuna85 8-1-2024 10:12 PM
gideoncross replied at 8-1-2024 06:09 PM
"Hantaran yang suami dia bagi berbaloi, sudahlah cantik, bijak, pandai pula jaga perut suami, bertua ...

Biasanya jantan yang takda duit suka komen pasal hantaran.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056958 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top